3 pikap terpakai yang berbaloi dibeli di Malaysia - Nissan Navara, Mitsubishi Triton dan Ford Ranger
Faisal · May 27, 2023 10:00 AM
0
0
Mencari trak pikap yang berharga mampu milik di Malaysia mungkin agak sukar. Tetapi secara alternatifnya, anda boleh lihat dari pasaran terpakai kerana kereta jenis sebegini selalunya tahan lasak, boleh meredah banjir dan dibina untuk jangka hayat yang panjang. Model paling sinonim dengan kualiti yang disebutkan adalah Toyota Hilux. Tetapi bagaimana kalau anda mahu sesuatu yang lebih unik? Ini 3 pilihan yang anda patut anda tinjau sebagai alternatif.
1. Nissan Navara
Model ini terkenal sebagai antara pikap paling selesa dalam segmen. Untuk pasaran sekarang, sebagai konteks, varian mercu PRO-4X model tahun 2021 kini hanya RM 129k dan bayaran bulanannya setakat RM 1,4++ sahaja.
Dari segi teknikal, Nissan Navara menggunakan enjin 2.5L turbodiesel yang menghasilkan 190 PS dan 450 Nm tork. Kuasa dihantar ke empat-empat roda melalui transmisi automatik 7 kelajuan.
Model ini pula lebih menyeluruh di mana tahap praktikaliti di dalam kabin adalah yang paling mantap. Selain itu, Mitsubishi Triton juga antara pikap yang paling senyap dalam kelasnya. Berdasarkan pasaran semasa, varian mercu VGT model tahun 2021 kini boleh didapati pada harga serendah RM 103k dan bayaran bulannya hanya setakat RM 1,100 – RM 1,200 sahaja.
2017 Mitsubishi TRITON LR 4X2 DC 2.5
RM 53,200
RM 583
/bulan
33,272 km
6 years
Petaling Jaya
2015 Mitsubishi TRITON VGT HS 2.5
RM 77,100
RM 907
/bulan
111,555 km
8 years
Kuala Lumpur
2016 Mitsubishi TRITON VGT HS 4WD DC 2.4
RM 87,400
RM 943
/bulan
69,845 km
6.5 years
Masai
Dari segi trenkuasa, ia menggunakan enjin 2.4L turbodiesel yang menghembuskan output sebanyak 181 PS dan 430 Nm tork. Kuasa dihantar ke empat-empat roda melalui transmisi automatik 6 kelajuan.
Pilihan ketiga pula adalah buatan Amerika tetapi nama model ini begitu diminati di Malaysia. Selain bentuk yang sasa dan menggiurkan, Ford Ranger juga menawarkan pengalaman pemanduan yang terbaik dari segi pengendalian. Mengikut pasaran terpakai semasa, varian WildTrak model 2021 sebagai contoh boleh dimiliki pada harga serendah RM 131k dan bayaran bulanannya sekitar RM 1,4++.
2016 Ford RANGER WILDTRACK 3.2
RM 89,900
RM 943
/bulan
104,744 km
7.5 years
Cheras
2017 Ford RANGER XLT 2.2
RM 86,800
RM 951
/bulan
79,881 km
6 years
Kuala Lumpur
2019 Ford RANGER XLT 2.2
RM 100,900
RM 1,070
/bulan
45,145 km
4.5 years
Cheras
Dari segi nadi, ia menggunakan enjin 2.0L turbodiesel yang menjana kuasa sebanyak 213 PS dan 500 Nm tork. Kuasa dihantar ke empat-empat roda melalui transmisi automatik 10 kelajuan.
Apapun, untuk memudahkan anda mencari pilihan mana yang paling sesuai di antara ketiga-tiga pikap ini, apa kata anda terus ke laman Carsome yang mana terdapat pelbagai unit yang dijamin dalam keadaan baik. Setiap pembelian pula termasuk sekali dengan jaminan waranti selama 1 tahun dan jaminan pulang wang selama 5 hari.
Secara alternatif, anda juga boleh memuat turun aplikasi Carsome untuk mencari pilihan kereta yang bersesuaian dengan bajet dan kemahuan anda.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.