window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 kereta bagus untuk dibeli bagi yang bergaji sekitar RM 2,500 sebulan

Mersita · Jul 10, 2020 03:30 PM

5 kereta bagus untuk dibeli bagi yang bergaji sekitar RM 2,500 sebulan 01

Bila anda nyatakan hasrat nak beli kereta, soalan pertama yang sering ditanya dahulu ialah, “gaji bulan-bulan berapa?” Bukan apa, cara paling bijak memilih kereta ialah dengan mengukur kedalaman poket sendiri. Jika anda kerja makan gaji RM 2,500 sebulan, pendapatan tahunan anda akan jadi sebanyak RM 30,000. Inilah dia harga kereta yang mampu anda beli.

Walaubagaimanapun, kami masih rasakan yang ia bergantung pada keperluan dan kepentingan setiap individu itu sendiri. Mereka yang bujang senang dengan komitmen bulanan yang rendah selalunya akan lebih mampu untuk membeli yang mahal sedikit, manakala mereka yang terpaksa menanggung keluarga sendiri mungkin bajetnya rendah sedikit.

5 kereta bagus untuk dibeli bagi yang bergaji sekitar RM 2,500 sebulan 02

Kereta BMW 3 Series yang terpakai memang menggiurkan, tapi kos jagaannya pula rabak poket. Jadilah orang yang bijak sikit.

Oleh itu, kami akan senaraikan kereta baru dan terpakai yang berharga RM 20,000 hingga RM 50,000 untuk dipertimbangkan. Walaupun ada banyak pilihan dalam pasaran kereta terpakai, kita harus ambil kira kos penjagaannya dalam proses pemilihan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yang pastinya, keperluan untuk membeli kereta dalam situasi ekonomi sekarang adalah terpulang pada anda sendiri. Jika anda berada dalam posisi stabil, silakanlah. Jika anda betul perlukan sebuah kereta, di sini kami ada beberapa cadangan untuk anda.

Perodua Axia

5 kereta bagus untuk dibeli bagi yang bergaji sekitar RM 2,500 sebulan 01

Tak kiralah jika anda baru mula bekerja atau mencari sebuah kereta ‘spare’ untuk kegunaan harian, Perodua Axia adalah pilihan tepat sebagai kereta yang sekadar cukup untuk anda pergi dari satu tempat ke tempat yang lain.

Kami cadangkan anda pilih sekurang-kurangnya varian GXtra dengan tambahan kawalan kestabilan.

Kebaikan: Cekap minyak. Kabin yang cukup luas untuk saiznya.

Keburukan: Rak stereng yang tetap mungkin tidak sesuai untuk beberapa orang. Gegaran tipikal enjin 3 silinder.

Proton Saga

5 kereta bagus untuk dibeli bagi yang bergaji sekitar RM 2,500 sebulan 02

Kereta yang paling berbaloi berharga bawah RM 40,000 setakat ini. Pemanduannya lebih bagus berbanding Perodua Bezza dan yang paling best, ia lebih murah.

Kebaikan: Pemanduan dan pengendalian yang bagus. Sistem infotainmen yang mudah digunakan. Kualiti audio yang mengagumkan dengan tetapan 4 speaker.

Keburukan: Tiada ‘keyless entry’ dan butang ‘push-start’. Tempat sandar kepala di belakang tidak dapat dilaras. Penggunaan petrol tidak secekap Perodua Bezza.

Honda Jazz (terpakai)

5 kereta bagus untuk dibeli bagi yang bergaji sekitar RM 2,500 sebulan 03

Contoh-contoh awal (2014) boleh didapati dengan harga jualan bawah RM 50,000. Ruang dalaman Honda Jazz cukup luas dan Ultra Seats di belakang membuatkan tahap praktikalnya lebih tinggi berbanding saingannya.

Kebaikan: Ruang dalaman dan tahap praktikal yang paling tinggi dalam kelasnya. Agak cekap minyak. Enjin yang boleh dipercayai.

Kekurangan: Kabin yang kurang senyap.

Toyota Vios (terpakai)

5 kereta bagus untuk dibeli bagi yang bergaji sekitar RM 2,500 sebulan 04

Harga untuk Toyota Vios generasi kedua, atau lebih dikenali sebagai ‘Dugong’, juga termasuk dalam lingkungan kereta berharga RM 30,000 bergantung kepada tahun dan variannya.

Kebaikan: Ia sangat tahan lama. Cukup selesa dengan NVH (Noise, Vibration, Harshness) yang cukup bagus.

Keburukan: Posisi pemanduan mungkin tidak berapa sesuai untuk mereka yang tinggi. Kekurangan kawalan kestabilan.

Perodua Alza (terpakai)

5 kereta bagus untuk dibeli bagi yang bergaji sekitar RM 2,500 sebulan 05

Pilihan ini cukup sempurna untuk mereka yang bekeluarga. Ada banyak pilihan yang ada dalam pasaran kereta terpakai dengan harga tersenarai bermula serendah RM 20,000.

Kebaikan: Ruang dalaman yang luas. Tempat duduk belakang boleh dilipat rata untuk memaksimakan ruang kargo. Terbukti boleh dipercayai.

Keburukan: Ketiadaan salur udara di barisan kedua. Tiada kawalan kestabilan.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda