window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dapat RM 200 sebulan, pemilik kenderaan diesel golongan B40 & M40 di Semenanjung boleh mohon BUDI MADANI

Faisal · May 28, 2024 10:38 AM

Dapat RM 200 sebulan, pemilik kenderaan diesel golongan B40 & M40 di Semenanjung boleh mohon BUDI MADANI 01

Bermula hari ini, pemilik kenderaan diesel persendirian bagi golongan B40 dan M40 di Semenanjung boleh memohon sumbangan tunai kerajaan melalui Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI.

Menurut Kementerian Kewangan, pemilik kenderaan diesel persendirian dengan kelayakan tertentu boleh membuat permohonan di bawah kategori BUDI Individu, manakala petani kecil dan pekebun kecil boleh memohon di bawah kategori BUDI Agri-Komoditi.

Kenyataan mereka turut memaklumkan bahawa penerima yang layak di bawah kedua-dua kategori akan menerima RM 200 sebulan, seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dapat RM 200 sebulan, pemilik kenderaan diesel golongan B40 & M40 di Semenanjung boleh mohon BUDI MADANI 01

Untuk pengetahuan anda, kriteria kelayakan bagi kategori BUDI Individu ialah warganegara Malaysia, memiliki kenderaan diesel persendirian yang berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selain kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun, cukai jalan yang aktif dan pendapatan tahunan individu atau pasangan berjumlah bawah RM100,000.

Jelas kenyataaan mereka lagi, "Setiap permohonan akan disemak silang dengan data Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengecualikan pemilik kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun dan individu berpendapatan tinggi (T20)".

Dapat RM 200 sebulan, pemilik kenderaan diesel golongan B40 & M40 di Semenanjung boleh mohon BUDI MADANI 02

Permohonan BUDI MADANI boleh dibuat di https://budimadani.gov.my. Permohonan yang dibuat dan diluluskan sebelum 3 Jun 2024 akan menerima BUDI MADANI pertama mereka menjelang pertengahan Jun 2024 dan bantuan seterusnya akan disalurkan secara bulanan. Permohonan yang diluluskan selepas 3 Jun 2024 pula akan menerima BUDI MADANI pertama dalam tempoh dua minggu dan seterusnya secara bulanan.

Mengenai ini, Kementerian Kewangan memberitahu bahawa BUDI MADANI akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima setiap bulan, manakala penerima tanpa akaun bank boleh menuntut BUDI MADANI secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Semenanjung.

Juga bacaPM - subsidi diesel kekal di Sabah/S'wak, Semenanjung bakal dibuang, petrol RON95 seterusnya

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda