window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sepupu baru Proton, Smart, membuat senibina penuh-elektrik baharu

Mersita · Jul 30, 2020 03:00 PM

Sepupu baru Proton, Smart, membuat senibina penuh-elektrik baharu 01

Jenama Smart tidak lama lagi akan memperkenalkan konsep baharu yang kita tak pernah lihat sebelum ini! Memandangkan syarikat usahasama baru ini telah ditubuhkan, Geely Holding dan Mercedes-Benz AG merancang untuk menjadikan jenama kereta mikro ini sebagai sebuah syarikat kereta berfokuskan kenderaan elektrik menjelang 2022.

Jika anda belum tahu lagi, Geely, syarikat yang juga memegang sebahagian daripada Proton, telah membeli pegangan lebih 50 peratus dalam syarikat pembuat kereta mikro Jerman itu pada bulan Mac 2019.

Sepupu baru Proton, Smart, membuat senibina penuh-elektrik baharu 02

Usahasama ini secara formalnya telah didaftarkan sebagai Smart Automobile Co. Ltd. Di Hangzhou Bay, Ningbo, China. Mereka juga telah menubuhkan Smart Europe GmBH, yang juga dikenali sebagai Smart Europe, sebagai subsidiari milikan penuh.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tapi, berita utamanya ialah Smart akan membuka lembaran baru untuk menjadi sebuah syarikat kereta yang berfokus pada kenderaan elektrik (EV). Senibina kenderaan elektrik-penuh serba baharu yang sedang diusahakan oleh mereka ini sedang berusaha untuk menjadi batu loncatan bagi Smart untuk membolosi rangkaian kereta premium segmen B.

Sepupu baru Proton, Smart, membuat senibina penuh-elektrik baharu 01

Seperti yang telah kami nyatakan, kereta pertama yang akan menggunakan senibina ini dijangka untuk membuat debut globalnya menjelang 2022.

Buat masa ini, Smart Europe sedang menubuhkan kedai di Stuttgart dan bersiap-siaga untuk menguruskan jualan, pemasaran, dan pasaran lepas jualan bagi generasi kenderaan dan produk Smart yang akan datang di pasaran Eropah.

Sepupu baru Proton, Smart, membuat senibina penuh-elektrik baharu 02

Belum ada ura-ura yang mengatakan samada Smart ForTwo dan ForFour akan dihentikan produksinya di bawah usahasama baharu ini. Tapi, kami tertanya-tanya jika teknologi EV baharu ini akan ‘melarat’ ke kereta Proton. Kan best kalau ada Proton Iriz / Proton X70 elektrik

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda