window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz C200 (W206) vs BMW 320i (G20) - Sedan eksekutif mana yang sesuai dengan anda?

Haris · May 15, 2022 11:59 AM

Mercedes-Benz C200 (W206) vs BMW 320i (G20) -  Sedan eksekutif mana yang sesuai dengan anda? 01

  • W206 C-Class adalah model yang lebih terkini berbanding BMW 320i (ketika artikel ini ditulis)
  • BMW 320i CKD hampir RM 40k lebih murah berbanding C200 CBU
  • Mana satu pilihan anda?

Dengan pengenalan Mercedes-Benz C-Class W206 2022 serba baharu, pertempuran eksekutif kompak semakin hangat apabila G20 BMW 3 Series dilihat semakin kritikal untuk mempertahankan gelarannya.

Bagi perbandingan kali ini, kami akan mengadu domba kedua-dua varian peringkat pengenalan antara satu sama lain. Di bahagian bintang tiga mata ialah Mercedes-Benz C200 2022, manakala di kem Bavaria ialah BMW 320i 2022.

Harga – BMW 320i tawar harga paling rendah

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mercedes-Benz C200 (W206) vs BMW 320i (G20) -  Sedan eksekutif mana yang sesuai dengan anda? 01

Pertama sekali ialah kelebihan harga BMW 320i 2022. Disebabkan struktur pemasangan tempatan (CKD), BMW 320i hampir RM 40k lebih murah daripada Mercedes-Benz C200, dengan harga RM 249,389 (dengan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan serta jaminan lanjutan dan pakej perkhidmatan).

Untuk Mercedes-Benz C200 2022 pula, ia berharga dari RM 288,334.

Mercedes-Benz C200 (W206) vs BMW 320i (G20) -  Sedan eksekutif mana yang sesuai dengan anda? 02

Memandangkan Mercedes-Benz C200 2022 diimport (CBU, Jerman / Afrika Selatan), harganya sedikit tinggi berbanding BMW. Malah, jangan tunggu untuk versi CKD yang selalunya lebih murah, kerana pengurangan harga mungkin langsung tidak signifikan.

Harga yang dipaparkan adalah berdasarkan harga tanpa/separuh cukai SST - seiring dengan pengecualian cukai SST bagi kenderaan.

Baca: Mercedes-Benz C-Class (W206) CKD yang lebih murah akan menyusul, patutkah anda tunggu?

Rekaan luar – C-Class elegan atau 3 Series sporty?

Mercedes-Benz C200 (W206) vs BMW 320i (G20) -  Sedan eksekutif mana yang sesuai dengan anda? 03

Sejujurnya, walaupun dalam kemasan selain daripada M Sport, BMW 320i masih merupakan sedan eksekutif kompak yang lebih sporty di antara keduanya. Rekaan lampu hadapannya yang tajam membantu untuk kelihatan lebih agresif.

Mercedes-Benz C200 (W206) vs BMW 320i (G20) -  Sedan eksekutif mana yang sesuai dengan anda? 04

Itu tidak bermakna bahawa C200 kurang sporty, kerana model generasi W206 mendapat reka bentuk evolusi seterusnya dengan rekaan berdasarkan reka bentuk W205 yang sudah sedia menarik. Dengan pakej Avantgarde sedia ada, C200 berfungsi tanpa gril hadapan bercorak berlian yang rumit, dan sebaliknya mendapat gril yang lebih ringkas dengan sisipan menegak.

Mercedes-Benz C200 (W206) vs BMW 320i (G20) -  Sedan eksekutif mana yang sesuai dengan anda? 05

BMW 320i 2022 menawarkan lampu hadapan LED adaptif, yang merupakan satu peningkatan berbanding lampu hadapan High Performance LED pada Mercedes-Benz C200, di mana jargon pemasaran pada model C200 ini asasnya sekadar lampu LED biasa.

Mercedes-Benz C200 (W206) vs BMW 320i (G20) -  Sedan eksekutif mana yang sesuai dengan anda? 06

Maaf, tiada lampu LED Multibeam di sini

Kedua-dua model menawarkan tayar 18-inci dan lampu belakang LED sebagai kelengkapan standard. Sesuatu yang sudah menjadi norma bagi sedan eksekutif

Baca: Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?!

Rekaan dalaman – Tampil setara, tanya citarasa

Mercedes-Benz C200 (W206) vs BMW 320i (G20) -  Sedan eksekutif mana yang sesuai dengan anda? 07

Di antara dua sedan eksekutif kompak di sini, Benz menawarkan kabin yang lebih bagus untuk dialami, disebabkan oleh dua paparan digital yang besar. Yang pertama ialah gugusan instrumen digital 12.3-inci, manakala yang kedua ialah paparan infotainmen gaya potret 11.9-inci.

Mercedes-Benz C200 (W206) vs BMW 320i (G20) -  Sedan eksekutif mana yang sesuai dengan anda? 08

Walaupun C200 merupakan C-Class peringkat pengenalan, ia masih menawarkan pengalaman infotainmen MBUX sepenuhnya serta keupayaan untuk mengimbas cap jari untuk sentuhan yang lebih diperibadikan.

Mercedes-Benz C200 (W206) vs BMW 320i (G20) -  Sedan eksekutif mana yang sesuai dengan anda? 09

Walaupun kedengaran mengagumkan, Mercedes-Benz Malaysia perlu mengurangkan beberapa ciri untuk mengekalkan harga W206 C-Class yang kompetitif. Oleh itu, ia berfungsi tanpa kawalan iklim automatik tiga zon dan port pengecasan USB belakang – kedua-duanya ditawarkan pada BMW 320i yang lebih murah.

Mercedes-Benz C200 (W206) vs BMW 320i (G20) -  Sedan eksekutif mana yang sesuai dengan anda? 10

Adakah itu bermakna bahawa BMW 320i lebih teruk? Tidak semestinya, kerana Beemer menawarkan kokpit dan butang fizikal yang lebih memfokuskan pemandu.

Mercedes-Benz C200 (W206) vs BMW 320i (G20) -  Sedan eksekutif mana yang sesuai dengan anda? 11

Ya, walaupun C200 telah memasukkan kawalan yang kerap digunakan seperti penyaman udara ke dalam sistem maklumat hiburan skrin sentuh, 320i masih mempunyai butang fizikal. Ciri fizikal kadangkala dihargai oleh sesetengah pihak.

 

Prestasi – C200 tawar enjin 1.5 liter yang lebih kecil, tetapi lebih berkuasa

Mercedes-Benz C200 (W206) vs BMW 320i (G20) -  Sedan eksekutif mana yang sesuai dengan anda? 12

Menjana kuasa kepada Mercedes-Benz C200 ialah enjin 4-silinder 1.5 liter pengecas turbo petrol yang dipasangkan dengan integrated starter generator (ISG) 48V, menjadikannya sebuah spesifikasi hibrid ringan (MHEV). Mercedes-Benz C200 menghamburkan sehingga 204 PS dan 300 Nm.

Mercedes-Benz C200 (W206) vs BMW 320i (G20) -  Sedan eksekutif mana yang sesuai dengan anda? 13

BMW 320i tampil lebih tradisional dalam bahagian trenkuasa, menawarkan enjin petrol 2.0 liter pengecas turbo yang menghasilkan 184 PS dan 300 Nm.

Keselamatan – Tiada ACC untuk kedua-dua model, tetapi AEB dan LKA ditawarkan

Mercedes-Benz C200 (W206) vs BMW 320i (G20) -  Sedan eksekutif mana yang sesuai dengan anda? 14

Kawalan pelayaran biasa/pasif pada C200

Kit keselamatan aktif pada kedua-dua Mercedes-Benz C200 dan BMW 320i adalah setanding antara satu sama lain, menawarkan Lane Keeping Assist (LKA) dengan Autonomous Emergency Braking (AEB). Kedua-dua model juga menawarkan Blind Spot Monitoring (BSM).

Mercedes-Benz C200 (W206) vs BMW 320i (G20) -  Sedan eksekutif mana yang sesuai dengan anda? 15

Bagi kiraan beg udara, 320i menawarkan 6 beg udara, manakala C200 menawarkan 7 beg udara (dengan tambahan beg udara lutut pemandu).

Konklusi – Sukar buat pilihan?

Mercedes-Benz C200 (W206) vs BMW 320i (G20) -  Sedan eksekutif mana yang sesuai dengan anda? 16

Ini pastinya pertempuran yang menarik antara dua sedan eksekutif kompak Jerman. Walaupun menyasarkan pembeli yang sama, kedua-dua C200 dan 320i mengambil pendekatan yang berbeza.

Bagi mereka yang mahukan pemanduan yang lebih sporty, BMW 320i harus disenarai pendek, manakala C200 memenuhi keperluan mereka yang mahukan pemanduan yang lebih mewah.

Mercedes-Benz C200 (W206) vs BMW 320i (G20) -  Sedan eksekutif mana yang sesuai dengan anda? 17

Malah, bagi sesetengah pembeli, BMW 320i 2022 menang mudah, memandangkan ia menawarkan beberapa ciri yang tiada pada C200, pada harga hampir RM 40k lebih murah.

Jika anda memilih BMW, jangan lupa sertakan jaminan lanjutan dan pakej perkhidmatan. Tanpa jaminan lanjutan dan pakej perkhidmatan, waranti standard hanya 2 tahun dengan perbatuan tanpa had.

Tiada masalah sedemikian dengan model Mercedes-Benz - semua model disokong oleh jaminan perbatuan 4 tahun/tanpa had.

Baca juga:

Mercedes-Benz C-Class W206 2022 dilancar di Malaysia – C200 & C300, dari RM 288k

BMW 320i G20 2021 Malaysia dikemaskini – naik RM 4k, infotainment 10.25 inci, Live Cockpit Pro

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Mercedes-Benz C-Class C 200 Avantgarde

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda