window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kebaikan & Keburukan Perodua Axia – Kereta terbaik untuk belia Malaysia?

Mersita · Oct 16, 2020 11:50 AM

Kebaikan & Keburukan Perodua Axia – Kereta terbaik untuk belia Malaysia? 01

Jika anda mencari sebuah kereta yang kecil dan sangat mampu-milik, Perodua Axia lah jawapannya. Dilancarkan pada tahun 2014, Axia telah menerima dua facelift pada 2017 dan 2019. Facelift pertama melibatkan peningkatan enjin VVT, manakala facelift kedua menggugurkan transmisi manual dari semua varian kecuali “E”.

Kebaikan & Keburukan Perodua Axia – Kereta terbaik untuk belia Malaysia? 02

Dengan ketiadaan saingan dalam kategori hatchback segmen A, mereka yang ingin membeli Perodua Axia mungkin akan mempertimbangkan kereta lain seperti Proton Saga atau Perodua Bezza sebagai alternatif.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Patutkah anda beli Axia untuk diri sendiri? Kami huraikan untuk anda beberapa kebaikan dan keburukan untuk bantu anda membuat pilihan.

Kebaikan – Kecil dan senang untuk dipandu

Kebaikan & Keburukan Perodua Axia – Kereta terbaik untuk belia Malaysia? 01

Dengan saiznya yang kecil, Axia cukup sempurna untuk menyiapkan tugas seharian. Ia mudah untuk diparkir dan jimat minyak. Memandangkan kita tak dapat kereta ‘kei’ secara rasmi di Malaysia, Axia adalah kereta paling kecil yang anda boleh beli untuk kenderaan beroda empat.

Kebaikan – Murah (tak semua varian)

Kebaikan & Keburukan Perodua Axia – Kereta terbaik untuk belia Malaysia? 02

Walaupun “murah” itu cukup subjektif bergantung pada individu, Perodua Axia pastinya lebih murah berbanding kereta-kereta lain. Kereta terpakai pun murah, tapi Axia didatangkan dengan waranti 5 tahun atau 150,000 km untuk komponen-komponen utama.

Jika anda merancang untuk membeli Axia, kami sarankan anda untuk ambil varian G-Xtra. Ia dilengkapi dengan kelengkapan keselamatan asas seperti ABS dan ESC. Aksesori tambahan di dalam Axia AV dan SE kebanyakannya adalah benda-benda yang tidak begitu diperlukan.

Kebaikan – Cekap minyak

Kebaikan & Keburukan Perodua Axia – Kereta terbaik untuk belia Malaysia? 03

Axia memang jimat minyak – jika dipandu secara efisien. Kami berjaya mencapai 6.5 liter/100 km di dalam Axia yang dipandu-uji. Malangnya, pemanduan efisien bagi Axia bermaksud kekal berada di lorong kiri semasa memandu. Dengan hanya 4 gear atas, memandu pada kelajuan 110 – 120 km/jam bermaksud ‘revving’ hampir 3,000 rpm. Jika penjimatan minyak ialah keutamaan anda, Axia sememangnya jimat minyak. Anda hanya perlu bersabar dan pandu ‘chill chill’.

Kebaikan – Ia hampir-hampir tak banyak masalah

Kebaikan & Keburukan Perodua Axia – Kereta terbaik untuk belia Malaysia? 04

Dengan kotak gear automatik 4 kelajuan dan tak banyak teknologi canggih, Axia cukup mudah untuk dijaga dan diselenggara tanpa banyak ragam. Malah, Axia AV spesifikasi tinggi pun tidak didatangkan dengan fungsi ‘auto start-stop’. Alat-ganti untuk Axia berlambak di pasaran dan juga mampu-milik. Satu-satunya masalah mekanikal di dalam Axia ialah enjin tiga silindernya – OK saja walaupun bergegar sikit.

Kebaikan – Keselesaan yang mencukupi untuk hatchback segmen A

Kebaikan & Keburukan Perodua Axia – Kereta terbaik untuk belia Malaysia? 05

Tempat duduknya cukup lembut dan agak ergonomik. Walaupun kebanyakan kemasannya plastik saja, kabinnya cukup selesa dan tampak OK. Papan pemukanya tidak bergegar dan ruang di atas kepala cukup luas. Ruang kaki mungkin sedikit sempit tapi masih boleh dikompromi. Kualiti pemanduannya mungkin boleh dipertingkatkan lagi.

Keburukan – Kabin tak senyap

Kebaikan & Keburukan Perodua Axia – Kereta terbaik untuk belia Malaysia? 06

Jika anda memandu Axia di lebuhraya dengan kelajuan 110 km/jam, anda mungkin perlu pasang radio/muzik supaya tak kedengaran bunyi jalanraya. Axia dilengkapi dengan penebat bunyi asas di bawah hud dan ‘fender’ hadapan. Tapi, bunyi kabin direkodkan pada 72 dB apabila dipandu 110 km/jam. Ia jadi lebih bising ketika waktu hujan.

Keburukan – Stereng tak boleh dilaras

Kebaikan & Keburukan Perodua Axia – Kereta terbaik untuk belia Malaysia? 07

Jika anda mencari posisi memandu yang optimum, mungkin ini agak sukar untuk dicapai dengan Axia. Mereka yang mempunyai ketinggian sederhana mungkin tiada masalah, tapi jika anda seorang yang berbadan tinggi atau besar, anda sememangnya perlukan stereng yang boleh dilaras.

Keburukan – Ia tidak selaju yang dimahui

Kebaikan & Keburukan Perodua Axia – Kereta terbaik untuk belia Malaysia? 08

Enjin 3 silinder 1.0 liter dipadankan dengan transmisi automatik 4 kelajuan bukanlah untuk dibawa berlumba di jalanraya. Pecutan 0 – 100 km/jam direkodkan pada 17.2 saat dan jarak pemberhentiannya dari 100 – 0 km/jam ialah 39 meter. Axia boleh dipandu sehingga 120 – 140 km/jam, tapi pemanduannya bukanlah selesa.

Kebaikan & Keburukan Perodua Axia – Kereta terbaik untuk belia Malaysia? 09

Perodua Axia terasa agak laju ketika berada di dalam trafik bandar, tapi apabila ia sampai di lebuhraya, Axia sememangnya perlukan sedikit kuasa tambahan untuk saing dengan kereta lain. Pemandu juga perlu berhati-hati ketika hendak memotong. Jika anda mahukan pengalaman pemanduan yang lebih relaks bersama Axia, anda perlukan kapasiti enjin yang lebih besar atau transmisi yang lebih bagus.

Kesimpulan

Kebaikan & Keburukan Perodua Axia – Kereta terbaik untuk belia Malaysia? 10

Perodua Axia tak laju tapi cukup pantas untuk pemanduan di bandar. NVH tidak begitu bagus, tapi ia bukanlah satu masalah besar bagi pemandu muda.

Jika anda mencari kenderaan yang mudah untuk dipandu dan juga sangat mampu-milik, anda patut mempertimbangkan Axia. Memandangkan ia antara kereta yang paling murah di pasaran, tak hairanlah jika Axia mempunyai kekurangan dalam beberapa aspek. Apa-apa pun, Perodua Axia semestinya kereta Top 5 bagi pembeli kereta pertama.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda