Isi minyak bila lampu amaran menyala atau sebelum?

Haris · Jan 23, 2021 06:00 PM

Isi minyak bila lampu amaran menyala atau sebelum? 01

Dalam menuju arus modenisasi, kereta pun semakin maju. Malah, kami berpendapat bahawa kereta adalah antara ‘gajet’ yang memacu teknologi. Kebanyakan kereta sekarang tak perlu cucuk kunci pun. Semua main tekan-tekan sahaja.

Isi minyak bila lampu amaran menyala atau sebelum? 02

Tekan-tekan pun, masih ada yang skeptikal terhadap teknologi sampai berperangai lebih sudu dari kuah. Manakan tidak, suruh tekan butang push start sekali pun masih ada yang terlebih pandai dari jurutera. Suruh ditekan sampai 3 kali. Macam-macam hal.

Isi minyak bila lampu amaran menyala atau sebelum? 01

2 jenis tolok pengukur minyak, foto The Automotives

Teknologi dalam kereta mudah tetapi ia masih memerlukan panduan. Contohnya lampu amaran minyak. Adakah lampu amaran minyak menandakan tiba masa yang sesuai untuk mengisi minyak atau sekadar memberitahu bahawa tangki berada pada tahap minimum? Di sini kita bincangkan.

Tugas sebenar lampu amaran

Isi minyak bila lampu amaran menyala atau sebelum? 02

Oleh The Automotives

Terdapat segelintir pemandu yang cenderung untuk memandu sehingga lampu amaran minyak menyala sebelum mengisi minyak. Ini adalah suatu tabiat yang boleh diterima tetapi tidak digalakkan, takut-takut terlajak.

Isi minyak bila lampu amaran menyala atau sebelum? 03

Lampu amaran minyak berfungsi sebagai penanda aras bagi kapasiti minyak sahaja. Hal ini tidak bermaksud bahawa waktu terbaik untuk mengisi minyak adalah ketika lampu amaran minyak menyala. Malah, anda digalakkan untuk mengisi minyak sebelum lampu amaran minyak menyala.

Isi minyak bila lampu amaran menyala atau sebelum? 04

Apabila lampu amaran sudah menyala atau berkelip-kelip, bergantung kepada model kereta, jarak yang boleh ditempuh secara minimum adalah sejauh 50 km. Memang terasa jauh tetapi 50 km tersebut meningkatkan risiko kerosakan terhadap kereta anda.

Risiko memandu dengan tangki minyak minimum

Honda Malaysia kini sedang giat menangani masalah kerosakan fuel pump yang rata-ratanya dilaporkan gagal.

Syarikat automotif antarabangsa no 1 di Malaysia tersebut menjelaskan 3 sebab mengapa anda tidak digalakkan untuk memandu dalam keadaan lampu amaran minyak menyala.

  1. Geseran berlebihan. Bahan api sebenarnya adalah agen pelincir bagi pam minyak.

  2. Pam minyak menjadi panas. Bahan api juga adalah agen penyejuk.

  3. Bahan bakar kurang bersih. Pam minyak menyedut mendapan pada bahagian bawah tangki.

Bagaimana dengan tangki simpanan (reserve)?

Isi minyak bila lampu amaran menyala atau sebelum? 05

Tangki minyak Toyota Yaris

Sesetengah pemandu percaya bahawa kereta mempunyai tangki simpanan, seolah-olah ada sebuah tangki lain yang membantu tangki utama apabila bahan api habis.

Rajah di atas dalam sebuah tangki minyak kereta moden menunjukkan sebaliknya.

Isi minyak bila lampu amaran menyala atau sebelum? 06

Gambaran mudah dari Quora

Hakikatnya, tangki minyak simpanan (reserve fuel tank) bukanlah sebuah tangki lain. Ia masih tangki yang sama, cuma paras minyak sudah sampai ke paras sokongan (reserve).

Amalan terbaik

Isi minyak bila lampu amaran menyala atau sebelum? 07

Jangan sampai

Pastikan anda mengisi minyak sebelum lampu amaran menyala. Elakkan daripada berfikir tentang tangki minyak simpanan, masih boleh pergi 50 km lagi dan sebagainya.

Periksa juga kenderaan secara berkala dan amalkan sikap pemanduan yang baik seperti mengisi minyak kereta yang dipinjam atau mengisi dompet rakan yang telah bantu menumpangkan anda.

Isi minyak bila lampu amaran menyala atau sebelum? 08

Jika anda tidak gemar melakukan lawatan kerap ke stesen minyak, pastikan anda memilih kenderaan yang jimat minyak. Atau mungkin, anda boleh menggunakan kereta elektrik. Bersediakah anda dengan masa depan dengan kereta elektrik?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Honda City 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru