window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Volkswagen Golf GTI Mk8 dilancarkan dari RM 212k - 2.0 turbocaj, 245 PS, ‘hot hatch’ idaman ramai!

Haris · Feb 16, 2022 08:20 PM

Volkswagen Golf GTI Mk8 dilancarkan dari RM 212k - 2.0 turbocaj, 245 PS, ‘hot hatch’ idaman ramai! 01

Volkswagen Passenger Cars Malaysia Sdn Bhd kini tampil dengan Volkswagen Golf GTI 2022 generasi Mk8 yang terkini. Penampilan Volkswagen Golf GTI kini lebih segar berbanding generasi terdahulu (Mk7.5) namun bagi peminat tegar, tiada apa yang dapat menyaingi hot hatch ini dari segi prestasi, harga yang ditawarkan dan prestij jenama.

Terdapat 2 model yang ditawarkan untuk Volkswagen Golf Mk8 2022 ini iaitu (Harga atas jalan tanpa insurans, 0% cukai SST sah sehingga Julai 2022):

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Harga dari RM 155k - 165k, 2022 VW Golf TSI R-Line Mk8 CKD kini boleh ditempah di Malaysia

Volkswagen Golf GTI Mk8 dilancarkan dari RM 212k - 2.0 turbocaj, 245 PS, ‘hot hatch’ idaman ramai! 01

Bagi VW Golf GTI 2022, ia dipacu oleh enjin 4-silinder 2.0 liter turbocaj EA888 petrol yang berprestasi tinggi, mampu menghamburkan sehingga 245 PS dan 370 Nm. Tujahan kuasa tersebut merupakan peningkatan 15 PS / 20 Nm dari model VW Golf GTI Mk7.5.

Volkswagen Golf GTI Mk8 dilancarkan dari RM 212k - 2.0 turbocaj, 245 PS, ‘hot hatch’ idaman ramai! 02

Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik dwi-klac (DCT) 7-kelajuan dengan pengubah gear secara elektronik (shift-by-wire) yang menghantar kuasa ke roda depan. 

Volkswagen Golf GTI Mk8 dilancarkan dari RM 212k - 2.0 turbocaj, 245 PS, ‘hot hatch’ idaman ramai! 03

Bahagian luaran Volkswagen Golf GTI facelift 2022 menampilkan rekaan serba baharu seperti fasia depan yang lebih moden dan bersegi. Ia mengenakan lampu LED untuk lampu depan, belakang dan DRL, rim aloi 18-inci dua tona bergaya Richmond.

Volkswagen Golf GTI Mk8 dilancarkan dari RM 212k - 2.0 turbocaj, 245 PS, ‘hot hatch’ idaman ramai! 04

Sebagai model yang lebih atas, VW Golf GTI mengenakan perincian tambahan GTI misalnya jalur merah kecil di gril hadapan, lencana GTI dan gril bawah jenis honeycomb.

Volkswagen Golf GTI Mk8 dilancarkan dari RM 212k - 2.0 turbocaj, 245 PS, ‘hot hatch’ idaman ramai! 05

Bergerak ke bahagian dalaman pula, ia mendapat upholsteri kulit dengan kerusi sporty, dengan gandingan warna hitam dan kelabu di samping jahitan merah untuk penampilan yang lebih berorientasikan sport.

Volkswagen Golf GTI Mk8 dilancarkan dari RM 212k - 2.0 turbocaj, 245 PS, ‘hot hatch’ idaman ramai! 06

Untuk ciri-ciri keselesaan pula, terdapat gugusan instrumen digital sepenuhnya 10-inci khusus GTI, sistem penghawa dingin tiga-zon dan sistem infotainment MIB3 terkini dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.

Volkswagen Golf GTI Mk8 dilancarkan dari RM 212k - 2.0 turbocaj, 245 PS, ‘hot hatch’ idaman ramai! 07

Semua varian Volkswagen Golf GTI 2022 tidak menerima sistem bantuan pemandu ADAS justeru ciri keselamatan pasif sahaja yang ditawarkan. Ciri keselamatan standard pula adalah 6 beg udara, sensor parkir hadapan dan belakang, ABS dengan EBD, TCS, dan ESC. 

Volkswagen Golf GTI Mk8 dilancarkan dari RM 212k - 2.0 turbocaj, 245 PS, ‘hot hatch’ idaman ramai! 08

Terdapat 5 pilihan warna sebagai pilihan iaitu Kings Red dan Atlantic Blue dalam kemasan metalik; Moonstone Grey untuk pilihan bukan metalik; serta Deep Black dan Oryx White dengan efek pearl tanpa caj tambahan.

Volkswagen Golf GTI Mk8 dilancarkan dari RM 212k - 2.0 turbocaj, 245 PS, ‘hot hatch’ idaman ramai! 09

Waranti standard yang ditawarkan Volkswagen Malaysia memberi perlindungan sepanjang 5 tahun / tanpa had perbatuan. Terdapat juga pakej penyelenggaraan percuma untuk 3 tahun / 45,000 km termasuk bantuan kecemasan selama 5 tahun.

Volkswagen Golf GTI Mk8 dilancarkan dari RM 212k - 2.0 turbocaj, 245 PS, ‘hot hatch’ idaman ramai! 10

Seperti yang ramai sedia maklum, Volkswagen Golf kini mungkin satu-satunya benteng terakhir di dalam kelas hatchback segmen C prestasi. Pesaing terdekat lain mungkin sekali Mercedes-Benz A250 AMG-Line atau Mazda 3 Hatchback di mana kedua-duanya berada dalam kelas yang berbeza mahupun prestij jenama.

Justeru, adakah Volkswagen Golf GTI kini akan menjadi suatu model ‘pelaburan’ lebih daripada sebuah hatchback prestasi yang dinikmati?

Baca: Volkswagen Golf Mk8 dinobatkan sebagai kereta import terbaik 2021 di Jepun!

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Volkswagen Golf GTI

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda