window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Intipan: Kia Grand Carnival 2021 baharu di Thailand, pelancaran Malaysia tidak lama lagi?

Faisal · Nov 19, 2020 04:00 PM

Intipan: Kia Grand Carnival 2021 baharu di Thailand, pelancaran Malaysia tidak lama lagi? 01

Seperti namanya, Kia Grand Carnival baharu kelihatan cukup “grand” ketika ia dirasmikan pada Ogos yang lalu. Untuk generasi keempat, MPV dari Korea ini kelihatan lebih premium.

Intipan: Kia Grand Carnival 2021 baharu di Thailand, pelancaran Malaysia tidak lama lagi? 02

Memandangkan Korea menggunakan versi pemanduan belah kiri (LHD), MPV segmen D ini mengambil sedikit masa sebelum versi pemanduan belah kanan (RHD) beransur. Walau bagaimanapun, pasaran RHD nampaknya akan menerima Grand Carnival dengan lebih awal berikutan intipan yang telah dijumpai di Thailand.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Intipan: Kia Grand Carnival 2021 baharu di Thailand, pelancaran Malaysia tidak lama lagi? 01

Gambar-gambar ini diambil daripada facebook Kia Grand Carnival Club Malaysia. Pemilik akaun yang memuat naik berkata bahawa intipan ini diambil dari Thailand.

Intipan: Kia Grand Carnival 2021 baharu di Thailand, pelancaran Malaysia tidak lama lagi? 02

Berikutan intipan ini, nampaknya Thailand akan menjadi pasaran RHD yang pertama untuk menerima Grand Carnival baru dimana mereka mungkin mengekalkan nama “Grand” di hadapan.

Intipan: Kia Grand Carnival 2021 baharu di Thailand, pelancaran Malaysia tidak lama lagi? 03

Berdasarkan gambar ini, susunan 11 kerusi digunakan seperti di China.

Intipan: Kia Grand Carnival 2021 baharu di Thailand, pelancaran Malaysia tidak lama lagi? 04

Gambar ini pula menjelaskan bilangan kerusi yang ada dimana anda boleh lihat pada 2 tali pinggang terakhir di bahagian but.

Intipan: Kia Grand Carnival 2021 baharu di Thailand, pelancaran Malaysia tidak lama lagi? 05

Pada masa yang sama, gambar ini menunjukkan bahagian enjin Grand Carnival terbaru dimana ia merupakan enjin 2.2L turbodiesel CRDi yang sama seperti yang digunakan pada generasi ketiga.

Intipan: Kia Grand Carnival 2021 baharu di Thailand, pelancaran Malaysia tidak lama lagi? 06

Pada bahagian kabin pula, pasaran Thailand menerima dua pilihan warna iaitu coklat cerah dan merah gelap.

Intipan: Kia Grand Carnival 2021 baharu di Thailand, pelancaran Malaysia tidak lama lagi? 07

Namun begitu, kluster instrumen hanya hadir dalam bentuk analog, bukan digital seperti yang dipertontonkan di Beijing Auto Show.

Namun demikian, skrin infotainment masih berspesifikasi penuh seperti yang diperlihatkan pada debut global.

Intipan: Kia Grand Carnival 2021 baharu di Thailand, pelancaran Malaysia tidak lama lagi? 08

Berdasarkan rakan kami di Autofun, Grand Carnival baharu akan dilancarkan di Thailand pada 26 November ini secara virtual. Tidak seperti generasi terdahulu yang dipasang di Vietnam, kumpulan pertama (first batch) di Thailand akan diimport sepenuhnya dari Korea.

Intipan: Kia Grand Carnival 2021 baharu di Thailand, pelancaran Malaysia tidak lama lagi? 09

Cukup untuk memuatkan satu pasukan bola

Kembali ke Malaysia, Kia Grand Carnival baharu mungkin hadir pada tahun depan sekiranya percaturan Kia Malaysia menjadi. Sekiranya anda masih berminat dengan generasi ketiga yang telah dikemaskinikan pada tahun ini, MPV 11 tempat duduk ini akan mengejutkan anda berdasarkan kebaikan dan keburukan yang telah kami lampirkan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Kia Carnival 2.2D 11-Seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda