window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rossi, Vinales perlu yakin dengan kemampuan Yamaha 'baiki' jentera MotoGP - Quartararo

Khairil ยท Dec 24, 2020 07:00 PM

Rossi, Vinales perlu yakin dengan kemampuan Yamaha 'baiki' jentera MotoGP - Quartararo 01

Jangan cepat melatah. Itu yang mungkin ingin disampaikan pelumba Yamaha, Fabio Quartararo apabila menegaskan barisan pelumba pasukan itu perlu terus yakin dengan kemampuan pengeluar dari Jepun itu untuk memperbaiki masalah yang dihadapi dalam saingan MotoGP pada musim ini.

Yamaha menamatkan saingan musim 2020 selaku pengeluar paling banyak memenangi perlumbaan iaitu tujuh tetapi ironinya, mereka gagal untuk bergelar juara dunia dalam kedua-dua kategori sama ada pengeluar mahupun pelumba.

Rossi, Vinales perlu yakin dengan kemampuan Yamaha 'baiki' jentera MotoGP - Quartararo 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Daripada tujuh kemenangan itu, enam daripadanya hadir daripada pasukan satelit, PETRONAS Yamaha SRT manakala pasukan utama, Monster Energy Yamaha MotoGP hanya memenangi satu perlumbaan menerusi Maverick Vinales.

Rossi, Vinales perlu yakin dengan kemampuan Yamaha 'baiki' jentera MotoGP - Quartararo 01

Tiga daripada kemenangan itu disumbangkan pelumba Itali, Franco Morbidelli yang menggunakan jentera spesifikasi lama M1 dan dia turut muncul selaku pelumba Yamaha terbaik dalam carta keseluruhan di tangga kedua.

Situasi berkenaan jelas mengecewakan dengan jentera M1 2020 jelas tidak konsisten apabila berdepan pelbagai isu antaranya cengkaman belakang ketika jentera Spesifikasi A yang dipakai Morbidelli jelas lebih boleh diharap.

Rossi, Vinales perlu yakin dengan kemampuan Yamaha 'baiki' jentera MotoGP - Quartararo 02

Situasi itu menyebabkan Vinales menujukan kata-kata pedas kepada Yamaha apabila menggambarkan musim 2020 adalah yang terburuk dalam kariernya manakala Valentino Rossi tidak dapat menahan dirinya daripada mengkritik jurutera Yamaha dari Jepun.

Rossi, Vinales perlu yakin dengan kemampuan Yamaha 'baiki' jentera MotoGP - Quartararo 03

Valentino Rossi

Tetapi Quartararo yang turut meraih tiga kemenangan sebelum mengharungi kempen buruk pada baki lima pusingan perlumbaan tetap positif dan percaya masalah itu boleh diselesaikan.

Rossi, Vinales perlu yakin dengan kemampuan Yamaha 'baiki' jentera MotoGP - Quartararo 04

Maverick Vinales

'Saya tidak mempunyai banyak pengalaman dalam saingan MotoGP tetapi saya fikir saya adil apabila bercakap mengenai Yamaha, apa yang kami boleh baiki dan saya fikir kami juga perlu mempercayai pasukan,' kata Quartararo.

Rossi, Vinales perlu yakin dengan kemampuan Yamaha 'baiki' jentera MotoGP - Quartararo 05

Franco Morbidelli (Tengah)

'Bagus juga untuk memberitahu mereka yang jentera ini tidak hebat, di mana mereka perlu melakukan sesuatu tetapi kami juga perlu percaya yang mereka sudah menghasilkan jentera yang hebat sebelum ini dan bagi saya, tahun lalu adalah contoh yang baik kerana ia adalah musim pertama saya.

Rossi, Vinales perlu yakin dengan kemampuan Yamaha 'baiki' jentera MotoGP - Quartararo 06

'Saya fikir kami perlu yakin kepada mereka, memberitahu mereka idea kami dan saya fikir adalah penting untuk kami percaya dalam projek ini. Menjadi pelumba pasukan utama pasti memberi kelebihan dan saya tidak sabar untuk berada di sana dan bermesyuarat untuk membincangkan idea saya.'

Ketika ditanya sama ada Yamaha berupaya mengubah situasi pada musim depan, Quartararo optimis pasukan itu mampu melakukan sesuatu.

Rossi, Vinales perlu yakin dengan kemampuan Yamaha 'baiki' jentera MotoGP - Quartararo 07

'Pasti ada jalan penyelesaian. Mereka hanya perlu mencari jalan untuk memperbaiki apa yang kami banyak bergelut sebelum ini. Mereka hanya perlu terus berusaha dan menganalisa.

'Saya fikir Yamaha cukup bermotivasi kerana mereka melihat jentera 2020 adalah malapetaka buat semua orang. Kami tidak perlu sentiasa memberitahu mereka yang jentera ini tidak berguna. Mereka mengetahuinya dan mereka bekerja keras.

Rossi, Vinales perlu yakin dengan kemampuan Yamaha 'baiki' jentera MotoGP - Quartararo 08

'Mereka akan mencari sesuatu dan saya harap kami boleh memulakan ujian dengan cara yang amat bagus. Saya amat berharap agar mereka amat bermotivasi dan bersedia untuk mencari punca masalahnya.'

 

Sumber: https://www.motorsport.com/motogp/news/quartararo-confidence-yamaha-fix-motogp-bike/4931056/

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda