Hari ini, WapCar.my akan membawakan anda liputan langsung untuk pembentangan Bajet 2024 di mana Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkannya di Parlimen pada petang ini.
Kesemua maklumat berkenaan sektor pengangkutan, automotif dan perkembangan baharu akan dimaklumkan kepada anda. Jadi, ikuti perkembangan dari kami.
Subsidi bahan api
- Subsidi telah mencecah RM 81 bilion untuk 2023, antara paling tinggi di dunia
- Subsidi diesel telah dibelanjakan sebanyak RM 1.5 trilion setakat ini
- Harga diesel bersubsidi akan kekal diberi kepada beberapa pengguna (seperti syarikat logistik)
- Yang lain akan dikenakan harga tanpa subsidi secara berperingkat
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
- Dinaikkan ke 8%, tetapi 6% dikekalkan untuk parkir kereta, logistik, makanan dan telekomunikasi
Subsidi elektrik
- Subsidi bil elektrik untuk golongan T10 dikurangkan
Technical and Vocational Education and Training (TVET)
- RM 100 million diperuntukkan to memberi pensijilan profesional kepada graduan TVET dan sebagai insentif kepada industri untuk bekerjasama dengan institusi awam TVET
- RM 180 million diperuntukkan oleh Skills Development Fund Corporation (PTPK), dengan kerjasama dana latihan TVET akan menyediakan pembiayaan pendidikan kepada 12,000 pelatih yang serta program sijil pembakatan
- RM 70 million diperuntukkan ke Academy in Industry Program untuk menyediakan latihan semasa kerja sehingga 18 bulan, untuk membendung isu kekurangan bakat tempatan dan bakat yang tidak serasi
- Akan memanfaatkan sekolah latihan vokasional and teknikal, termasuk latihan automotif
Kenderaan elektrik (EV)
- RM 170 juta untuk memasang lebih 150 stesen pengecasan EV
- Rebat tunai RM 2,400 untuk pembeli motosikal elektrik yang berpendapatan tahunan RM 120,000 ke bawah
- RM 600 juta untuk sokong projek LRT3, Prasarana akan memperoleh 150 bas elektrik dan 3 depoh bas
- Putrajaya akan guna EV sebagai kereta rasmi
- K'jaan rancang untuk lanjutkan pengecualian cukai pendapatan individu sekiranya berbelanja di fasiliti mengecas EV sampai 2027 dan menyediakan pengurangan cukai untuk kos menyewa EV sampai 2025
Jalan dan Infrastruktur
- RM 5.4 billion diperuntukkan kepada Malaysian Road Record Information System (MARRIS) untuk kekalkan kualiti jalan negeri