window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha RXZ RM 100k hanya gimik? Harga sebenar cuma RM 45k sahaja?

Haris · Sep 21, 2020 11:59 AM

Yamaha RXZ RM 100k hanya gimik? Harga sebenar cuma RM 45k sahaja? 01

Tular baru-baru ini apabila sebuah Yamaha RXZ keluaran terakhir telah dijual pada harga RM 100,000. Proses dan transaksi pembelian tersebut turut dimuatnaik di sebuah saluran Youtube permotoran terkenal di Malaysia iaitu Geng Tayar Besar.

Walau bagaimanapun, sebuah hantaran di Facebook oleh Wark Dovizioso telah menafikan harga RM 100,000 yang dibayar adalah tidak tepat. Ujar pengguna Facebook tersebut lagi, harga Yamaha RXZ catalyzer keluaran akhir itu hanyalah sekadar RM 45,000 sahaja, jauh daripada angka yang dipaparkan pada video Youtube Geng Tayar Besar.

Yamaha RXZ RM 100k hanya gimik? Harga sebenar cuma RM 45k sahaja? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berikutan oleh pendedahan tersebut, ramai warganet yang mendakwa harga RM 100,000 tersebut hanyalah sekadar gimik kandungan untuk mendapatkan tontonan tinggi. Lebih mengejutkan adalah terdapat dakwaan komen daripada pekerja bengkel terbabit yang mengatakan bahawa Yamaha RXZ catalyzer 2009 itu bukan motosikal baharu, sebaliknya motosikal yang dipulih semula.

Yamaha RXZ RM 100k hanya gimik? Harga sebenar cuma RM 45k sahaja? 01

Yamaha RXZ adalah sebuah model motosikal jenis ‘naked’ yang dikeluarkan sekitar tahun 1985 hingga 2011. Model ini menggunakan enjin 2 lejang 135 cc sejukan udara dengan transmisi 6 kelajuan. Yamaha RXZ merupakan sebuah motosikal paling digemari penunggang jalanan yang gemarkan kelajuan kerana didakwa mampu mencapai kelajuan maksimum sekitar 190 km/j.

Yamaha RXZ RM 100k hanya gimik? Harga sebenar cuma RM 45k sahaja? 02

Sumber: Berita Harian

Trend terbaru ketika ini adalah penjualan motosikal terkenal lama dalam keadaan baik, dengan harga permintaan setinggi RM 70,000 untuk sebuah Yamaha RXZ Edisi Millenium keluaran terhad pada tahun 2000.

Yamaha RXZ RM 100k hanya gimik? Harga sebenar cuma RM 45k sahaja? 03

Jika harga RM 100,000 yang didakwa saluran Geng Tayar Besar itu benar, maka harga tersebut mungkin memecahkan rekod harga paling tinggi dibayar untuk sebuah Yamaha RXZ.

Yamaha RXZ RM 100k hanya gimik? Harga sebenar cuma RM 45k sahaja? 04

Walaubagaimanapun, harga tersebut sememangnya tidak berbaloi kerana model Yamaha RXZ catalyzer 'kurang laju' berbanding Yamaha RXZ tanpa catalyzer. Minat terhadap Yamaha RXZ juga berkurangan selepas versi catalyzer yang seterusnya digugurkan dari pengeluaran sekitar tahun 2011, juga disebabkan oleh undang-undang pengeluaran karbon yang semakin ketat.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda