Baru prebiu di Malaysia, Indonesia bakal CKD Chery Omoda E5 EV pada awal 2024

Setahun selepas kembali di pasaran Indonesia, Chery telah menandatangan Letter of Intent (LoI) dengan kerajaan Indonesia untuk melabur dalam usaha lokalisasi di sana.

Kata Timbalan Presiden Eksekutif PT Chery Sales Indonesia, Qu Jizong, “Menandatangan LoI ini adalah satu bentuk pengesahan buat komitmen Chery untuk menyumbang dalam industri automotif Indonesia, khususnya untuk menyokong pembangunan ekosistem EV”.

Ulas beliau, “Dalam satu tahun di Indonesia, kami makin yakin bahawa Chery boleh berkembang bersama kerajaan, rakan niaga dan juga pengguna di Indonesia. Disebabkan ini, kami komited untuk melabur melalui produksi kenderaan elektrik di Indonesia dan pengagihan ke pasaran pandu belah kanan”.

Walaupun Chery belum mengumumkan model EV mana yang akan dihasilkan, AutonetMagz membuat spekulasi bahawa ia mungkin SUV elektrik Omoda E5. Model ini telahpun diperlihatkan dalam Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2023 dan baru beberapa hari lepas, di Malaysia.

Selain itu, media Indonesia tersebut melaporkan bahawa tempahan Omoda E5 di sana sudah dibuka sejak Ogos. Kalau anda nak tahu, EV itu juga dijangka membuat pelancaran di Indonesia pada awal 2024 dan menariknya, pelanggan akan menerima unit CKD.

Untuk makluman anda, Chery telah membuat perjanjian dengan PT Handal Indonesia Motor untuk memasang modelnya (CKD) di kilang mereka di Bekasi. Buat masa sekarang, kilang tersebut memasang Chery Omoda 5, Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro untuk pasaran Indonesia.

Menariknya, Chery ada pelan untuk menjadikan Indonesia sebagai hab buat pasaran pandu belah kanan (RHD) di Asia Tenggara.

Juga bacaMenyokong ekonomi Malaysia - Chery Malaysia memulakan eksport dari kilang Kulim pada 2024

Chery Omoda E5 EV baru sahaja membuat prebiu di Malaysia beberapa hari lepas.

Kembali di Malaysia, pengeluar kereta China ini ada operasi CKD di kilang Inokom yang terletak di Kulim. Fasiliti itu memasang TIggo 8 Pro dan Omoda 5 tetapi Omoda E5 dijangka hadir sebagai model (CBU) dari China apabila dilancarkan pada suku 1 2024 kelak.

Juga bacaPrebiu Chery Omoda E5 EV di Malaysia - pelancaran Q1 2024, 204 PS/340 Nm, jarak gerak 430 km

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Chery Omoda 5

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2023 Chery Omoda 5 1.5T CVT from RM108k in Malaysia, Better than a Proton X50?

Setahun selepas kembali di pasaran Indonesia, Chery telah menandatangan Letter of Intent (LoI) dengan kerajaan Indonesia untuk melabur dalam usaha lokalisasi di sana. Kata Timbalan Presiden Eksekutif PT Chery Sales Indonesia, Qu Jizong, “Menandatangan LoI ini adalah satu bentuk pengesahan buat komitmen Chery untuk menyumbang dalam industri automotif Indonesia, khususnya untuk menyokong pembangunan ekosistem EV”. Ulas beliau, “Dalam satu tahun di Indonesia, kami makin yakin bahawa Chery boleh ber
Dalam sidang media selepas pelancaran Proton S70, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, mengumumkan bahawa Proton berhasrat untuk memperluaskan kehadiran eksport Harimau Malaya ke sekurang-kurangnya 5 pasaran luar negara baru. Buat masa ini, Proton dieksport ke 15 negara termasuk Afrika Selatan, Pakistan, Kenya, dan Brunei. "Kami sedang menjelajah beberapa pasaran seperti Timur Tengah dan kami berhasrat untuk menambah sekurang-kurangnya 5 destinasi baru kepada pelan eksport s
Penghantaran pertama buat Tesla Model 3 yang meliputi lebih 100 unit dari China sudah tiba di Malaysia. Majlis penyerahan yang berlangsung pada pagi semalam ini menyaksikan sekitar 20 pelanggan menerima kereta masing-masing di ibu pejabat Tesla Malaysia di Cyberjaya. Kalau anda nak tahu, inilah satu-satunya lokasi penyerahan kereta Tesla Malaysia kepada pelanggan buat masa sekarang. Turut dilancarkan juga adalah pusat servis Tesla rasmi yang pertama di negara kita iaitu betul-betul di belakang b
Berikutan pelancaran Smart #1 pada minggu lalu, Pro-Net iaitu pengedar kenderaan Smart di Malaysia menjemput anda untuk melawat mana-mana di antara 8 outlet mereka yang sudah dibuka di sekitar Semenanjung Malaysia. Dua buah outlet lagi akan menyertai rangkaian edaran Smart pada awal tahun hadapan. Kata syarikat itu, “Pembukaan rasmi untuk semua outlet Smart telah dilaksanakan pada hari minggu lalu. Pengunjung boleh memandu uji dan kanak-kanak juga ada tempat bermain khas. Malah, terdapat seksyen
Harga minyak RON97 pada minggu lepas dilaporkan kekal berbanding minggu sebelumnya. Bermula 12.01 am tengah malam ini, harga minyak RON97 kekal pada RM 3.47. Oleh itu, harga minyak minggu seterusnya iaitu dari 30 November - 6 Disember 2023 adalah seperti berikut: Harga Minyak Terkini Malaysia 30 November - 6 Disember 2023 Jenis Harga/liter RON 95 RM 2.05 RON 97 RM 3.47 (0.00) RON 100 RM 4.70 VPR RM 5.50 Diesel EURO 5 B10 RM 2.15 Diesel EURO 5 B7 RM 2.35 Ikuti kemas kini langsung harga minyak: Pe

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Chery Omoda 5
Cek Lebih