window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Intipan: Volkswagen Golf GTI Mk 8 dipandu uji. Bakal dipasang tempatan (CKD)?

Haris · Sep 3, 2020 03:00 PM

Intipan: Volkswagen Golf GTI Mk 8 dipandu uji. Bakal dipasang tempatan (CKD)? 01

Sebelum ini, Volkswagen Passenger Cars Malaysia telah mengesahkan bahawa Volkswagen Golf GTI Mk 8 tidak akan hadir ke Malaysia sehinggalah tahun 2021. Walaubagaimanapun, hari ini kami telah menerima sebuah video intipan Volkswagen Golf GTI Mk 8 sedang dipandu uji.

Intipan: Volkswagen Golf GTI Mk 8 dipandu uji. Bakal dipasang tempatan (CKD)? 01

Video berdurasi 9 saat tersebut memaparkan sebuah Volkswagen Golf GTI Mk 8 yang sedang dipandu uji di Genting. Lebih menarik lagi, nombor plat yang digunakan adalah nombor plat kenderaan negeri Pahang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

 

Hal ini menguatkan khabar angin di mana Volkswagen Golf GTI Mk 8 berkemungkinan besar akan dipasang secara tempatan (CKD). Volkswagen mempunyai kilang pemasangan di Pekan, Pahang. Lagipun, model Volkswagen Tiguan Allspace baru baru ini turut dipasang di kilang pemasangan yang sama.

Intipan: Volkswagen Golf GTI Mk 8 dipandu uji. Bakal dipasang tempatan (CKD)? 01

Mengikut strategi yang sama dilakukan pada model Volkswagen baru-baru ini, kami menjangkakan harga yang lebih kompetitif pada Volkswagen Golf GTI Mk 8 ini. Harga Volkswagen Golf GTI Mk 7 yang masih terjual bermula pada harga RM 173,390.

Intipan: Volkswagen Golf GTI Mk 8 dipandu uji. Bakal dipasang tempatan (CKD)? 02

Volkswagen Golf GTI Mk 8 bakal menggunakan lambang Volkswagen baharu. Lambang VW turut ditutup pada video tersebut. Adakah ini bermakna, Volkswagen GTI Mk 8 bakal menjadi model Volkswagen pertama yang menggunakan lambang VW baharu di Malaysia? Sama-sama kita nantikan!

Kredit: K3lvinP (Pembaca Wapcar)

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Volkswagen Golf GTI

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda