Boon Siew Honda (BSH), hari ini mengemaskini penawaran warna untuk 'Sportbike' aras mulanya, Honda CBR150R (2023) yang kini tampil dengan tema lebih 'funky', Pearl Nightfall Blue.
Pilihan warna yang diperkenalkan itu sememangnya tampak berbeza dan membuatkan motosikal berkenaan seakan versi edisi istimewa atau terhad. Dan harga jualan yang diumumkan pula adalah RM 13,299 (asas) tidak termasuk yuran pendaftaran, insuran dan cukai jalan.
Ketika diperkenalkan pada tahun 2021 lalu, harga yang diumumkan oleh BSH untuk motosikal berkenaan adalah RM 12,999 (asas) dan ia tidak berubah pada tahun lalu.
Tetapi syarikat itu tampil memperkenalkan edisi istimewa Honda CBR150R Repsol pada tahun lalu dan dijual pada harga lebih tinggi sedikit, RM 13,499 (asas).
Dan jangan bimbang, kepada yang tak menggemari pilihan warna terbaharu ini, pilihan warna terdahulu iaitu Mat Charcoal Grey Metallic dan Candy Scintillate Red masih tersedia.
Di bahagian trenkuasa, Honda CBR150R (2023) kekal dengan padanan enjin bersesaran 150 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan.
Kuasa yang dijana adalah 16.09 Hp pada 9,000 rpm dan tork 13.7 Nm pada 7,000 rpm.
Tampil dengan rekaan menarik, Honda CBR150R (2023) turut diberikan pelbagai ciri-ciri menarik antaranya seperti klas 'Assist & slipper', panel meter digital penuh LCD, brek cakera tunggal (depan & belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran, fork depan jenis terbali (USD) dan penyerap hentak tunggal dengan ciri pelarasan (preload).
Informasi penting lain adalah seperti tangki bahan api 12 liter, berat 139 kg dan ketinggian pelana 788 mm.
Kepada yang berminat, motosikal ini sudah pun berada di rangkaian pengedar sah BSH seluruh negara bermula hari ini.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}