Mungkin ada yang sering berkata kereta itu ialah 'rumah kedua', kerana banyak masa kita terluang dalam kereta saban hari. Ia seperti sebuah ruang peribadi dimana kita banyak berfikir, buat keputusan dan macam-macam lagi.
Semua orang nak ruang dalaman kereta yang cantik dan berseni. Sama seperti bagaimana kita mendeko rumah untuk nampak cantik, begitu juga dengan kereta. Disini kami senaraikan 5 buah kereta yang ruang dalamannya dah boleh buat sesiapa pun yang masuk rasa “wow!”.
Lexus LC 500
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Lexus sangat menitikberatkan bahagian dalaman kereta LC ini. Setiap perincian seperti sudut ketinggian stereng, ‘feel’ dan posisi paddle shifternya, kualiti kulit pelapik dan sarung dan macam-macam lagi diberi sentuhan istimewa. Hasilnya adalah ruang dalaman kereta yang tampak eksklusif dan memukau ini.
Toyota Century
Fikirkan Century ini seperti Mercedes-Benz S-Class versi Toyota. Dijual secara eksklusif di Jepun, Toyota Century dipasarkan sebagai kenderaan berpemandu persendirian dengan kemudahan keselesaan seperti kereta mewah.
Volvo S60
Ruang dalaman kereta Volvo generasi terkini ialah antara yang terbaik di pasaran. Rekaannya, pilihan material dan binaannya membuatkan mana-mana pemilik kereta ini rasa istimewa. Yang paling penting, tempat duduknya amat selesa, barangkali yang paling selesa dalam banyak-banyak kereta di luar sana.
Mercedes-Benz A-Class
Mercedes-Benz telah menghasilkan ruang dalaman kereta yang terbaik setakat ini. Walaupun dalam A-Class, dua skrin melintang dipasang sepanjang papan pemukanya, salur udara yang direka dengan teliti serta pencahayaan ambien memberikannya “wow” factor yang digemari ramai.
Mazda 3
Mazda juga tidak ketinggalan dalam mencantikkan lagi rekaan bahagian dalaman kereta mereka. Rupa dan ‘feel’ ruang dalaman Mazda 3 memang betul-betul kelas atas. Tambahan pula, posisi pemanduannya sangat hebat dengan stereng yang betul-betul di tengah serta pedal diletakkan pada posisi sempurna.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });