window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda City Hatchback RS dilancarkan di Indonesia - tiada hybrid tapi harga RM 108k!

Haris ยท Apr 21, 2022 06:00 PM

Honda City Hatchback RS dilancarkan di Indonesia - tiada hybrid tapi harga RM 108k! 01

PT Honda Prospect Motor telah mengacah pelancaran baharu untuk pasaran Indonesia pada minggu lepas. Walaupun ia bukan suatu pelancaran besar, namun pengenalan produk ini dilihat penting dalam penawaran varian di sana. Oleh itu, HPM telah memperkenalkan dua varian baharu untuk model popular iaitu Honda City Hatchback RS dan Honda Brio RS Urbanite Editon.

Honda City Hatchback RS dilancarkan di Indonesia - tiada hybrid tapi harga RM 108k! 02

Honda Brio RS

Honda Brio merupakan kereta urban terlaris di Indonesia, lebih popular daripada kembar dua Daihatsu Ayla dan Toyota Agya yang turut dikenali sebagai Perodua Axia di Malaysia.

Baca: Honda Brio - Hatchback lambang 'H' yang Malaysia tak dapat, semua salah...

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sungguhpun begitu, tumpuan lebih terarah kepada Honda City Hatchback yang diposisikan agak tinggi namun mengambil pendekatan berbeza daripada apa yang ditawarkan di Malaysia.

Honda City Hatchback RS dilancarkan di Indonesia - tiada hybrid tapi harga RM 108k! 01

Walaupun berkongsi nama trim "Road Sailing" yang sama dengan City Hatchback RS pasaran Malaysia, model City Hatchback RS pasaran Indonesia ini bukanlah berkuasa hibrid. Honda masih belum menawarkan rangkaian kuasa i-MMD untuk mana-mana model City Hatchback dan City sedan di Indonesia.

Honda City Hatchback RS dilancarkan di Indonesia - tiada hybrid tapi harga RM 108k! 02

Sebaliknya,varian RS ialah satu-satunya varian yang ditawarkan untuk City Hatchback di Nusantara dan varian yang dilengkapi Honda Sensing adalah sekadar penambahan trim yang terbaharu, menjadikan jumlah keseluruhan trim kepada 3.

Ketiga-tiga varian ini dikuasakan oleh 1.5 liter beraspirasi semula jadi. Enjin DOHC i-VTEC (121 PS/145 Nm) ini juga turut tersedia pada varian bukan hibrid bagi City sedan dan City Hatchback di Malaysia.

Honda City Hatchback RS dilancarkan di Indonesia - tiada hybrid tapi harga RM 108k! 03

Honda City Hatchback RS ditawarkan dengan transmisi manual 6-kelajuan di Indonesia tetapi transmisi ini tidak ditawarkan untuk varian dengan Honda Sensing. Sebaliknya, transmisi automatik CVT adalah satu-satunya transmisi yang tersedia jika pembeli mahukan City Hatchback dengan suite ADAS Honda yang menarik.

Honda City Hatchback RS dilancarkan di Indonesia - tiada hybrid tapi harga RM 108k! 04

City Hatchback RS dengan Honda Sensing berkongsi ciri yang sama seperti Honda BR-V Prestige di mana pakej Honda Sensing termasuk:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Auto High Beam (AHB)

Honda City Hatchback RS dilancarkan di Indonesia - tiada hybrid tapi harga RM 108k! 05

Selain Honda Sensing, trim tertinggi Honda City Hatchback untuk pasaran Indonesia turut menampilkan kluster meter digital TFT 7-inci, fungsi Honda LaneWatch dan Walk-Away Auto-Lock.

Honda City Hatchback RS dilancarkan di Indonesia - tiada hybrid tapi harga RM 108k! 06

Selain daripada ciri keselamatan tambahan ini, Honda City Hatchback RS di Indonesia kini dilengkapi dengan lampu utama LED, roda aloi 16-inci, tempat duduk gabungan kulit fabrik-baldu, penyaman udara automatik dan unit infotainment skrin sesentuh 8-inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto sebagai standard. Ciri pada perenggan ini mirip apa yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

Baca: Adakah Honda City hatchback 2021 lebih cantik dengan kit Modulo?

Honda City Hatchback RS dilancarkan di Indonesia - tiada hybrid tapi harga RM 108k! 07

Bagi harganya pula, Honda City Hatchback RS dengan Honda Sensing ditawarkan pada harga dari IDR 362.6 juta (~RM 108k) iaitu sekitar IDR 19 juta (~RM 5.6k) lebih daripada City Hatchback RS CVT, satu trim bawah.

Honda City Hatchback RS dilancarkan di Indonesia - tiada hybrid tapi harga RM 108k! 08

Model pasaran Malaysia

Di Malaysia, Honda Sensing boleh didapati dalam dua varian City Hatchback, RS e:HEV yang bermula dari RM 107,783, dan V Sensing yang baru dilancarkan yang berharga dari RM 91,709. Kedua-dua harga yang dinyatakan dikecualikan daripada SST dan sah sehingga 30-Jun 2022. - Foto eksklusif: AutoFun ID

Baca: Rebiu: Honda City Hatchback 2022 – Harga Proton X50 untuk 'kereta kecil', tetapi nilainya besar

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda