Ford Ranger T6 terpakai: Pikap selesa macam sedan dari RM 60k? Berapa kos jagaan & pembaikannya?
Mersita · Nov 13, 2022 02:00 PM
0
0
Trak pikap moden masa kini bukannya sama seperti dahulu â kini ia lebih lagi dari sekadar kenderaan petani dan pengusaha. Secara amnya, kini ia lebih diperhalusi seperti sedan atau crossover âunibodyâ dan pada masa sama mengekalkan tahap kelasakan dan kebolehtahanannya bagi pemanduan lebih mencabar.
Namun ingatkah anda akan trak pikap yang mencetus anjakan paradigma dalam segmen ini dan memberi tekanan keatas pesaing-pesaingnya untuk jadi lebih âpowerâ? Trak pikap yang dimaksudkan ialah tak lain tak bukan, Ford Ranger.
Sesuai dengan topik kali ini, Ranger T6 serba baharulah yang menjadi peneraju trak pikap serba moden dan lengkap dengan segala keselesaan dalam segmennya walau masih kekal sebagai kenderaan berutiliti.
Ranger T6 sememangnya pikap pertama yang memberi pengalaman pemanduan seperti kereta biasa. Ia berjaya membentuk kategori baharu dalam kumpulan pembeli yang mahukan sebuah trak pikap untuk gaya hidup aktif namun tidak sanggup berpisah dengan kenyamanan sebuah kereta.
Varian pra-facelift Ranger T6 ditawarkan di Malaysia
Serba-serbi baharu, Ranger T6 dilancarkan dan disambut gembira pada 2012 dan pada mulanya boleh didapati dalam âtrimâ berikut:
Varian pra-FL Ford Ranger T6
Varian
Enjin (PS / Nm)
Harga
Ranger 2.2 XLT Manual 4x4
DuraTorq TDCi 2.2L (150PS / 375 Nm)
RM 89,888
Ranger 2.2 XLT Auto 4x4
DuraTorq TDCi 2.2L (150 PS / 375 Nm)
RM 95,888
Ranger 3.2 XLT Auto 4x4
DuraTorq TDCi 3.2L (200 PS / 470 Nm)
RM 99,888
Ranger 3.2 WildTrak 4x4 (auto)
DuraTorq TDCi 3.2L (200 PS / 470 Nm)
RM 116,888
Kedua-duanya mempunyai gear 6 kelajuan dan pembeli boleh memilih antara kotak gear manual atau automatik.
Salah satu kelebihan Ranger yang diwar-warkan oleh Ford adalah kebolehannya dalam mengharungi kedalaman air sehingga 800 mm. Ditambah lagi dengan kapasiti kargo yang mencapai sehingga 1,333 kg dan kadar âtowâ maksima seberat 3,350 kg, ia masih lagi sebuah trak pikap yang berkebolehan tinggi walaupun âterlalu selesaâ.
Kit keselamatannya agak standard bagi pasaran ketika itu. Ranger XLT didatangkan dengan dua beg udara, ABS, EBD, BA, dan kawalan beban adaptif. Bagaimanapun, WildTrak pula didatangkan dengan lebih banyak kelengkapan tambahan merangkumi ESP, kawalan turun bukit, bantuan pecutan naik bukit, dan mitigasi âroll-overâ. Ia juga diberi lebih banyak beg udara â 4 kesemuanya!
Bagi ruang kabinnya pula; ia bukan saja menyerupai kabin sebuah sedan, namun keselesaannya juga seperti sedan. Pemilik diberi kenikmatan yang biasa didapati seperti kawalan peluncuran, lampu hadapan automatik, dan âwiperâ berserta deria kelajuan. Buat masa itu, Ford Sync versi awalan membolehkan infotainmennya dikawal menerusi skrin 4.2 inci dan menerusi kawalan suara (walaupun ia kurang kenal dengan loghat orang Malaysia).
Sebab-sebab Ranger T6 patut jadi pilihan anda
Tidak dinafikan yang kebanyakan trak pikap terbaharu masa kini telah mampu menyelesaikan banyak kekurangan yang ada pada model-model lama.
Walau bagaimanapun, jika anda mahukan sebuah trak pikap yang sesuai dengan gaya hidup urban anda yang aktif, mampu milik, dan untuk kegunaan harian; Ranger T6 boleh jadi jawapan terbaik anda. Ia cukup sesuai untuk kegunaan di bandar besar dan boleh diharap sebagai kenderaan harian.
Melainkan kelasakan dan kebolehtahanan menjadi kriteria utama anda tanpa menghiraukan keselesaan, anda mungkin lebih sesuai dengan Toyota Hilux ataupun Isuzu D-Max dari era tersebut. Jika tidak, Ranger T6 menepati keperluan anda dengan cukup sempurna.
Harga pasaran untuk Ford Ranger T6 terpakai
Fokus kami kali ini adalah untuk Ranger T6 pra-facelift yang dijual di pasaran bermula dari 2012 sehingga penghujung 2015. Ia cukup menonjol dengan muka hadapan yang berbentuk lebih membulat jika dibandingkan dengan muka bersegi model facelift 2015.
Pada hemat kami, pilihan lebih bijak pastinyaRanger 2.2 XLT. Kesusutan nilai menarik harga trim lebih rendah, Ranger 2.2 XL, kepada julat harga yang lebih kurang sama. Oleh itu, model berspesifikasi tinggi pastinya lebih berbaloi.
Bagi model-model pra-facelift 2015, kebanyakan unit yang ada di pasaran dijual pada harga sekitar RM 60k. Ada juga yang kurang sedikit daripada RM 60k. Harus diingat yang anda masih boleh cuba tawar-menawar bersama penjualnya.
Beberapa unit yang anda temui mungkin akan mencecah harga lebih RM 70k. Jika beginilah harga yang dipinta, ia sudah hampir mencecah harga model facelift. Oleh itu, abaikan saja.
2016 Ford RANGER WILDTRACK 3.2
RM 89,900
RM 943
/bulan
104,744 km
7.5 years
Cheras
2017 Ford RANGER XLT 2.2
RM 86,800
RM 951
/bulan
79,881 km
6 years
Kuala Lumpur
2019 Ford RANGER XLT 2.2
RM 100,900
RM 1,070
/bulan
45,145 km
4.5 years
Cheras
Malah, model 2014 dijual pada kadar harga yang lebih kurang sama. Namun, bagi tahun itu, anda boleh jumpa lebih banyak pilihan dengan harga bawah RM 60k.
Memandangkan model pra-facelift 2015 sudah mencecah usia 7 tahun pada tahun ini, jika anda boleh beli dengan pinjaman selama setahun (jika mahu), lebih masuk akal jika anda sasar untuk dapatkan model 2014 berharga bawah RM 60k dan mulakan proses tawar-menawar.
Masalah yang biasa dihadapi Ford Ranger
Ya, Ranger sememangnya sebuah trak pikap dan trak pikap sepatutnya lasak dengan kebolehtahanan tinggi berbanding kereta biasa. Tapi, ada hadnya. Bagi setiap proses ârefinementâ, pastinya pengeluar kereta terpaksa membuat pengorbanan dalam beberapa aspek â ini terpakai untuk semua jenis kereta. Ranger juga tidak terkecuali daripada beberapa masalah lazim, namun kebanyakan pihak dalam industri ini sudah berpengetahuan dalam mencari punca masalah dan cara membaikinya.
Kami berpeluang menemuramah seorang pakar iaitu Pala Ganesh dari Bug Auto Centre di Subang. Inilah orang yang selalu dicari dalam kalangan pemilik Ford atas kepakaran mereka dalam kenderaan keluaran Ford di Malaysia.
Beliau berkongsi beberapa masalah lazim yang dihadapi Ranger dan beliau juga cukup pemurah dalam berkongsi info tentang kos upah supaya anda datang ke bengkel lebih bersedia.
Salah satu masalah lazim Ranger ialah âintercooler rubber charge pipesâ. Paip ini mudah merekah, menyebabkan kehilangan kuasa. Pasaran âaftermarketâ ada menawarkan penyelesaian untuk masalah ini dengan paip besi yang boleh bertahan selama-lamanya. Jika komponen ini belum ditukar, anda patut pertimbangkan naiktaraf ini kerana paip asal sememangnya hanya âtunggu masaâ untuk rosak.
Anda boleh jangkakan kos penukaran sekitar RM 500 â 800 bagi sepasang paip besi â anda cuma perlu pilih dari pelbagai pilihan yang ada di platform jual-beli atas talian.
Satu lagi masalah yang kerap dihadapi trak pikap ini ialah injap (valve) EGR yang mengandungi penyejuk (coolant) untuk menyejukkan enjin. Ia juga mudah rosak dan anda patut kerap periksa komponen ini.
Ganti EGR baru + upah
Injap EGR
1 unit
RM 1,000
Intake manifold gasket
8 units (RM 45)
RM 360
EGR cooler gasket (besar)
1 unit
RM 80
EGR cooler gasket (kecil)
1 unit
RM 80
EGR pipe dengan hos
1 unit
RM 390
Upah
RM 120
Total
RM 2,030
Salah satu masalah besar yang dihadapi Ranger berpunca daripada kotak gear automatiknya. Simptom seperti getaran ketika merendahkan gear, tersentak apabila mengalihkan gear dari P, atau kelambatan apabila naik ke gear tinggi pernah diutarakan pemilik.
Hal-hal ini boleh jadi berkait dengan âvalve body separator plateâ dalam sistem transmisinya. Bagaimanapun, Pala menegaskan yang penyenggaraan kerap bagi mengelakkannya daripada terjadi adalah perlu.
Katanya, panduan servis Ford menyarankan yang âautomatic transmission fluidâ (ATF) perlu diganti bagi setiap 200,000 km perjalanan. Mengganti ATF kenderaan anda dalam jangkamasa lebih pendek boleh membantu mengelakkan gangguan pada sistem transmisinya. Malah, Pala menyarankan ATF diganti pada selang jarak 30,000 km dan ke bawah jika anda berkemampuan. Kos bagi minyak ATF baharu dianggarkan pada RM 260 tanpa upah.
Selain itu, terdapat juga aduan dari pemilik mengenai kegagalan unit pengecas turbonya. Isu ini akan menyebabkan banyak kehilangan kuasa. Walaupun unit ini boleh diservis, anda juga boleh menggantikannya dengan yang baru.
Ganti turbocharger baru + upah
Turbocharger
1 unit
RM 4,800
Upah
RM 180
Total
RM 4,980
Tambahan pula, sebaiknya proses pembersihan âinjectorsâ juga patut dilakukan sejurus selepas anda menerima Ranger terpakai anda. Anggaplah ia sebagai penyenggaraan pencegahan untuk jangkamasa panjang. Sementara itu, anda juga boleh membersihkan âfuel linesâ dan menukar cincin-cincinnya.
Pembersihan diesel injector + upah
Servis/Baiki diesel injector
4 unit (RM 800)
RM 3,200
Fuel filter
1 unit
RM 90
Fuel pump top cover O-ring
1 unit
RM 150
Upah untuk injectors + bleeding fuel system
RM 80
Total
RM 3,520
Satu lagi isu yang perlu diberi perhatian ialah sambungan U pada âlongshaftâ. Antara simptomnya adalah gegaran dari âdrivelineâ.
Ganti U-joint baru + upah
Longshaft bearing
1 unit
RM 500
Longshaft damper
1 unit
RM 460
U-joint
3 unit (RM 78)
RM 234
Upah
RM 180
Total
RM 1,374
Akhir sekali, anda juga perlu ingat enjin Ranger perlukan minyak yang banyak.
Servis minyak enjin + upah
Castrol Magnatec 5W-30 4 liter
2 unit (RM 227.20)
RM 454.40
Oil filter
1 unit
RM 48
Upah
RM 60
Total
RM 562.40
**Perlu diingatkan kesemua caj-caj yang tersenarai adalah anggaran berdasarkan kerja-kerja pembaikan/penyenggaraan terdahulu dan ia tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.
Kesimpulan
Mungkin ada yang beranggapan Ranger bukanlah trak pikap untuk gaya hidup moden yang rendah kos jagaannya. Perlu diingatkan kiraan ini masih belum merangkumi kos cukai jalan dan kos mengganti tayar. Cukai jalannya, pada tahap terendah, dengan enjin 2.2 liter akan memakan kos RM 598.40 setahun.
Apa-apa pun, trak pikap sebegini sememangnya memakan kos yang tinggi sedikit. Tapi, ia masih salah sebuah trak pikap yang paling ârefinedâ di jalan raya masa kini dan barangkali ia masih akan kekal begitu dalam jangkamasa lama jika dijaga dengan rapi.
Dah cukup yakin? Kalau nak lebih yakin untuk dapatkan Ford Ranger anda, dapatkan unit-unit yang sudah diiktiraf Carsome Certified untuk kepuasan hati dan ketenangan jiwa.
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.