window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jika anda perlukan pinjaman 9 tahun, anda sebenarnya tak mampu beli kereta, dan cuba fahami 'Rule of 78'

Mersita · Jul 29, 2020 04:00 PM

Jika anda perlukan pinjaman 9 tahun, anda sebenarnya tak mampu beli kereta, dan cuba fahami 'Rule of 78' 01

“Faedah dikira berdasarkan jumlah pokok dan bukannya jumlah baki, gila lah!” Inilah sedikit sebanyak dari perbualan kami dengan eksekutif sebuah syarikat kereta yang baru sahaja dipindahkan dari Eropah ke Malaysia.

Topik tentang tempoh pinjaman yang semakin panjang bagi pinjaman auto juga menjadi satu kekhuatiran di AS. Tapi, berapa lamakah ‘terlalu lama’ bagi mereka?

Tempoh 7 tahun bagi pinjaman auto kini adalah 20% daripada jumlah pinjaman kereta di AS – lebih sekali ganda berbanding 10 tahun lalu. Ramai pakar kewangan di AS berpendapat yang ini adalah satu petanda tidak baik. Agak aneh bagi sebuah negara yang membenarkan gadai janji ‘sub-prime’ untuk ‘meletupkan’ separuh daripada ekonomi dunia.

Jika anda perlukan pinjaman 9 tahun, anda sebenarnya tak mampu beli kereta, dan cuba fahami 'Rule of 78' 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Di Malaysia, keadaan lebih teruk kerana bukan sahaja pinjaman kereta 9 tahun yang lama, tapi juga kerana pembayaran balik sewa-beli dikira berdasarkan jumlah pokok.

Apa kata kita letakkan isu ini dalam satu perspektif. Apabila anda mengambil pinjaman 9 tahun untuk RM 100,000 dengan kadar bunga 2.5 peratus – tipikal bagi musim PKPP sekarang – anda bayar faedah saja dah RM 22,500! Cukup untuk angkat sebuah Bavarian klasik untuk kereta suka-suka, siap ada baki lagi untuk maintenance.

Jika anda perlukan pinjaman 9 tahun, anda sebenarnya tak mampu beli kereta, dan cuba fahami 'Rule of 78' 01

Dengan tempoh pinjaman 5 tahun bersama kadar bunga yang sama, bayaran faedah dikurangkan kepada RM 12,500 – masih cukup tinggi. Jika anda hendak membeli kereta, dan anda perlukan pembiayaan, hadkan tempoh pinjaman anda kurang dari 5 tahun.

Baru-baru ini, topik berkenaan ‘Rule of 78’ semakin hangat dibincangkan setelah Said Din membuat perkongsian di Astro Awani tentang pengalaman buruknya dalam membuat penyelesaian awal bagi pinjaman keretanya dengan Maybank.

Secara ringkasnya, ‘Rule of 78’ membolehkan bank untuk meletakkan cas faedah dalam jumlah yang tidak seimbang bagi beberapa bulan terawal dalam tempoh pinjaman. Jika seseorang peminjam berhasrat untuk membuat penyelesaian awal, beliau akan jimat sedikit dalam cas faedah, tapi tak sebanyak yang dijangkakan.

Jika anda perlukan pinjaman 9 tahun, anda sebenarnya tak mampu beli kereta, dan cuba fahami 'Rule of 78' 02

‘Rule of 78’ membolehkan bank untuk meletakkan 80 peratus cas faedah pada separuh awal pertama dalam tempoh pinjaman. Kredit: User DC5

‘Rule of 78’ membolehkan bank untuk meletakkan 80 peratus cas faedah pada separuh awal pertama dalam tempoh pinjaman, dan ini menjanjikan mereka keuntungan yang besar apabila peminjam membuat penyelesaian awal.

Membeli kereta dengan pinjaman 9 tahun bukanlah satu langkah bijak. Jika anda terpaksa mengambil pinjaman 9 tahun untuk kereta anda, ini bermaksud anda sebenarnya tak mampu membeli kereta tersebut.

Jangan ambil pinjaman 9 tahun dan jadi salah seorang netizen yang membebel pasal kos maintenance yang tinggi, lepas tu cuba untuk jimat dengan membeli ‘parts’ murah dan minyak hitam yang tak ori atau guna tayar murah yang tak diketahui dari mana datangnya.

Apabila anda mengambil pinjaman 9 tahun, nilai kereta anda akan menurun dengan lebih cepat berbanding kebolehan anda untuk bayar habis pinjaman tersebut. Ini juga bermaksud anda tidak boleh jual kereta anda melainkan anda masukkan lebih banyak duit untuk habiskan baki pinjaman. Lagi sekali, langkah kurang bijak.

Tapi satu ketika dahulu, saya pernah buat perkara yang sama – ambil pinjaman 9 tahun untuk kereta – kerana sebab yang unik yang tiada kaitan dengan topik ini.

Walaubagaimanapun, saya tidak berniat untuk membayar kereta tersebut selama 9 tahun dan kami rancang untuk buat penyelesaian awal, dimana kami diberitahu oleh bank yang ini boleh dilakukan tanpa sebarang penalti. Apa yang bank tak beritahu saya ialah tentang ‘Rule of 78’.

Saya bayar pinjaman 9 tahun berjumlah RM 113,000 dalam masa 3 tahun setengah, setelah menerima dana daripada salah satu pelaburan saya yang lain (ini sebahagian daripada pelan asal, tapi saya menghadapi kesukaran menyegerakkan jangkamasanya).

Jika anda perlukan pinjaman 9 tahun, anda sebenarnya tak mampu beli kereta, dan cuba fahami 'Rule of 78' 03

Saya puas hati. Daripada membayar lebih RM 26,000 faedah, saya hanya bayar RM 16,000 – saya jimat RM 10,000.

Walaubagaimanapun, ‘Rule of 78’ bermaksud walaupun saya hanya bayar lebih kurang 30 peratus daripada tempoh pinjaman 9 tahun tersebut, saya terpaksa membayar 60 peratus daripada kadar faedah apabila saya mahu membuat penyelesaian awal. Satu urus-janji yang buat geram sebenarnya.

‘Rule of 78’ ini membiarkan konsumer berpegang pada janji palsu. Tapi, kita perlu ingat yang semua ini adalah sah dan diluluskan oleh Bank Negara, maka anda tak boleh salahkan bank.

Menjaga kereta bukan saja membayar bayaran bulanannya. Kos anda termasuk insuran dan kereta zaman sekarang lebih rumit berbanding dahulu, maka anda tak boleh fikir yang kos maintenance itu rendah. Kemahuan untuk memasang rim yang lebih besar juga bermaksud anda perlu bayar lebih untuk menukar tayar.

Jika bayaran bulanan anda terlalu tinggi, adalah lebih baik untuk anda beli kereta yang lebih murah dan bukannya memanjangkan tempoh pinjaman anda. Apa salahnya beli Perodua Axia kalau tak mampu. Malah, Proton Wira berharga RM 5,000 pun boleh usung anda kesana kemari, tapi yang pastinya bila membeli kereta terpakai kita haruslah cari yang betul-betul 'boleh pakai'.

Jika anda perlukan pinjaman 9 tahun, anda sebenarnya tak mampu beli kereta, dan cuba fahami 'Rule of 78' 04

Kos penjagaan kereta anda tak patut mengganggu kehidupan seharian anda. Anda sepatutnya boleh makan apa yang anda hendakkan bila-bila masa tanpa risau tentang baki dalam akaun bank anda dan kos jagaan kereta. Antara anda dan kereta anda, andalah yang patut hidup dengan lebih bahagia.

Satu-satunya pengecualian untuk nasihat ini adalah melainkan anda berada dalam golongan T20, kerana kumpulan elit ini dapat akses kepada instrumen kewangan dan kredit murah yang tak dapat dinikmati rakyat marhaen. Bila anda ada perahu layar atau menara 50 tingkat untuk digadai, wang dan bank suasananya berlainan untuk anda. Kita yang biasa-biasa ni telan air liur sajalah.

Ada satu lagi hujah yang mengatakan pinjaman tempoh panjang lebih baik kerana ia membantu aliran tunai atau ‘cashflow’ anda. Besar perbezaannya antara menjaga aliran tunai supaya perniagaan boleh buat duit lebih, dengan seorang individu yang gali lagi hutang untuk menjaga aliran tunainya supaya dia boleh sambung bayar itu ini dan pergi bercuti.

Jika anda perlukan pinjaman 9 tahun, anda sebenarnya tak mampu beli kereta, dan cuba fahami 'Rule of 78' 05

Salah seorang individu terkaya di dunia, pandu Honda Jazz dan VW Golf GTI.

Seperti pepatah Melayu, “ukur baju di badan sendiri” sangat tepat digunakan bila berbincang tentang hal ini. Sebahagian besar daripada kes bankrap di Malaysia adalah disebabkan oleh pinjaman kereta yang tak berbayar - kebanyakannya melibatkan individu berumur antara 35 – 44 tahun (Jabatan Insolvensi Malaysia).

Ingat paradoks kekayaan: Mereka yang belum berjaya adalah mereka yang berusaha keras untuk mendabik dada dan jadi terkenal, manakala mereka yang sudah berjaya berusaha lebih lagi untuk tidak dikenali siapa-siapa – bukan kerana tidak mahu kisahkan orang lain – tapi untuk mengelakkan mata-mata seperti pemungut cukai atau pejuang keadilan sosial.

Mark Zuckerberg pernah ditangkap menggunakan telefon bimbitnya ketika memandu Golf GTI miliknya. Bayangkan jika beliau keluar dengan menaiki kereta yang lebih mewah.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda