window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kelebihan dan kekurangan: Proton Exora, masih relevan dalam pasaran atau tidak?

Haris · Sep 20, 2020 01:00 PM

Kelebihan dan kekurangan: Proton Exora, masih relevan dalam pasaran atau tidak? 01

Pada tahun 2009, wabak MPV telah melanda Malaysia secara tiba-tiba. Ketika itu, dua pengeluar kereta domestik Malaysia turut terjebak dalam wabak tersebut lalu mengeluarkan 2 model iaitu Proton Exora dan Perodua Alza.

Kelebihan dan kekurangan: Proton Exora, masih relevan dalam pasaran atau tidak? 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

11 tahun kemudian, wabak yang lain pula muncul tetapi Proton Exora dan Perodua Alza masih berada dalam pasaran automotif. Lebih menarik lagi, kedua-duanya menerima nafas baharu dengan sedikit kemas kini baru tanpa sebarang tanda-tanda kedua-dua model akan digugurkan.

Kali ini, fokus utama akan diberikan pada Proton Exora iaitu MPV segmen C paling laris di Malaysia.

Kelebihan

Kelebihan dan kekurangan: Proton Exora, masih relevan dalam pasaran atau tidak? 01

Nilai jualan unik bagi Proton Exora sudah tentulah ruangnya yang luas dan praktikal. Aspek ini yang telah melariskan jualan Proton Exora dan pelaris tersebut kekal sehingga kini. Tiada pengurangan ruang dalam sebarang kemaskini Proton Exora, sesuai dengan jangkaan pembeli.

Kelebihan dan kekurangan: Proton Exora, masih relevan dalam pasaran atau tidak? 02

Ruang penyimpan barang juga agak besar dan banyak. Kami mengira ada 10 ruang peletak cawan dalam Proton Exora beserta dengan penyangkut teh tarik. Sentuhan yang baik untuk sebuah model citra tempatan.

Kelebihan dan kekurangan: Proton Exora, masih relevan dalam pasaran atau tidak? 03

Sebagai sebuah MPV segmen C, ruang kargo belakang pada Proton Exora sudah tentu luas. Untuk rujukan, ruang kargo Proton Exora adalah sebanyak 132 liter. Tempat duduk baris ketiga boleh dilipat untuk memberikan anda lebih ruang. 

Kelebihan dan kekurangan: Proton Exora, masih relevan dalam pasaran atau tidak? 04

Ruang untuk tempat duduk baris ketiga tidak sesuai untuk orang dewasa dalam perjalanan jauh tetapi lebih sesuai untuk kanak-kanak. Barisan belakang mempunyai penyaman udara untuk memberikan lebih keselesaan dalam perjalanan jarak jauh.

Kelebihan dan kekurangan: Proton Exora, masih relevan dalam pasaran atau tidak? 05

Seperti model Proton yang lain, Proton Exora juga mempunyai keselesaan dan kendalian pemanduan yang bagus apatah lagi untuk sebuah SUV bersaiz besar. Darjah penglihatan pada Proton Exora ini juga luas. Tidak dinafikan, kenderaan pada zaman dahulu direka dengan darjah penglihatan yang luas akibat daripada kekurangan sensor.

Kekurangan

Kelebihan dan kekurangan: Proton Exora, masih relevan dalam pasaran atau tidak? 06

Tidak dinafikan, Proton Exora agak sedap dipandu dan mudah dikendalikan. Walau bagaimanapun, stereng Proton Exora agak keras untuk dan mungkin pemandu Proton Exora tidak perasan tentang tangan mereka sudah menjadi sasa. Radius stereng juga agak kecil untuk sebuah MPV segmen C.

Kelebihan dan kekurangan: Proton Exora, masih relevan dalam pasaran atau tidak? 07

Penggunaan minyak pula agak banyak, dengan ujian dunia nyata kami mencatatkan sebanyak 11.9 liter / 100 km. Kurang berbaloi untuk pemanduan kerap dan rutin tetapi mungkin ada yang sudah biasa melakukannya.

Kelebihan dan kekurangan: Proton Exora, masih relevan dalam pasaran atau tidak? 08

Bacaan yang tinggi tersebut adalah hasil daripada penggunaan enjin 1.6 liter CamPro CFE berkuasa Turbo. Enjin ini mampu menimbulkan perbincangan yang berbeza-beza.

Kelebihan dan kekurangan: Proton Exora, masih relevan dalam pasaran atau tidak? 09

Ketika Proton Exora pertama kali dilancarkan, ia dikuasakan oleh enjin CamPro CPS 1.6 liter yang juga dipasang pada Proton Satria Neo dan Proton Waja. Generasi awal Proton Exora ternyata sangat lesu lalu keputusan untuk memasang turbo pada enjin CamPro CPS memberikan Proton Exora peningkatan kuasa yang sangat diperlukan.

Kelebihan dan kekurangan: Proton Exora, masih relevan dalam pasaran atau tidak? 10

Peningkatan kuasa tersebut datang bersama kompromi ‘banyak makan minyak’ dan bunyi enjin yang lebih bising. 2 perkara ini seolah-olah tidak dapat dielakkan dan mengurangkan keseluruhan pengalaman pemanduan.

Kelebihan dan kekurangan: Proton Exora, masih relevan dalam pasaran atau tidak? 11

Satu lagi kekurangan Proton Exora adalah umurnya yang agak tua. Proton Exora masih mempunyai sistem infotainment dengan kawalan suara Hi Proton tetapi selain daripada itu, hampir kesemua aspek dalaman Proton Exora masih tersekat pada tahun 2009.

Kelebihan dan kekurangan: Proton Exora, masih relevan dalam pasaran atau tidak? 12

Konsol tengah pada Proton Exora juga sangat rendah dan sedikit sukar untuk dicapai. Capaian tersebut menjadikan konsol tengah kurang praktikal untuk digunakan.

Kelebihan dan kekurangan: Proton Exora, masih relevan dalam pasaran atau tidak? 13

Bagi ciri keselamatan pula, Proton Exora masih menggunakan 2 beg udara dan Kawalan Kestabilan Elektronik. Menerima nasib yang sama, ciri keselamatan Proton Exora masih tersekat pada tahun 2009.

Kesimpulan

Kelebihan dan kekurangan: Proton Exora, masih relevan dalam pasaran atau tidak? 14

Walaupun agak sukar untuk disyorkan, kami tahu bahawa terdapat permintaan yang agak tinggi untuk Proton Exora. Manakan tidak, Proton Exora masih mampu menjadi juara segmen walaupun selepas hampir 11 tahun dalam pasaran tanpa apa apa perubahan besar. 

Kelebihan dan kekurangan: Proton Exora, masih relevan dalam pasaran atau tidak? 15

Namun begitu, Proton Exora mungkin akan perlahan-lahan digugurkan dari barisan produk Proton tanpa sebarang pengganti. Petandanya ada pada saingan terdekat, Perodua Alza. Pengganti Perodua Alza adalah Perodua Aruz manakala Proton belum mempunyai sebarang model kenderaan 7 tempat duduk. Semoga panjang umur Proton Exora?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Exora 1.6T Executive CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda