window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu ringkas: Toyota Corolla Cross 2021, jaga-jaga Honda HR-V dan Subaru XV!

Zamil Syaheer · Mar 25, 2021 09:00 PM

Rebiu ringkas: Toyota Corolla Cross 2021, jaga-jaga Honda HR-V dan Subaru XV! 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

2021 Toyota Corolla Cross Review Malaysia

SUV adalah praktikal, darjah penglihatan yang begitu baik dan jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi (terutamanya untuk keadaan jalan raya kita).

Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa jika sesebuah syarikat kereta ingin bertahan lama pada zaman ini, maka produk jenis SUV wajib ada pada barisan mereka.

2021 Toyota Corolla Cross Review Malaysia

Untuk Toyota pula, sebenarnya mereka agak lambat ke dalam pasaran SUV, terutama sekali di rantau Asia Tenggara. Buktinya, Honda menungguli carta penjualan SUV segmen B bukan nasional dengan HR-V. Bukan itu saja, Mazda pun berjaya mencuri bahagian pasaran dengan CX-3 dan CX-30.

2021 Toyota Corolla Cross Competitor

Sebelum Corolla Cross, UMW Toyota hanya ada Rush dan juga RAV4 yang berharga RM 200k – kedua-duanya bukan pesaing kepada HR-V. C-HR pula dijual pada harga RM 150k dan ianya disasarkan untuk golongan spesifik.

Rebiu ringkas: Toyota Corolla Cross 2021, jaga-jaga Honda HR-V dan Subaru XV! 04

Setelah meluangkan masa selama sehari memandu Toyota Corolla Cross 1.8G (tiada varian 1.8V pada hari uji pandu), saya yakin Corolla Cross ini akan menawan hati para pembeli yang mencari sebuah SUV keluarga.

Corolla Cross ni segmen B ke C?

2021 Toyota Compact SUV

Boleh teka apakah segmen SUV ini?

Segmentasi kereta menjadi semakin tidak relevan kerana pengeluar kereta hadir dengan banyak "model di antara".

Ini masuk akal dari segi perniagaan pengeluar kereta boleh mengeluarkan beberapa model dari platform yang sama, seterusnya memudahkan pengeluar untuk mencapai skala ekonomi yang lebih besar.

2021 Toyota Corolla Cross Rival Competitor

Corolla Cross menggunakan platform TNGA-C yang dikongsi dengan Corolla Altis, sedan dalam segmen C. Walau bagaimanapun, Corolla Cross bukanlah kereta yang sama taraf dengan Mazda CX-5 dan Honda CR-V. Sebaliknya, ia berada dalam kelas yang sama dengan Mazda CX-30 dan Subaru XV.

Tetapi, UMW Toyota ingin mensasarkan golongan pembeli yang lebih besar dengan Corolla Cross, sebab itulah posisi SUV ini adalah untuk bersaing secara terus dengan HR-V.

Eksterior dan Interior – nampak biasa saja pada mulanya

2021 Proton X50 Design

Para pengguna telah dimanjakan dengan begitu ketara, terutamanya setelah Proton X50 tiba di pasaran. Dengan reka bentuk eksterior yang sporty, interior yang premium, serta pelbagai ciri atau kelengkapan yang anda boleh gunakan, maka tidak heranlah kenapa ramai yang membandingkan kereta baru dengan X50.

2021 Toyota Corolla Cross Malaysia Exterior Design

Bahagian luaran yang nampak selamat dan interior yang lebih fokus terhadap fungsi dan kegunaan nampak remeh sahaja berbanding X50 yang stailo, bahkan juga HR-V yang praktikal. Tiada faktor “wow” langsung.

2021 Toyota Corolla Cross Interior

Bukan itu sahaja, meter kluster instrumen analog juga nampak asas, sistem infotainment skrin sentuh terapung bukanlah perkara baru (Perodua Ativa pun ada), dan kekurangan penggunaan bahan sentuhan lembut sedikit mengecewakan.

Tetapi bagi saya, ini adalah kepakaran Toyota – tidak memberi fokus secara berlebihan kepada estetik, lebih kepada reka bentuk yang tahan lasak, berkualiti, praktikal. Reka bentuk eksterior Corolla Cross ini juga akan nampak segar pada masa yang lama berbanding X50 yang lebih agresif.

2021 Toyota Corolla Cross Interior

Walaupun interiornya nampak asas, ia dilengkapi dengan semua kemudahan yang diperlukan untuk SUV keluarga seperti pintu belakang berkuasa bebas tangan, monitor panorama 360 darjah, serta Apple CarPlay & Android Auto.

Selain itu, adakah anda lebih suka mempunyai interior yang kelihatan mewah tetapi berderak atau interior yang asas tetapi dibina dengan baik?

Ia adalah sebuah SUV keluarga yang praktikal

Rebiu ringkas: Toyota Corolla Cross 2021, jaga-jaga Honda HR-V dan Subaru XV! 11

Ruang but Corolla Cross adalah paling di kelasnya dengan 430 liter. Angka ini dicapai kerana Toyota menggunakan torsion beam yang lebih ringkas dan bukannya multi-link yang mempunyai lebih banyak pegangan.

Rebiu ringkas: Toyota Corolla Cross 2021, jaga-jaga Honda HR-V dan Subaru XV! 12

Tempat duduk belakang juga jauh lebih selesa berbanding dengan C-HR dengan ruang lutut yang mampu memuatkan 3 bola tenis ketika tempat duduk depan disesuaikan dengan kedudukan pemanduan Adrian (tinggi 175 cm).

Rebiu ringkas: Toyota Corolla Cross 2021, jaga-jaga Honda HR-V dan Subaru XV! 13

Ruang kepala juga sangat baik dengan 2 bola tenis, jadi orang dewasa yang lebih tinggi tidak akan merungut ketika berada di tempat duduk belakang Corolla Cross.

Rebiu ringkas: Toyota Corolla Cross 2021, jaga-jaga Honda HR-V dan Subaru XV! 14

Toyota juga menekankan bahawa Corolla Cross mempunyai akses tempat duduk belakang terbaik dalam kelasnya dengan ketinggian bukaan pintu 785 mm (dikira dari titik pinggul).

Ini memudahkan keluar dan masuk, terutamanya bagi ibu bapa untuk memindahkan anak mereka masuk dan keluar dari tempat duduk anak ataupun orang tua.

Rebiu ringkas: Toyota Corolla Cross 2021, jaga-jaga Honda HR-V dan Subaru XV! 15

Darjah penglihatan ke luar juga jauh lebih baik berbanding dengan Corolla Altis kerana Toyota telah menjadikan tiang A lebih langsing dan tempat duduk lagi tinggi, menaikkan paras mata sebanyak 121 mm.

Macam mana pula enjin 1.8L CVT? ‘Power’ tak?

2021 Toyota Corolla Cross Engine in Malaysia

Ia bukanlah mempunyai kuasa seperti SUV berprestasi, tetapi ia lebih dari cukup untuk pemanduan harian. USP (Unique Selling Point) trenkuasa ini adalah naik taraf dari segi kesempurnaan.

Enjin 2ZR-FE 1.8 liter 4 silinder aspirasi natural petrol DVVT-I ini telah digunakan sejak tahun 2007, dan dalam semangat Kaizen (penambahbaikan berterusan), Toyota acap kali menaiktaraf enjin ini agar menjadi lebih baik.

2021 Toyota Corolla Cross Transmission Malaysia

Untuk pasaran Malaysia, Corolla Cross menghasilkan 139 PS dan 172 Nm tork yang dipacu oleh transmisi automatik CVT, menghantar segalanya ke roda depan.

Ia memberikan penyampaian kuasa yang sangat halus, lancar, dan responsif. Terdapat kesan ‘rubber band’ yang minimum dari CVT, dan ianya sesuai dengan karakter Corolla Cross. Pada kelajuan 110 km/j, enjin beroperas pada 2,000 rpm sahaja, menjadikan NVH dan penggunaan bahan bakar rendah.

Torsion beam, jadi pengendalian kurang cun?

2021 Toyota Corolla Cross Suspension

Antara poin penjualan utama platform TNGA-C adalah penggunaan sistem suspensi double-wishbone. Walaupun peminat kereta memuji faedah sistem double-wishbone (kami yang lain di WapCar juga), namun begitu, sebahagian besar pengguna tidak begitu menghargai sistem sebegini.

Torsion beam atau double-wishbone sekalipun, tak kisahlah. Janji kereta selesa dan boleh mengambil selekoh dengan baik, apa ada hal.

2021 Toyota Corolla Cross Review Malaysia

Sebagai salah seorang peminat Toyota, saya dah agak bahawa sistem suspensi Corolla Cross telah ditala dengan begitu cantik sekali. Walaupun ia menggunakan torsion beam, talaan daripada Toyota mempunyai keseimbangan di antara pengendalian serta keselesaan.

2021 Toyota Corolla Cross Review Malaysia

Ia tidaklah begitu tangkas untuk dipandu seperti CX-30 mahupun membuatkan anda rasa ‘lekat’ seperti XV dengan pacuan semua roda, tetapi ini sesuai dengan perwatakan SUV ini yang lebih fokus kepada keselesaan berbanding pemanduan bersemangat.

Sterengnya juga mempunyai berat yang cukup, serta olengan badan yang terkawal. Keselesaan suspensinya juga antara yang terbaik dalam kelas. Memang terbaik untuk SUV keluarga.

Senyap ke Corolla Cross ni?

2021 Toyota Corolla Cross Review Malaysia

Saya pernah menguji pandu Toyota Corolla Altis sebelum ini dan ianya agak senyap, kecuali bunyi bising deruman tayar yang kedengaran ketika memandu. Tetapi Adrian mengatakan bahawa tiada lagi masalah tersebut, malah Corolla Cross jauh lebih senyap dari pelbagai aspek – angin, jalan, dan bunyi dari luar.

Juga baca: Ringkasan: Toyota Corolla Altis 2020, pilihan untuk mereka yang matang!

Secara subjektif, ini SUV paling senyap dalam kelasnya. Lebih mengejutkan lagi, Corolla Cross 1.8G ini dikatakan mempunyai kurang penebat bunyi berbanding 1.8V, tetapi ianya begitu senyap. Anda boleh lihat video di akhir artikel ini.

2021 Toyota Corolla Cross NVH in Malaysia

Kiri: 1.8G    Kanan: 1.8V

Varian 1.8V mempunyai cermin depan akustik, penebat bunyi di bonet depan, di Kawasan lantai but, dan juga tayar Michelin Primacy 4.

Konklusi – SUV keluarga dari Toyota yang anda sudah lama menunggu

2021 Toyota Corolla Cross Review Malaysia

Impresi pertama terhadap Toyota Corolla Cross amat positif. Ianya senyap, selesa, dan cukup praktikal untuk keluarga.

Subaru XV dan Mazda CX-30 lebih kearah kenderaan gaya hidup sementara Corolla Cross ditujukan khas untuk keluarga yang sedang mencari SUV.

Dengan Honda HR-V hampir mencapai akhir hayat hidupnya (pengganti HR-V dikatakan bakal tiba pada 2022), mungkin Corolla Cross boleh mencuri jualan daripada Honda.

2021 Toyota Corolla Cross Review Malaysia

Jika anda ingin mencari SUV yang boleh anda menunjuk-nunjuk kepada kawan dan keluarga dengan pelbagai gajet atau ciri gempak, ini bukanlah SUV untuk anda.

Tetapi jika anda mencari SUV 5 tempat duduk yang memberi fokus terhadap kegunaan seisi keluarga, pelbagai ruang praktikal, selesa baik bagi penumpang atau pemandu, ciri keselamatan yang baik, dan yang paling penting kebolehpercayaan Toyota, maka Corolla Cross patut berada di dalam senarai SUV yang anda patut beli.

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda