window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

3 ciri-ciri mounting enjin anda sudah teruk!

Haris · Jul 31, 2020 01:00 PM

3 ciri-ciri mounting enjin anda sudah teruk! 01

Hasil daripada kehebatan penebat bunyi moden (sound insulator), anda tidak pernah menyedari kepanasan dan gegaran enjin di bawah hud. Fungsi mounting enjin (pautan enjin) adalah untuk memegang enjin di tempatnya dan menyerap getaran enjin tersebut. 

3 ciri-ciri mounting enjin anda sudah teruk! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mounting enjin menerima banyak hentaman akibat daripada fungsinya. Walaupun penyelenggaraan mounting enjin adalah rendah, jangka hayat mounting enjin anda mungkin akan tamat lebih cepat daripada apa yang anda harapkan. Di sini kita akan membincangkan beberapa gejala mounting enjin yang tidak baik dalam kereta anda.

Baca: Perlukah anda cuci enjin kereta? Ini cara yang sebetulnya

Mengapa mounting enjin diperlukan?

3 ciri-ciri mounting enjin anda sudah teruk! 01

Enjin kereta sememangnya berat. Malah enjin 1KR-VE pada Perodua Axia sendiri mempunyai berat sekitar 70 kg. Berat enjin 2NR-VE Perodua Myvi pula adalah sekitar 86 kg. Enjin Toyota V8 1UZ beratnya kira-kira 160 kg. Semua berat ini disalurkan ke seluruh mounting enjin di dalam kereta anda. Sesetengah kereta turut mempunyai lebih banyak mounting enjin berbanding yang lain.

3 ciri-ciri mounting enjin anda sudah teruk! 02

Apabila enjin dimatikan, mounting enjin hanya perlu menyokong berat yang pegun. Apabila enjin berputar, mounting enjin menerima lebih banyak berat dan jisim hasil daripada gegaran. Tekanan dan gegaran berterusan dari berat enjin akhirnya mengurangkan riwayat mounting enjin.

Baca: RM 60k, enjin 1.5 liter yang sama, nak beli Toyota Yaris terpakai atau Perodua Myvi baru?

3 ciri-ciri mounting enjin anda sudah teruk! 03

S: Bagaimana rupa mounting enjin?

J: Bergantung pada rekaan enjin, bentuknya mungkin berbeza. Secara amnya, mounting enjin diperbuat daripada getah atau poliuretana. Beberapa mounting enjin mungkin diisi dengan bendalir untuk lebih menyerap gegaran enjin.

3 ciri-ciri mounting enjin anda sudah teruk! 04

S: Apa yang dilakukan mounting enjin?

J: Mereka memegang enjin pada tempatnya dan menyerap gegaran enjin.

S: Berapa lama mounting enjin bertahan?

J: Secara amnya, dalam 5 hingga 7 tahun. Mereka juga boleh tamat jangka hayat lebih awal atau lambat. Oleh itu, perhatikan tanda-tanda mounting enjin rosak seperti yang dinyatakan.

3 ciri-ciri mounting enjin anda sudah teruk! 05

Tiada jenama mounting enjin terbaik, hanya pastikan original

S: Apakah tanda mounting enjin rosak?

1. Gegaran berlebihan. Tanda mounting enjin yang rosak adalah gegaran akan 'terasa' dipindahkan ke kawasan lain di dalam kereta. Papan pemuka dan pintu adalah tempat anda biasanya akan merasai gegaran berlebihan.

3 ciri-ciri mounting enjin anda sudah teruk! 06

2. Bunyi hentaman. Mounting enjin yang sudah rosak akan menyebabkan enjin kereta bergegar lalu bergerak dan menghentam benda lain di ruangan enjin. Ini biasanya lebih ketara apabila anda menukar gear dari "D" ke "R" dan sebaliknya.

Baca: 7 lagenda Daihatsu yang guna enjin turbo sebelum Perodua Ativa (D55L)

3 ciri-ciri mounting enjin anda sudah teruk! 07

3. Ketidak-sejajaran enjin (engine misalignment). Pemeriksaan pantas secara visual dari ruangan enjin cukup untuk melihat enjin yang tidak sejajar. Jika mounting enjin patah atau sebagainya, enjin mungkin terkulai ke satu sisi.

3 ciri-ciri mounting enjin anda sudah teruk! 08

S: Bolehkah mounting enjin diperbaiki?

J: Tidak. Mereka perlu diganti.

S: Apa yang menyebabkan mounting enjin pecah / haus?

Jangka hayat mounting enjin itu sendiri. Jangka hayat mounting enjin juga mungkin dipercepatkan jika mounting enjin terdedah kepada minyak atau elemen panas.

Memandu terlalu laju di atas bonggol juga meningkatkan tekanan pada mounting enjin. Perlanggaran terus pada bahagian hadapan juga berpotensi merosakkan mounting enjin atau menyebabkan ketidak-sejajaran.

3 ciri-ciri mounting enjin anda sudah teruk! 09

S: Apa yang berlaku jika anda tidak menukar mounting enjin?

J: Oleh kerana enjin menjadi lebih bebas bergerak, anda berisiko merosakkan hos dan tali sawat di ruangan enjin. Terdapat juga potensi kerosakan serius pada enjin akibat daripada gegaran yang berlebihan.

S: Adakah sesetengah enjin bergegar lebih banyak daripada yang lain?

J: Ya. Enjin 3 silinder bergegar lebih banyak daripada enjin 4 silinder. Secara amnya, enjin silinder bernombor ganjil lebih sukar untuk diimbangkan berbanding enjin silinder bernombor genap. Lihat sahaja bagaimana enjin Axia baru ini bergetar.

Tidak kira betapa seimbangnya enjin, masih ada gegaran ketara yang perlu diserap oleh mounting enjin.

S: Apakah cara untuk memanjangkan jangka hayat mounting enjin?

Tidak banyak. Cuba untuk tidak mengalami perlanggaran secara terus dan jangan memandu terlalu cepat pada bonggol. Anda juga boleh memeriksa di bawah hud untuk memastikan tiada minyak yang menitis pada mounting enjin. Walaupun dengan langkah-langkah ini, anda tidak mampu memanjangkan jangka hayat mounting enjin dengan lebih ketara.

Baca: “Kenapa enjin saya ada bunyi ketuk macam ‘knocking’? Ini 4 punca utama!

3 ciri-ciri mounting enjin anda sudah teruk! 10

Secara ringkasnya, mounting enjin bertahan antara 5 hingga 7 tahun. 3 tanda mounting enjin yang teruk adalah getaran berlebihan, bunyi hentaman dan ketidak-sejajaran enjin. Kereta bergegar bila start enjin juga boleh diambil kira.

Walaupun secara amnya kurang memerlukan perhatian, penjagaan mounting enjin anda dalam keadaan yang baik tetap membantu dalam mengelakkan kerosakan lanjut yang disebabkan oleh enjin yang bergegar dengan teruk.

Baca juga: Gegaran 'abnormal' pada enjin, Aprilia panggil balik Aprilia RS660/Tuono 660!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda