window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha MT-09 SP 2021, makin mengancam dan menggiurkan!

Khairil ยท Jan 14, 2021 09:00 AM

Yamaha MT-09 SP 2021, makin mengancam dan menggiurkan! 01

Yamaha MT-09 sememangnya antara motosikal 'hyper naked' idaman bagi penggemar jentera berkuasa tinggi dalam segmen berkenaan bukan saja di Malaysia, malah serata dunia. 

Sejak dilancarkan di pasaran global pada 2014, tidak dapat dinafikan ia berjaya menjadi pesaing utama motosikal dalam segmen itu berikutan reka bentuk menarik serta teknologi yang ditampilkan.

Yamaha MT-09 SP 2021, makin mengancam dan menggiurkan! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selepas menerima peningkatan ketara pada 2017, popularitinya makin meningkat dan selepas beberapa tahun, ia sekali lagi diberikan naik taraf besar oleh Yamaha bagi versi 2021.

Bagi versi 2021, MT-09 datang dengan beberapa perubahan besar antaranya dari sudut enjin, kerangka, reka bentuk dan sistem elektronik yang serba baharu bagi menjadikannya lebih ringan dan berkuasa.

Yamaha MT-09 SP 2021, makin mengancam dan menggiurkan! 01

Dan selepas varian standard MT-09 2021 diperkenalkan, Yamaha kemudian memperkenalkan varian istimewa iaitu MT-09 SP 2021. 

Seperti namanya, ia turut dilengkapi dengan beberapa kelengkapan yang premium dan antara paling ketara ialah naik taraf sistem suspensi depan dan belakang yang hadir dengan ciri pelarasan penuh.

Yamaha MT-09 SP 2021, makin mengancam dan menggiurkan! 02

Berbeza dengan sistem penyerap hentakan belakang dari jenama Kayaba bagi versi standard, MT-09 SP 2021 menggunakan jenama Ohlins yang dibina ekslusif untuk jentera berkenaan. Sistem berkenaan menjadikan pelarasan untuk ketinggian suspensi lebih mudah dan cepat.

Yamaha MT-09 SP 2021, makin mengancam dan menggiurkan! 03

Untuk suspensi depan pula, varian MT-09 SP 2021 masih menggunakan fork daripada jenama Kayaba namun dengan ciri pelarasan penuh, termasuk pelarasan 'damper' yang canggih bagi kelajuan tinggi dan rendah. 

Ia turut hadir dengan perincian lebih menarik apabila didatangan dengan 'Diamond Like Coating' pada tiub fork manakala 'Swingarm' turut didatangkan dengan kemasan 'Brushed' yang lebih menyerlah.

Yamaha MT-09 SP 2021, makin mengancam dan menggiurkan! 04

Selain itu, sistem 'Cruise Control' juga diberikan pada varian SP dan ia boleh diaktifkan pada kelajuan melebihi 50kmj.

Dari sudut kosmetik, pelana MT-09 SP 2021 juga datang dengan dwi jahitan yang lebih ekslusif selain didatangan dengan warna istimewa biru hitam agresif dan ekslusif yang mengambil inspirasi daripada jentera Superbike R1

Yamaha MT-09 SP 2021, makin mengancam dan menggiurkan! 05

Tiada perubahan ketara daripada sudut enjin atau spesifikasi lain. Seperti diketahui, MT-09 2021 akan menggunakan enjin lebih berkuasa berbanding versi terdahulu iaitu bersesaran 890cc.

Yamaha MT-09 SP 2021, makin mengancam dan menggiurkan! 06

Ia menghasilkan kuasa maksimum 117Hp pada 10,000 rpm dengan tork 93Nm pada 7,000 rpm. Sebagai perbezaan, model terdahulu menghasilkan kuasa 115Hp pada 10,000 rpm dan tork 87.5Nm pada 8,500 rpm.

Dengan pelbagai naik taraf berkenaan, berat keseluruhan MT-09 2021 dapat diturunkan kira-kira 4kg berbanding model sebelum ini selain diberikan bunyi ekzos yang lebih 'merdu'.

Berbalik kepada MT-09 SP 2021, di pasaran Amerika Syarikat ia dijual lebih 17 peratus lebih mahal berbanding varian biasa dan ramai membuat perbandingan adakah ia berbaloi.

Yamaha MT-09 SP 2021, makin mengancam dan menggiurkan! 07

MT-09 2021 dijangka akan dilancarkan pada awal tahun ini dan untuk versi SP dijangka beberapa bulan selepas itu.

Yamaha MT-09 SP 2021, makin mengancam dan menggiurkan! 08

Yamaha MT-09 2019

Di Malaysia, tiada sebarang perkhabaran mengenai versi terbaharu MT-09 2021 tetapi versi sedia ada dijual pada tanda harga RM48,920 dan masih menawan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda