window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kenapa banjir besar Shah Alam tak beri kesan pada Perodua seteruk Proton? Ini sebabnya.

Mersita · Feb 19, 2022 06:00 PM

Kenapa banjir besar Shah Alam tak beri kesan pada Perodua seteruk Proton? Ini sebabnya. 01

  • Operasi pengilangan Perodua disambung semula 3 hari selepas kejadian banjir berlaku
  • Banyak pengilang lain berdepan kekurangan bekalan komponen selama lebih sebulan
  • Jualan Perodua pada Januari 2022 naik 3 peratus, walaupun banjir, Proton pula turun 25 peratus

Pada malam hari Jumaat 17 Disember 2021, beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia termasuklah Kuala Lumpur dan Selangor, dilanda bah besar susulan hujan lebat yang dikatakan berlaku sekali setiap 100 tahun. Bencana alam ini mengakibatkan banyak kerosakan dan malangnya, 54 kehilangan jiwa.

Kenapa banjir besar Shah Alam tak beri kesan pada Perodua seteruk Proton? Ini sebabnya. 02

Shah Alam adalah antara kawasan yang paling teruk terjejas dengan banjir. Zon-zon perindustrian di sekitar Shah Alam juga merupakan pengkalan bagi banyak vendor dan pembekal alatan otomotif, dan ini memberikan impak langsung kepada hampir semua pengilang kereta yang mempunyai operasi pemasangan kenderaan (CKD) di Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pastinya, jenama domestik kita iaitu Proton dan Perodua adalah antara yang paling teruk terjejas. Manakan tidak, kedua-dua syarikat ini memegang bahagian pasaran tergabung sebanyak hampir 60 peratus, dan bahagian serta komponen sebahagian besarnya dibeli daripada pembekal tempatan.

Kenapa banjir besar Shah Alam tak beri kesan pada Perodua seteruk Proton? Ini sebabnya. 01

Memandangkan kilang-kilang pembekal tidak beroperasi dan tanpa bahagian yang mencukupi untuk menghasilkan kereta, barisan produksi Proton sendiri di Tanjung Malim dan Shah Alam turut tergendala.

Jualan Proton bagi Januari 2022 merudum 25.3 peratus berbanding Januari 2021, dimana pengeluaran berkurang kepada hanya 4,453 buah kereta (termasuk unit eksport).

Baca juga: Jualan Proton turun 25.3% untuk Januari 2022, lebih 1,200 kereta rosak banjir diterima

Kenapa banjir besar Shah Alam tak beri kesan pada Perodua seteruk Proton? Ini sebabnya. 02

Perodua selalunya tidak mengumumkan hasil jualan bulanan mereka, namun kita tahu yang Perodua menghantar lebih 17,400 buah kereta di seluruh Malaysia pada Januari 2022 – empat kali lebih banyak berbanding Proton dan 3 peratus lebih tinggi berbanding hasil jualan Perodua sendiri pada Januari 2021. Lebih tinggi, ya, walaupun banjir.

Kenapa perbezaan jualan antara Proton dan Perodua terlalu ketara? Yang pasti, ia bukanlah disebabkan pembekal Perodua tidak terjejas dengan banjir.

Dua daripada pembekal terpenting bagi Perodua yang menghasilkan bahagian logam bercop (antara yang lain), turut tenggelam dek banjir, dan ini memberi impak besar terhadap dua buah kilang Perodua di Rawang.

Kenapa banjir besar Shah Alam tak beri kesan pada Perodua seteruk Proton? Ini sebabnya. 03

Kereta diperbuat daripada logam dan tanpa bahagian logam bercop ini, pengilang takkan dapat menghasilkan badan kereta. Ditambah lagi dengan kekurangan bekalan semikonduktor, pengilang akan berdepan masalah besar dalam barisan produksi mereka.

Suatu perkara yang ramai tak tahu tentang kebolehan Perodua untuk meneruskan operasi dengan cepat - seolah-olah banjir besar yang melanda Lembah Klang tidak terjadi - ialah kepimpinan serta perancangan kontingensi Perodua yang cukup mantap.

Kenapa banjir besar Shah Alam tak beri kesan pada Perodua seteruk Proton? Ini sebabnya. 04

Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, adalah seorang pemimpin yang agak merendah diri dan tidak gemar mendapat perhatian media. Sebaliknya, beliau lebih risau akan pelanggan yang menunggu kereta terlalu lama disebabkan oleh kekurangan bekalan komponen semikonduktor di tahap global - yang kini menjadi cabaran terbesar bagi hampir semua pengilang kereta di seluruh dunia.

Oleh itu, apabila Perodua dimaklumkan bahawa dua daripada operasi pembekalnya lumpuh disebabkan banjir, Datuk Zainal bertindak pantas dengan kecekapan ala-Jepun bagi perancangan pelan kontingensi yang ramai sedia maklum, sudah sebati dengan jenama Perodua.

Kenapa banjir besar Shah Alam tak beri kesan pada Perodua seteruk Proton? Ini sebabnya. 05

Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad

Seorang bos dari Jepun pernah memberitahu kami, “Jika kamu terlambat menghadiri mesyuarat kerana tayar kereta pancit, ia masih silap kamu dan kamu perlu minta maaf, kerana kamu gagal merancang.” Kami rasa Datuk Zainal setuju dengan kenyataan ini.

Falsafah pengurusan di Jepun digambarkan oleh dua aspek penting – kaizen (penambahbaikan yang berterusan) dan gemba (tempat sebenar, buat lawatan di lapangan supaya boleh lihat sendiri keadaan dan bukannya bergantung kepada laporan dari orang bawahan).

Orang Jepun tak gemar bercakap tentang dirinya yang No.1, kerana setelah anda jadi No.1, anda hanya akan ada ruang untuk jadi No.2. Mencapai tahap No.1 hanyalah hasil sampingan daripada usaha kaizen anda, iaitu untuk menjalankan tugas-tugas hari ini dengan lebih baik berbanding hari sebelumnya.

Baca juga: Toyota - 2021 tahun kedua terbaik dalam sejarah, 10.5 juta kereta terjual, No.1 sebab tapau VW

Kenapa banjir besar Shah Alam tak beri kesan pada Perodua seteruk Proton? Ini sebabnya. 06

Inilah juga sebabnya mengapa Perodua tak gemar mengaku dirinya No.1, walaupun inilah hakikat sebenarnya di Malaysia. Namun, pengkritik akan mencanang kisah Perodua dengan mengatakan ia hanyalah ‘copy paste’ Daihatsu.

Ya, memang ada benarnya dalam dakwaan ini, namun pemikiran sebegini hanya menggambarkan keangkuhan – seolah-olah tiada apa yang patut dipelajari daripada salah satu jenama yang memberi tahap kepuasan tertinggi serta kesetiaan pelanggan paling padu di Malaysia. Prestasi cemerlang Perodua dengan jelasnya menunjukkan jenama kereta yang mana satu perlu ‘sekolah’ lebih tinggi lagi.

Oleh itu, apabila banjir paling teruk melanda Shah Alam abad ini, orang lain cuma menadah tangan dan berharap banjir surut cepat, namun Perodua tahu apa yang mereka perlu lakukan. Ini kerana mereka belajar dan mencontohi rakan mereka dari Jepun dengan membuat perancangan teliti bagi semua perkara – termasuklah bencana alam.

Sedang pengilang-pengilang kereta yang lain masih lagi bergelut untuk memulihkan operasi mereka sebulan selepas bencana ini berlaku, Perodua sudahpun beroperasi (hampir) seperti biasa hanya 3 hari selepas banjir terjadi.

Kenapa banjir besar Shah Alam tak beri kesan pada Perodua seteruk Proton? Ini sebabnya. 07

Berpegang utuh pada konsep gemba, Datuk Zainal turun ke kawasan terjejas banjir untuk melihat sendiri sejauh mana kerosakan yang berlaku disebabkan banjir. Dalam masa sehari saja, beliau membuat keputusan eksekutif yang perlu dan menggerakkan sumber-sumber yang ada bagi mengaktivasikan langkah kontigensi Perodua.

Semasa lawatan dijalankan, Datuk Zainal perasan yang pembekal-pembekal terkesan banjir menghasilkan bahagian dan alatan bukannya untuk Perodua sahaja, tapi juga untuk banyak lagi jenama-jenama kereta lain.

Dengan pandangan jauh ke hadapan, beliau sedar kapasiti pengilangan bahagian dan alatan secara keseluruhannya akan terjejas teruk dalam masa beberapa bulan akan datang. Sesiapa yang awal-awal lagi boleh mendapatkan stok mencukupi daripada keseluruhan kapasiti ini akan dapat meneruskan operasi dengan lebih pantas.

Kenapa banjir besar Shah Alam tak beri kesan pada Perodua seteruk Proton? Ini sebabnya. 08

Badan pengurusan Perodua. Tak gemar cakap banyak, tapi mereka sangat bagus dalam melaksanakan tugas dengan baik

Setelah berbincang seharian, segala keputusan penting telah dibuat, dan ibarat operasi menyelamat tentera, jurutera-jurutera Perodua dihantar ke lapangan untuk membantu dalam kerja-kerja pembaikan di kilang vendor mereka. Memandangkan bekalan elektrik turut terjejas, Perodua juga menghantar penjana kuasa (generator) bergerak ke lokasi vendor berkenaan.

Masuk hari kedua selepas banjir berlaku, Perodua mencabut dan mengambil semula peralatan, ‘die’ dan lain-lain mesin (semuanya dimiliki oleh Perodua) dari vendor terjejas. Semuanya diangkut semula menaiki trak berat dan kemudiannya dihantar pula kepada vendor-vendor alternatif di lain-lain kawasan di Semenanjung Malaysia.

Kenapa banjir besar Shah Alam tak beri kesan pada Perodua seteruk Proton? Ini sebabnya. 09

Sebagai sebahagian daripada perancangan kontigensi syarikat itu, Perodua menyimpan senarai terperinci bagi vendor yang beroperasi di Malaysia – termasuklah kilang yang mana boleh memuatkan peralatan atau mesin yang mana satu untuk membina satu-satu peralatan. Ia boleh dikatakan seperti senarai kerja-kerja ‘plug-and-play’ bagi tapak pengilangan dan peralatan mesin.

Bagi kedua-dua kilang vendor yang terkesan di Shah Alam tadi, kini mereka sudahpun kembali beroperasi. Namun, memandangkan usaha pembaikan kilang mereka dilakukan dengan bantuan Perodua, pastinya mereka ada kewajipan untuk mengutamakan penghasilan bahagian Perodua terlebih dahulu.

Kenapa banjir besar Shah Alam tak beri kesan pada Perodua seteruk Proton? Ini sebabnya. 10

Perodua tidak menganggap kepantasan dalam penyambungan semula operasi perniagaan mereka sebagai satu rahsia yang harus disimpan rapi. Syarikat itu dengan rela hati berkongsi amalan terbaiknya bersama vendor-vendor terlibat yang kemudiannya bebas berkongsi ilmu ini dengan jenama kereta lain dalam rangkaian mereka.

Tiada paten teknologi khas dalam hal ini, yang ada cuma tabiat dan cara berfikir yang bagus.

Perodua juga sedar bahawa sesuatu teknologi lebih mudah untuk ditiru oleh pesaing berbanding tabiat dan pemikiran, iaitu dua kualiti yang membezakan pemain berkebolehan dengan pemain cemerlang dan terbaik dalam kelasnya. Semuanya bergantung pada kemahuan untuk belajar, bukannya pada apa yang ada semata-mata.

Kenapa banjir besar Shah Alam tak beri kesan pada Perodua seteruk Proton? Ini sebabnya. 11

Industri otomotif amat bergantung pada pengilangan. Produk-produk hebat akan mengagumkan pelanggan di bilik-bilik pameran. Namun, naik-turun, untung-rugi sesebuah syarikat kereta semuanya bergantung pada pengurusan kilang produksinya – terutama sekali proses-proses pengilangannya dan juga rantaian bekalan.

Kecemerlangan dalam aspek belakang tabir inilah yang membuatkan Perodua berjaya mencapai angka jualan lebih tinggi pada Januari lalu, sedangkan syarikat lain sampai tak cukup komponen untuk memenuhi tempahan pelanggan.

Kenapa banjir besar Shah Alam tak beri kesan pada Perodua seteruk Proton? Ini sebabnya. 12

Perodua memperuntukkan dana RM 1.3 bilion, jumlah tertinggi dalam sejarah, untuk perbelanjaan R&D pada 2022 – sebahagian besarnya akan disalurkan pada usaha berkaitan kenderaan elektrik serta pendigitalan titik-sentuh pelanggan

Barangkali, kematangan sebeginilah yang mendorong Daihatsu untuk meletakkan kepercayaan keatas Perodua dalam menerajui kerja-kerja R&D bagi rantau Asia Tenggara – mempersiapkannya untuk berdikari sebagai peneraju R&D rantau ini, menyertai pembangunan bersama sebagai pemain peringkat global di bawah sayap Daihatsu yang lebih besar.

Artikel berkait:

Walaupun harga besi naik 20%, Perodua baik hati, takkan naikkan harga kereta mereka untuk tahun 2022

Perodua jual 75k kenderaan lebih banyak berbanding Proton untuk 2021 - ini perbandingan jualan model masing-masing!

Perodua cuba untuk mengurangkan harga alat ganti, ingin kekal jenama kereta No.1 di Malaysia!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda