Gara-gara sikap segelintir nelayan yang mengisi minyak menggunakan tong plastik dan mengangkutnya dengan kereta sorong, stesen minyak di sekitar Semporna, Sabah mengalami kesesakan luar biasa.
Pendedahan itu diperoleh hasil pemeriksaan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah dan selain nelayan, pemilik bot penambang serta bot pelancong juga melakukan perkara sama.
Juga baca: Permintaan terlalu tinggi, sesetengah stesen minyak kehabisan petrol - bukan masalah bekalan!
Mengulas situasi berkenaan, Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri KPDNHEP Sabah, ZuLfamy Mat Udi mengakui pihaknya sedia maklum mengenai situasi selepas menjalankan aktiviti pemantauan dan pemeriksaan.
Memetik laporan Sinar Harian, KPDNHEP berkata kegiatan pembelian minyak petrol RON95 dan diesel menggunakan tong plastik yang diangkut menggunakan kereta sorong di stesen minyak di Semporna dilakukan oleh nelayan, pemilik bot penambang dan bot pelancong.
Begitupun, pemilik bot pelancongan menurut KPDNHEP sudah pun mendapatkan kebenaran melalui permit khas yang dikeluarkan oleh jabatan berkenaan.
Dan untuk mengatasi masalah itu, KPDNHEP Cawangan Semporna kemudian mengambil inisiatif dengan mengesyorkan kepada nelayan, pemilik bot penambang serta bot pelancong untuk mengisi minyak di sebuah stesen minyak berlesen yang terletak di Kampung Selamat, Semporna.
Ini memandangkan kedudukan stesen itu terletak di tepi laut, kata Zulfamy.
Dalam perkembangan berbeza, Zulfamy berkata pegawai KPDNHEP Cawangan Semporna akan sentiasa membuat pemantauan secara statik di stesen-stesen minyak di daerah ini bagi memastikan bekalan petrol dan diesel mencukupi.
Malah, kesemua pengusaha stesen minyak yang diperiksa juga diberi peringatan agar mematuhi syarat-syarat lesen di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Juga baca: 10 stesen minyak disiasat jual RON 95 kepada warga asing, guna kad kredit elak dikesan!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}