Video: Perodua Myvi diangkut ramai gara-gara parkir tengah jalan, 'King' terbukti macam raja
Faisal · Jul 7, 2022 10:00 AM
0
0
Dua hari lepas, tertular pula satu klip TikTok milik @amirafiqqqqqq yang memaparkan sebuah Perodua Myvi yang diangkut ramai-ramai. 'King' nampaknya tak pernah serit kan. Tapi King sebenarnya buat hal apa dalam video ini?
Menurut beliau, kejadian yang berlaku di Padang Kota, Pulau Pinang ini dipercayai bermula apabila Myvi tersebut didapati menghalang laluan bas yang dinaikinya di persisiran kawasan itu. Menariknya, Amir dan rakannya sudah turun untuk mencari pemilik kereta Myvi tersebut tetapi tidak jumpa.
Tanpa membuang masa, mereka sekumpulan terus bekerjasama untuk mengalihkan Myvi tersebut ke tepi. Apa yang hebatnya ialah mereka tidak marah langsung padahal orang mudalah yang cepat marah. Malah, kereta itu juga tidak terkena sebarang calar.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.