window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak 'claim' kerosakan kemalangan tapi pelanggar tiada insurans? Ini caranya

Faisal ยท Dec 5, 2020 12:00 PM

Nak 'claim' kerosakan kemalangan tapi pelanggar tiada insurans? Ini caranya 01

Kemalangan sememangnya mengecewakan semua pihak yang terlibat. Malah ia turut menyusahkan orang ramai apabila berlaku kesesakan lalu lintas. Walau apapun, pihak yang terlibat dengan kemalangan boleh menyelesaikannya sekiranya kedua-dua pihak mempunyai butiran dan dokumen yang lengkap.

Nak 'claim' kerosakan kemalangan tapi pelanggar tiada insurans? Ini caranya 02

Imej: directauto

Namun begitu, bagaimana pula sekiranya kereta si pelanggar tidak mempunyai insurans atau lesen memandu? Adakah anda akan menanggung sendiri kerugian atas kerosakan kereta anda?

Nak 'claim' kerosakan kemalangan tapi pelanggar tiada insurans? Ini caranya 03

Imej: bmmagazine

Usah risau. Tuntutan tetap boleh dibuat ke atas pemandu yang melanggar atau pemilik kereta itu sendiri. Bagaimana langkahnya?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nak 'claim' kerosakan kemalangan tapi pelanggar tiada insurans? Ini caranya 01

Imej: directauto

1. Ambil gambar kereta yang melanggar dan gambar kereta kita sendiri (sebagai rekod sendiri).

2. Ambil nombor pendaftaran kereta yang melanggar supaya pihak JPJ mudah untuk mencari butiran mengenai pemilik kereta.

Nak 'claim' kerosakan kemalangan tapi pelanggar tiada insurans? Ini caranya 02

Imej: myTukar

3. Ambil gambar cukai jalan (road tax) kereta tersebut untuk melaporkan pada pihak polis sekiranya ia sudah tamat.

4. Minta nombor telefon dan nama penuh pelanggar. Lebih baik sekiranya anda dapatkan gambar kad pengenalannya sekali.

Nak 'claim' kerosakan kemalangan tapi pelanggar tiada insurans? Ini caranya 03

Imej: freemalaysia

5. Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam dari kemalangan tersebut.

6. Hubungi pihak insuran anda dan dapatkan dokumen daripada mereka.

Nak 'claim' kerosakan kemalangan tapi pelanggar tiada insurans? Ini caranya 04

Imej: autoworld

7. Memandangkan si pelanggar tiada insurans atau lesen, anda boleh ke bengkel untuk selesaikan urusan pembaikian kereta terlebih dahulu.

8. Upah peguam supaya anda boleh memulakan proses di mahkamah. Selepas pelanggar diperintahkan untuk membayar tuntutan anda, anda hanya perlu menunggu untuk mendapat pampasan.

Nak 'claim' kerosakan kemalangan tapi pelanggar tiada insurans? Ini caranya 05

Imej: SunDaily

Sekiranya pihak pelanggar ingkar, hakim mahkamah boleh memulakan tindakan untuk menyita barang, kebangkrapan atau sebagainya terhadap mereka.

Nak 'claim' kerosakan kemalangan tapi pelanggar tiada insurans? Ini caranya 06

Imej: survivalstrategies

Walau apapun, kami berharap supaya anda tidak menyelesaikan kemalangan sebegini di luar prosedur kerana pihak yang bersalah boleh mencabut lari. Malah anda akan menanggung kerugian kerosakan kereta anda kerana gagal menyatakan sebarang bukti untuk kesalahan pihak yang melanggar. Selamat beramal!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda