Bagi anda yang belum tahu, Ogos lepas mencatatkan bulan kedua tertinggi untuk 2023 dari segi jualan kereta baharu di Malaysia iaitu sebanyak 72,809 unit. Malangnya dengan reputasi yang begitu hebat, prestasi untuk September didapati menurun kepada 68,156 unit (- 6.4%) dan perkara ini telahpun diramal oleh Malaysian Automotive Association (MAA).
Untuk maklumat anda, bulan paling laku untuk jualan kereta baharu tahun ini adalah pada Mac iaitu sehingga 78,849 unit.
Secara teknikal, penurunan jualan pada bulan lepas boleh dikatakan berfaktor daripada penungguan insentif yang lebih bagus dalam kalangan pembeli melalui pembentangan Bajet 2024.
Apa-apapun, jumlah pendaftaran kereta baru untuk year-to-date (YTD) setakat September 2023 adalah sebanyak 571,767 unit, meningkat 11% berbanding tempoh sama untuk tahun 2022 (514,449 unit).
Untuk Oktober iaitu bulan ini, MAA meramalkan bahawa jualannya akan lebih kurang sama dengan September lalu.
Juga baca: Jualan kereta di Malaysia untuk 2023 dah cecah setengah juta unit! - naik 6% berbanding 2022
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}