Perodua Axia serba baru mungkin dilancarkan seawal 2023, kod nama D74A
Mersita Β· Jan 13, 2022 05:00 PM
0
0
Setelah lapan tahun berada di pasaran, kereta Perodua paling murah iaitu Perodua Axia tidak lama lagi akan digantikan dengan model generasi baru.
Diberi kod nama D74A, rakan kami di Funtasticko memberitahu usaha pembangunan hatchback baru Perodua ini kini sedang berjalan.
Maklumat tentang Axia generasi baru setakat ini
2015 Perodua AXIA G 1.0
RM 25,300
RM 277
/bulan
59,569 km
8.5 years
Cheras
2014 Perodua AXIA AV 1.0
RM 27,800
RM 305
/bulan
53,462 km
9.5 years
Petaling Jaya
2016 Perodua AXIA G 1.0
RM 25,100
RM 288
/bulan
75,776 km
7.5 years
Masai
Sebagai permulaan, besar kemungkinannya Axia serba baru ini akan dibina berdasarkan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) – sama seperti Perodua Ativa dan juga Perodua Alza baru yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Selain dari itu, ada juga kemungkinannya yang Axia serba baru nanti akan menggugurkan kotak gear automatik 4 kelajuan dan akan digantikan dengan Dual-mode CVT (D-CVT) yang lebih baru dan canggih. Transmisi sama digunakan dalam Myvi baru-baru ini.
Masih belum dapat dipastikan jenis enjin yang akan menggerakkan hatchback segmen A Perodua ini.
Tambahan pula, memandangkan model sekarang sudah dilengkapi dengan AEB Advanced Safety Assist (ASA), barangkali model serba baru ini nanti akan mula ditambah dengan bermacam jenis kelengkapan lagi.
Bilakah pelancaran Perodua Axia generasi baru?
Menurut sumber, Perodua Axia serba baru dikatakan akan masuk barisan produksi dalam tahun ini dan akan dilancarkan pada suku pertama 2023.
Axia serba baru mungkin akan diperkenalkan dahulu sebelum saudara Indonesianya, Daihatsu Ayla dan Toyota Agya.
Tak sabar? Ikut kami rapat-rapat untuk perkembangan seterusnya!
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.