window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Masih pilih ICE untuk sedan eksekutif anda? BMW 520i M Sport (G60) CKD ini hanya RM 376k

Faisal · Sep 25, 2024 04:15 PM

Masih pilih ICE untuk sedan eksekutif anda? BMW 520i M Sport (G60) CKD ini hanya RM 376k 01

BMW 520i M Sport generasi G60 terus dengan versi CKD Kulim. Harga RM 376,700 yang ditawarkan merangkumi pakej waranti dan penyelenggaraan Service & Repair Inclusive selama 5 tahun.

Di bawah adalah gambaran varian permulaan BMW 5 Series ini dengan lebih dekat.

Masih pilih ICE untuk sedan eksekutif anda? BMW 520i M Sport (G60) CKD ini hanya RM 376k 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada bahagian luar,  terdapat rim berbilah kembar dwi-tona 19-inci 935 M, trim hitam kilat M high-gloss Shadowline, lampu Adaptive LED dan BMW Iconic Glow pada gril hadapannya.

Dari segi trenkuasa, BMW 5 Series ini menggunakan enjin 2.0L turbo B48 yang digandingkan dengan teknologi hibrid-sederhana 48V, sekaligus menghasilkan 208 PS/330 Nm. Pecutan 0-100 km/j pula mengambil masa 7.5 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi pada 230 km/j, Semua kuasa dihantar ke roda belakang (RWD) melalui transmisi automatik 8-kelajuan ZF.

Masih pilih ICE untuk sedan eksekutif anda? BMW 520i M Sport (G60) CKD ini hanya RM 376k 01

Masuk ke bahagian dalam, kabin BMW 520i ini dihiasi dengan siling M anthracite, aksen hitam gelap dan trim aluminium rhombic. Roda sterengnya pula menggunakan jenis kulit tiga bilah M Sport.

Masih pilih ICE untuk sedan eksekutif anda? BMW 520i M Sport (G60) CKD ini hanya RM 376k 02

Di samping itu, terdapat BMW Curved Display yang menggabungkan kluster 12.3-inci dengan infotainmen 14.9-inci. Audio Harman Kardon HiFi, Apple CarPlay/Android Auto tanpa wayar dan pencahayaan BMW Interaction Bar juga dilengkapkan sekali.

Masih pilih ICE untuk sedan eksekutif anda? BMW 520i M Sport (G60) CKD ini hanya RM 376k 03

Soal keselamatan, sedan eksekutif kelas dunia ini datang dengan ADAS pakej Driving Assistant Plus yang merangkumi fungsi Active Cruise Control with stop and go, Steering and Lane Control Assist dan Lane Departure Warning.

Anda yang berminat boleh memilih warna eskterior antara Black Sapphire Metallic, Mineral White Metallic, Cape York Green Metallic dan Oxide Grey Metallic. Untuk dalam, bahan kulitnya menggunakan jenis Veganza dan ia hadir dalam pilihan warna hitam atau coklat ekspresso. 

Masih pilih ICE untuk sedan eksekutif anda? BMW 520i M Sport (G60) CKD ini hanya RM 376k 04

Jadi, anda mahu pilih ini atau Mercedes-Benz E200 W214?

Juga baca: 

BMW 520i M Sport 2024 (G60) dilancarkan di Malaysia; harga RM 376,700

Mercedes-Benz E-Class 2024 generasi W214 dilancarkan di M'sia - E200 & E350e, dari RM 356k

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2024 BMW 5 Series 520i

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda