Eksterior kedua-dua kereta ini nampak stailo. Almera kini nampak seperti sebuah sedan yang upmarket berbanding generasi terdahulu, manakala City nampak agresif.
Keduanya juga menggunakan trim hitam di gril hadapan bagi membuatkannya nampak besar. Saiz rim bagi City RS dan Almera (VLP dan VLT) juga berukuran 16 inci.
Fakta yang menarik disini ialah Almera datang dengan enjin 1.0 liter bercas turbo menghasilkan 100 PS dan 152 Nm yang kita tidak sangka akan dapat disini. Ia bukan mempunyai tork yang banyak seperti Honda City RS dengan 253 Nm, tetapi anda kena ingat City menggunakan motor elektrik.
Almera pula menggunakan kotak transmisi CVT, manakala City RS tidak tidak memakai tranmisi automatik biasa.
Jika kita asingkan motor elektrik dari jumlah keseluruhan tren kuasa, enjin 1.5 L dari City RS hanya menghasilkan 98 PS sahaja. Perlu anda ingat bahawa fungsi utama enjin di dalam City RS hanya sebagai penjana (generator) dan hanya menggerakkan roda pada kelajuan yang lebih tinggi.
Ciri-ciri pada Nissan Almera VLT termasuk:
AEB
Blind Spot Warning
RCTA
Cruise Control
Intelligent around view monitor
Apple CarPlay
Ciri-ciri yang disahkan ada pada Honda City RS adalah LaneWatch dan AEB.
Salah satu benda tentang Almera yang mungkin membuatkannya terasa sedikit potong stim adalah penggunaan brek drum di belakang berbanding brek cakera di Honda City RS.
Almera juga mempunyai warna interior yang lebih terang manakala City lebih kepada tona yang gelap. Anda juga boleh nampak yang Honda City RS dilengkapi dengan parkir brek elektronik, sebaliknya Almera masih menggunakan parkir brek tradisional.
Maklumat lanjut tentang Nissan Almera dan Honda City RS akan menyusul kelak. Tidak dinafikan, kedua-dua sedan segmen B ini mempunyai peminatnya tersendiri. Dengan harga bermula dari RM 80k (tanpa SST) untuk Almera, kami tidak sabar nak melihat bagaimana keduanya bakal bersaing.
Trim untuk Nissan Almera:
Menarik bukan? Tinggalkan komen di bawah mana satu sedan yang anda paling minat!
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.