Seperti dijangka, Suzuki Malaysia merasmikan dua model terbaharu jenama berpangkalan di Hamamatsu, Jepun itu - Suzuki V-Strom 800DE dan GSX-8S (2023), semalam untuk pasaran tempatan.
Antara paling dinanti-nantikan dan bersaing dalam segmen 'Adventure touring', Suzuki V-Strom 800DE (2023) dijual pada harga asas RM 60,800 (tak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan, insuran).
Untuk Suzuki GSX-8S (2023) yang menghuni segmen 'Naked' pula, harga jualan yang diumumkan adalah RM 50,800 (asas).
Tetapi sebelum anda teruja, harga yang diumumkan oleh Suzuki Malaysia untuk Suzuki V-Strom 800DE (2023) adalah untuk 50 unit pertama yang berdaftar sahaja dan harganya katanya berbeza selepas jumlah berkenaan diperoleh.
Dan kedua-dua pembelian turut ditawarkan pakej tunggangan eksklusif untuk 2 orang daripada Suzuki Malaysia bernilai RM 2,000.
Membuat debut di Pameran Motosikal Milan (EICMA) tahun lalu, Suzuki V-Strom 800DE dan GSX-8S (2023) adalah model serba baharu yang dibangunkan Suzuki bukan saja dari sudut rekaan, malah trenkuasa.
Justeru, kedua-duanya dipadankan dengan enjin 776 cc, Parallel-twin, 270-degree crank yang baru dibangunkan Suzuki. Dan lebih menarik, enjin yang dipadankan dengan sistem Cross Balancer itu didakwa dipadankan dengan teknologi termaju dan paling berkuasa dalam kelasnya ketika ini.
Tetapi penggunaan enjin ini juga bermakna satu lagi keluarga dalam siri V-Strom tidak lagi menggunakan enjin berkonfigurasi V-Twin.
Sistem transmisi adalah 6 kelajuan lengkap dengan Suzuki Clutch Assist System dengan kedua-dua model turut memiliki ciri ‘quickshifter’ 'up/down'.
Suzuki V-Strom 800DE (2023) menghasilkan kuasa 83 Hp pada 8,500 rpm dan tork 78 Nm pada 6,800 rpm.
Suzuki GSX-8S (2023) pula menghasilkan kuasa 82 Hp pada 8,500 rpm dan tork 78 Nm pada 6,800 rpm.
Sebagai model terbaharu, kedua-dua model datang dengan pakej elektronik canggih Suzuki Intelligent Ride System (SIRS) menerusi sistem 'Ride-by-wire' yang merangkumi Suzuki Drive Mode Selector (SDMS) atau mod tunggangan, mod ‘Traction control’ (STCS), 'Low RPM Assist' dan penggunaan panel meter skrin TFT berwarna bersaiz 5 inci.
Untuk jentera 'lasak' Suzuki V-Strom 800DE (2023), ia memiliki jarak lega bumi tinggi (220 mm), set rim jejari 21 inci (depan) dan 17 inci (belakang) dengan dengan tayar 'dual purpose' Dunlop Trailmax Mixtour.
Menerusi SIRS, Suzuki V-Strom 800DE (2023) memiliki 3 mod tunggangan (A,B,C) yang memiliki pemetaan tersendiri, 4 mod STCS (1,2,3 dan G - Gravel) dan ABS (Sistem Brek Anti-Kunci) roda belakang yang boleh dinyahaktifkan.
Sistem brek dijana cakera berkembar 310 mm dengan kaliper Nissin 2 Piston (depan) dan cakera tunggal 260 mm dengan kaliper 1 Piston (belakang) lengkap dengan ABS dua saluran.
Seperti Suzuki V-Strom 800DE (2023), Suzuki GSX-8S (2023) juga memiliki pakej elektronik yang sama namun tidak memiliki mod 'G' bagi STCS namun turut boleh dinyahaktif sepenuhnya.
Sistem brek pula menggunakan rim 17 inci aloi dan cakera berkembar 310 mm dengan kaliper Nissin 4 Piston (depan) dan cakera tunggal 240 mm dengan kaliper 1 Piston (belakang).
Ciri-ciri menarik lain yang dikongsikan bersama adalah seperti Suzuki Easy Start System, sistem lampu LED penuh, sistem suspensi boleh laras penuh (depan) dan preload (belakang).
Pilihan warna untuk Suzuki V-Strom 800DE (2023) untuk pasaran Malaysia adalah seperti berikut:
Pilihan warna untuk Suzuki GSX-8S (2023) untuk pasaran Malaysia adalah seperti berikut:
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}