window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton X70 bukan sekadar rebadge? Ketahui mengapa ini bukti komitmen Geely-Proton!

Haris · Aug 26, 2020 05:00 PM

Proton X70 bukan sekadar rebadge? Ketahui mengapa ini bukti komitmen Geely-Proton! 01

Geely adalah antara jenama kereta terbesar di dunia. Antara strategi perniagaan Geely yang paling sensasi adalah membeli pegangan syarikat Proton pada tahun 2017. Langkah ini mendapat reaksi yang berbeza-beza daripada ramai pihak.

Proton X70 bukan sekadar rebadge? Ketahui mengapa ini bukti komitmen Geely-Proton! 01

Bukan sekadar mahu gah atas kertas, Geely menegaskan bahawa komitmen terhadap Proton bukan sekadar ‘pintu gerbang’ untuk menjual model Geely di pasaran Malaysia namun lebih kepada membantu Proton berjaya dengan jenama sendiri.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton X70 bukan sekadar rebadge? Ketahui mengapa ini bukti komitmen Geely-Proton! 01

Geely Boyue

Mengorak langkah pertama, Geely mengumumkan untuk membawa SUV paling laris mereka (ketika itu), Geely Boyue untuk dijadikan sebagai model pertama kerjasama dengan Proton ini. Hasilnya? Tetap sama. Proton X70 menjadi SUV segmen C paling laris di Malaysia.

Proton X70 bukan sekadar rebadge? Ketahui mengapa ini bukti komitmen Geely-Proton! 02

Walaupun begitu, kejayaan Proton X70 bukanlah sekadar mensimulasikan formula yang sudah terbukti berjaya. Sebenarnya kejayaan Proton X70 lebih dari itu. Proton X70 adalah bukti komitmen Geely dalam menaikkan lagi Proton sebagai jenama sendiri.

Pertukaran pemanduan kiri ke kanan

Proton X70 bukan sekadar rebadge? Ketahui mengapa ini bukti komitmen Geely-Proton! 03

Dalaman Geely Boyue Pro

Sudah terang lagi bersuluh, Geely Boyue adalah sebuah kenderaan pandu kiri (left hand drive) dan Malaysia adalah negara yang memandu secara pandu kanan (right hand drive). Namun begitu, perubahan setempat bukanlah sekadar mengubah tempat duduk pemandu. Ia lebih dari itu.

Proton X70 bukan sekadar rebadge? Ketahui mengapa ini bukti komitmen Geely-Proton! 04

Selain dari lokasi roda, kelengkapan lain yang harus diubah termasuklah meletak kembali dan menyusun semula papan pemuka, konsol stereng, pedal, kawalan pintu, brek, kotak gear, lampu hadapan, pengelap tingkap, saluran penyaman udara, kabel dan wayar. Secara keseluruhannya, 761 bahan perlu diubah bagi menyesuaikan Geely Boyue kepada Proton X70.

Malaysia panas

Proton X70 bukan sekadar rebadge? Ketahui mengapa ini bukti komitmen Geely-Proton! 05

Iklim Malaysia yang panas bukan suatu perkara yang dipandang remeh. Banyak juga kereta-kereta continental tumpas dengan iklim Malaysia ini. Jenama gah yang selalu dibanggakan juga tidak komited dengan pelanggan di iklim panas seperti anda.

Proton X70 bukan sekadar rebadge? Ketahui mengapa ini bukti komitmen Geely-Proton! 06

Di sinilah komitmen Geely - Proton dilihat mendalam. Proton sememangnya terkenal dengan pendingin hawa yang sejuk. Input dari Proton banyak membantu Geely Boyue melalui proses yang dipanggil ‘tropicalization’. Terdapat bahan-bahan getah yang terpaksa ditukar bagi menyesuaikan model ini dengan iklim di Malaysia.

Proton X70 bukan sekadar rebadge? Ketahui mengapa ini bukti komitmen Geely-Proton! 07

Apa piawaian yang diletakkan untuk Proton X70 ini? Agak sukar. Mampu bertahan dalam keadaan trafik Kuala Lumpur pada suhu 34 °C hari-hari, naik 6,000 kaki ke atas Genting Highland yang mempunyai udara yang lebih nipis dan melalui jalan-jalan sukar di tempat yang wakil rakyatnya tidak berfungsi.

Perubahan setempat

Proton X70 bukan sekadar rebadge? Ketahui mengapa ini bukti komitmen Geely-Proton! 08

Antara aspek terakhir dalam pengeluaran Proton X70 adalah mengikuti piawaian setempat. Terlalu banyak pandu uji dilakukan untuk menentu ukur semula aspek prestasi, perjalanan dan pengendalian, brek, mesra alam, keselamatan, berat, suhu, kawalan iklim, keserasian elektromagnetik, persekitaran, aerodinamik, ergonomi, ketahanan, dan bunyi, gegaran & kekerasan (NVH).

Proton X70 bukan sekadar rebadge? Ketahui mengapa ini bukti komitmen Geely-Proton! 09

Selain itu, terdapat juga piawaian ASEAN NCAP yang lebih ketat dengan perbezaan kriteria. Geely Boyue juga perlu mengalami talaan semula pada enjin kerana China menggunakan minyak petrol RON 92 manakala menggunakan minyak petrol RON 95 dan 97. Piawai yang ada pada Malaysia sememangnya tinggi jadi tidak hairanlah jika kereta kita sesuai digunakan untuk sukan permotoran.

Meningkatkan mutu pembekal tempatan

Proton X70 bukan sekadar rebadge? Ketahui mengapa ini bukti komitmen Geely-Proton! 10

Pengeluaran kereta sememangnya bergantung kepada industri-industri pengeluaran yang lain. Hal inilah yang memacu ekonomi negara kereta kerana pengeluaran kereta di Malaysia berkait dengan polisi kerajaan yang mengutamakan pembekal tempatan.

Proton X70 bukan sekadar rebadge? Ketahui mengapa ini bukti komitmen Geely-Proton! 11

Dalam wawancara Dr Li Chunrong, CEO Proton, beliau turut menegaskan mengenai kepentingan peningkatan kualiti bahan bahan dan alat ganti kereta. Geely juga turut memulakan usaha mereka dengan menghasilkan kerjasama antara pembekal dari China dan Malaysia. Bantuan teknikal turut diberikan dan pembekal Malaysia menerima manfaat daripada usahasama ini.

Proton X70 bukan sekadar rebadge? Ketahui mengapa ini bukti komitmen Geely-Proton! 12

Hasilnya, Proton X70 mempunyai hampir 45% komponen yang dibuat tempatan pada tahun 2019 dan disasarkan untuk mencapai sebanyak 53% komponen tempatan sebelum akhir tahun 2020. Tidak dinafikan, banyak komponen dan alat ganti aftermarket juga boleh didapati daripada pengeluar tempatan.

Proton X70 bukan sekadar rebadge? Ketahui mengapa ini bukti komitmen Geely-Proton! 13

Secara keseluruhannya, Proton X70 bukanlah sebuah model rebadge yang dilakukan secara sambil lewa. Geely sememangnya komited untuk menaikkan jenama Proton. Akhirnya, bukan Proton sahaja yang menerima tempias, keseluruhan ekosistem automotif juga turut menerima tempias dari kerjasama ini.

Proton X70 bukan sekadar rebadge? Ketahui mengapa ini bukti komitmen Geely-Proton! 14

Proton X70 adalah SUV segmen C paling laris di Malaysia setakat ini. Kehadirannya sukar dicabar oleh pesaing lain dengan tawaran harga paling rendah. Namun lebih dari itu, usaha yang telah dijalankan oleh Geely dan Proton menandakan bahawa komitmen yang mendalam untuk kebangkitan semula jenama kesayangan Malaysia ini.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda