window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

D-CVT Perodua Myvi facelift 2022 – betul ke lagi baik dari transmisi 4-kelajuan automatik?

Zamil Syaheer · Dec 7, 2021 09:00 AM

D-CVT Perodua Myvi facelift 2022 – betul ke lagi baik dari transmisi 4-kelajuan automatik? 01

Dengan rasminya pelancaran Perodua Myvi facelift 2022 di Malaysia, pengeluar kereta itu akhirnya menghentikan penggunaan transmisi automatik 4-kelajuan (4AT) yang kuno. Penggantinya adalah sebuah unit D-CVT yang lebih baharu dan maju.

D-CVT Perodua Myvi facelift 2022 – betul ke lagi baik dari transmisi 4-kelajuan automatik? 02

Jika kami mengambil indikator pengalaman dengan Perodua Ativa yang menggunakan transmisi yang sama, D-CVT akan membawa pengalaman pemanduan yang lebih bersemangat, koheren dan lancar pada Myvi facelift.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tetapi, lebih daripada perasaan subjektif semata-mata, adakah D-CVT lebih baik daripada 4AT apabila kami merujuk kepada metrik?

Juga baca: 14,000 tempahan untuk Perodua Myvi 2022 dalam masa 2 minggu, separuh ‘convert’ dari pra-FL

Apakah itu D-CVT?

D-CVT Perodua Myvi facelift 2022 – betul ke lagi baik dari transmisi 4-kelajuan automatik? 01

Selalunya transmisi CVT menggunakan tali (belt) atau rantai (chain), tetapi Perodua Ativa D-CVT menggunakan kombinasi rantai besi dan gear. Tali besi digunakan kerana ia tahan lebih lama.

Juga baca: 2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza?

D-CVT Perodua Myvi facelift 2022 – betul ke lagi baik dari transmisi 4-kelajuan automatik? 02

Gear pada D-CVT.

D-CVT berfungsi sama seperti CVT biasa kerana ia menggunakan tali ketika keadaan berhenti dan bergerak serta pemanduan berkelajuan rendah.

Pada kelajuan sederhana sehingga tinggi pula, klac bergerak dan kuasas disalurkan ke gear, mewujudkan rasa seperti transmisi automatik biasa.

D-CVT Perodua Myvi facelift 2022 – betul ke lagi baik dari transmisi 4-kelajuan automatik? 03

Pada kelajuan rendah, D-CVT menggunakan tali.

Selain mengurangkan rasa efek “rubber band”, transmisi D-CVT juga membantu dalam penjimatan minyak. Perodua mendakwa Ativa memiliki penggunaan minyak sekitar 5.29 liter / 100 km.

D-CVT Perodua Myvi facelift 2022 – betul ke lagi baik dari transmisi 4-kelajuan automatik? 04

Pada kelajuan tinggi, gear mengambil alih.

Juga baca: Transmisi automatik 4 kelajuan vs CVT: Dua langkah kehadapan, satu kebelakang?

Lebih baik dalam pelbagai aspek

D-CVT Perodua Myvi facelift 2022 – betul ke lagi baik dari transmisi 4-kelajuan automatik? 05

Jelas sekali, pembeli Perodua Myvi ingin mengetahui sama ada betul atau tidak Myvi facelift lebih jimat minyak berbanding sebelumnya. Jawapannya, ya. Mari kita pecahkan perbandingan penggunaan bahan api bagi model pra-facelift dan facelift.

Perbandingan penggunaan bahan api Perodua Myvi
  1.3L 1.3L
FL
1.5L 1.5L
FL
Penggunaan bahan api
(km/l)
21.1 22.2 20.1 21.1
Penambahbaikan 5% 5%

Pada kedua-dua enjin 1.3 dan 1.5 liter, D-CVT mengurangkan penggunaan bahan api sebanyak 5 peratus.

D-CVT Perodua Myvi facelift 2022 – betul ke lagi baik dari transmisi 4-kelajuan automatik? 06

Kiri: tombol pra-facelift. Kanan: tombol facelift.
Nampak tak mod 'S' dan 'B'

Masih lagi rasa ragu-ragu? Selain menjimatkan minyak anda, Perodua juga mendakwa bahawa D-CVT membantu Myvi memecut dari 0 hingga 100 km/j 20 peratus lebih pantas berbanding pendahulunya yang dilengkapi 4AT.

Kami tidak pasti sama ada ini boleh digunapakai untuk kedua-dua varian enjin, tetapi masa pecutan yang lebih baik itu benar, berdasarkan pengalaman kami dengan D-CVT.

Juga baca: Biar betul, Perodua Myvi 2022 facelift lebih murah untuk diselenggara daripada model pra-facelift!

Untuk bukti yang lebih konklusif bahawa D-CVT Perodua Myvi 2022 yang facelift adalah jauh lebih baik, nantikan rebiu lanjut. Ini kerana ketika saat penulisan ini, rakan sekerja kami Adrian sudahpun menguji pandu Myvi facelift dalam acara media rasmi daripada KL-JB-KL.

@wapcar_zamil 👑 kembali menyengat dan makin hebat! #learnontiktok #fypmalaysia #carmalaysia #kelastiktok #belajaronline #malaysia #perodua #peroduamyvi #myvibaru #sirion #daihatsu ♬ Despair (抖音热播) - 初梦

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda