window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Carta Tertinggi: 10 SUV paling laris di dunia 2019

Mersita · Jul 27, 2020 03:00 PM

Carta Tertinggi: 10 SUV paling laris di dunia 2019 01

Memang tak dinafikan yang SUV kini telah mendominasi pasaran kereta dunia. Persaingan semakin sengit dalam pasaran ini kerana semakin ramai pembuat kereta mahukan SUV masing-masing. Oleh itu, dengan pelbagai pilihan di luar sana, SUV yang manakah menjadi raja dan terjual paling laris pada 2019? Menurut carta CarIndustryAnalysis / Felipe Munoz, di sini kami senaraikan 10 SUV paling laris di dunia untuk tahun 2019.

#1 Toyota RAV4

Carta Tertinggi: 10 SUV paling laris di dunia 2019 02

Memandangkan Malaysia baru sahaja berkenalan dengan Toyota RAV4 TNGA 2020 yang serba baru dan serba mahal ini, SUV ini telah menawan hati ramai peminat di negara-negara luar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota berjaya menjual sejumlah 964,000 unit pada tahun 2019, menunjukkan peningkatan 19 peratus dalam jualan berbanding tahun sebelumnya. RAV4 juga mencantas Honda CR-V dengan sejumlah 133,000 unit terjual lebih daripada CR-V. Nampaknya platform TNGA RAV4 terbukti berkesan untuk Toyota menaikkan lagi jumlah jualannya.

#2 Honda CR-V

Carta Tertinggi: 10 SUV paling laris di dunia 2019 01

Jenama ‘H’ semestinya masuk carta teratas! Honda CR-V kekal sebagai salah satu SUV terlaris di dunia dengan jumlah jualan sebanyak 831,000 unit pada tahun 2019.

Walaupun tidak diangkat sebagai No. 1 kali ini, jualan CR-V masih lagi naik 14 peratus berbanding tahun sebelumnya. CR-V menyaingi SUV No. 3 dengan perbezaan sebanyak 157,000 unit.

#3 Nissan X-Trail

Carta Tertinggi: 10 SUV paling laris di dunia 2019 02

Terkejut? Ya, Nissan X-Trail adalah SUV ketiga terlaris di dunia dengan 674,000 unit terjual. Malangnya, tahap jualan X-Trail tidak naik berbanding tahun sebelumnya. Jualan SUV tersebut turun 10 peratus berbanding tahun 2018.

#4 Honda HR-V

Carta Tertinggi: 10 SUV paling laris di dunia 2019 03

Honda HR-V adalah satu-satunya SUV segmen B dalam senarai ini. Tak begitu mengejutkan, kerana HR-V menawarkan kepraktisan yang sama dengan SUV segmen C di dalam kereta bersaiz segmen B.

Honda berjaya menjual 626,000 HR-V tahun lepas, dan kami pasti Malaysia adalah penyumbang yang besar bagi jualan tinggi ini.

#5 Nissan Qashqai

Carta Tertinggi: 10 SUV paling laris di dunia 2019 04

Kebanyakan orang mungkin tidak kenal akan model SUV ini, tetapi ia popular sekejap dengan gelaran Nissan “Kumquat” oleh seseorang bernama Clarkson. Qashqai ini berada pada tangga kelima dengan 577,000 unit terjual pada tahun 2019.

#6 Volkswagen Tiguan

Carta Tertinggi: 10 SUV paling laris di dunia 2019 05

Volkswagen Tiguan ini ramai juga penggemarnya. Walaupun model ini terjual sebanyak 536,000 unit tahun lepas, ia juga mengalami penurunan terbesar dari segi jualan iaitu sebanyak 14 peratus dalam senarai ini.

Tapi, Tiguan generasi kedua ini dilancarkan pada tahun 2016. Oleh itu, kitab oleh katakan yang model ini mampu bertahan dalam carta tertinggi walaupun ia model lama. Mungkin menjelangnya 2021, Tiguan akan menampakkan peningkatan dalam tahap jualannya.

#7 Hyundai Tucson

Carta Tertinggi: 10 SUV paling laris di dunia 2019 06

Walaupun Hyundai menjalankan pemasaran yang agresif dalam segmen SUV dengan pengeluaran beberapa model SUV seperti Palisade, Venue, dan Nexo, tiada satu pun model-model ini yang boleh menyaingi Hyundai Tucson yang cukup klasik.

Tucson berada di tangga ketujuh dalam senarai ini dengan jumlah jualan sebanyak 528,000 unit pada tahun 2019.

#8 Ford Kuga / Escape

Carta Tertinggi: 10 SUV paling laris di dunia 2019 07

Walaupun Ford Kuga sudah tidak dijual di Malaysia, ia tetap menjadi satu pilihan popular di Eropah dan negara asalnya iaitu Amerika Syarikat. Tapi, Kuga juga mengalami penurunan paling besar iaitu 12 peratus pada tahun 2019.

Tapi, Kuga masih juga berjaya terjual sebanyak 438,000 unit untuk melayakkan ia masuk dalam senarai ini.

#9 Mazda CX-5

Carta Tertinggi: 10 SUV paling laris di dunia 2019 08

Mazda CX-5 cukup digemari ramai. Ia diberi pengecas turbo, mempunyai pengendalian yang hebat, dan juga dilengkapi dengan ruang dalam yang terbaik bagi pemanduan selesa. Walaupun popularitinya turun 4 peratus dibandingkan dengan jualan pada tahun 2018, CX-5 masih berjaya terjual sebanyak 438,000 unit pada tahun 2019.

#10 Chevrolet Equinox

Carta Tertinggi: 10 SUV paling laris di dunia 2019 09

Chevrolet Equinox tidak pernah lagi dijual di pasaran Malaysia, tapi kita pernah dapat model SUV sebelumnya iaitu Chevrolet Captiva. Sebanyak 435,000 unit terjual bagi model Equinox ini, meletakkan ia pada kedudukan kesembilan dalam senarai ini.

Kenyataan ‘berwajib’

Carta Tertinggi: 10 SUV paling laris di dunia 2019 10

Bila kita sembang pasal SUV, takkanlah kita nak tinggalkan SUV Malaysia yang juga cukup laris? Proton X70, atau Geely Boyue / Atlas / Azkarra panduan sebelah-kiri, berada pada tangga ke-33 dalam carta jualan SUV global dengan 236,000 unit terjual pada tahun 2019.

Carta Tertinggi: 10 SUV paling laris di dunia 2019 11

Manakala, Geely Binyue, juga dikenali sebagai Geely Coolray di Filipina dan Rusia, terjual sebanyak 138,000 unit pada 2019. Binyue adalah model baru dalam senarai ini, oleh itu marilah kita lihat di manakah posisi Binyu dalaam beberapa tahun lagi apbila Prooton akhiranya melancarkan Proton X50.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda