Menunggang sebuah skuter Vespa yang digantung dengan tali menuruni menara cerobong gergasi setinggi 110 meter di Slovakia.
Itu aksi 'pelik' yang mengundang rasa gayat dilakukan oleh pelagak ngeri terkemuka Austria, Gunter Schachermayr. Menariknya, aksi ngeri itu berjaya disempurnakan tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Sekalipun ada yang berpendapat tindakannya itu nampak tidak masuk akal, Schachermayr begitupun mempunyai alasan tersendiri.
Dan apa yang pasti, lagak ngeri yang dibuatnya tidak mudah dan cukup merbahaya malah dengan kesiapan kecil, ia boleh mengundang maut.
Apapun, lagak ngeri ini bukan yang pertama dilakukan oleh Schachermayr. Dia yang berusia 30 tahun sememangnya terkenal dan mencipta pelbagai rekod di Guinness World Records yang nampak aneh.
Antara lagak ngeri yang dilakukan olehnya adalah menukar tayar motosikal ketika berlumba, melakukan 'wheelie tanpa tayar depan sambil menghantar telur goreng dan mungkin paling merbahaya adalah menunggang skuter yang ditarik 'supercar' Ferrari pada kelajuan 125 mph (201 km/j).
Untuk menonton aksi Schachermayr ini, anda boleh melihat saluran YouTube yang menggunakan namanya di bawah.
Apapun, ini pastinya bukan aksi terakhir dari Schachermayr dan mungkin ada yang lebih 'gila' selepas ini.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}