Honda dilihat sedang memandu uji sebuah model misteri. Model tersebut yang disamarkan dengan sangat baik sehingga menyusahkan pemerhati untuk meneka model apakah yang bakal dilancarkan oleh Honda.
Rata-rata pemerhati memberi 2 pilihan sahaja untuk model misteri tersebut. Sama ada Honda Civic serba baharu ataupun model facelift Honda Accord.
Kemungkinan paling besar sekali, Honda Civic serba baharu adalah kereta tersebut. Hal ini adalah berdasarkan lampu hadapannya yang menyerupai Honda Civic Type R 2022. Sisi badan model misteri ini turut sesuai dengan perincian pada sisi badan Honda Civic generasi baharu tersebut.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Perincian daripada sisi turut menolak kemungkinan facelift Honda Accord kerana dimensi hadapan dan belakang yang lebih pendek berbanding Honda Accord generasi sekarang. Hal ini bermakna model ini berada bawah dari segmen D.
Honda Civic mempunyai jangka hayat sekitar 5 tahun sebelum model terbaru diberikan.
- Civic EK: 1995 hingga 2000
- Civic ES: 2000 hingga 2005
- Civic FD: 2005 hingga 2011
- Civic FB: 2011 hingga 2015
- Civic FC: 2015 hingga kini
Berdasarkan pemerhatian tersebut, sememangnya sudah tiba masanya untuk Honda Civic diberikan model terbaru.
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });