Apabila bercakap mengenai kereta konsep yang akhirnya menjadi model pengeluaran, Daihatsu mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam mengeluarkan kereta yang hampir serupa dengan model konsep.
Pada tahun 2017, Daihatsu DN Multisix Concept membuat penampilan sulungnya di Pameran Motor Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS 2017). Dalam rencana kali ini, kita akan mengupas bagaimana ia bertukar menjadi Toyota Avanza/Toyota Veloz/Daihatsu Xenia terbaharu, walaupun kami akan memberi tumpuan kepada Xenia, kerana ia lebih mirip dengan DN Multisix.
Sejurus selepas itu, Daihatsu (ingat, pembangunan Avanza/Veloz/Xenia kebanyakannya diterajui oleh Daihatsu) telah memperhalusi reka bentuk DN Multisix, akhirnya menjadi Daihatsu Xenia terbaru. Petunjuk reka bentuk ada di sana, terutamanya gril pengambilan udara di bawah.
Perlu juga kami ingatkan bahawa bahasa reka bentuk Daihatsu telah berkembang sejak 2017, sebab itu Xenia mendapat fascia yang dikemas kini.
Juga baca: Toyota Raize/Daihatsu Rocky – sebuah konsep kepada sebuah SUV yang sangat laris!
Persamaan bahagian eksterior juga ketara dari sisi. Perhatikan tiang D yang tajam - ia hampir serupa antara kereta konsep dan pengeluaran. Semestinya, ciri suicide doors yang unik pada DN Multisix tidak praktikal untuk model pengeluaran.
Daihatsu turut memperhalusi bahagian belakang DN Multisix. Walaupun reka bentuk umum ada, Daihatsu mengubah kedudukan plat nombor dari bampar ke pintu belakang, dan mereka juga membesarkan kepingan trim yang menghubungkan kedua-dua lampu belakang.
Manakala bahagian dalam DN Multisix dihiasi dengan paparan dan stereng yang kelihatan futuristik, Daihatsu memberikan versi pengeluaran sebenar MPV itu kabin yang lebih konvensional, penuh dengan paparan infotainment gaya terapung, gugusan instrumen digital, brek parkir elektrik (EPB), dan pencahayaan ambien – dimana tiga ciri yang terakhir adalah unik untuk Veloz.
Di Malaysia, kami telah menetapkan bahawa Perodua Alza generasi akan datang akan menjadi model kembar kepada Toyota Avanza serba baharu, mencerminkan susunan Toyota Rush dan Perodua Aruz.
Namun begitu, Perodua akan menghentikan pengeluaran Alza menjelang Februari 2022, meninggalkan Aruz sebagai model 7-tempat duduk Perodua yang dijual buat masa ini.
Juga baca: Perodua Alza bakal dihentikan menjelang Februari 2022, Aruz akan jadi kereta 7 penumpang solo