window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda CR-V 2020: Mampukah ia mengungguli Proton X70?

Faisal Β· Oct 26, 2020 03:00 PM

Honda CR-V 2020: Mampukah ia mengungguli Proton X70? 01

Honda CR-V facelift di Thailand

Honda Malaysia telah mengesahkan bahawa pelancaran Honda CR-V 2020 akan berlangsung pada akhir tahun ini. Walaupun harga rasmi belum diumumkan, tempahan untuk pembeli sudah dibuka.

Honda CR-V 2020: Mampukah ia mengungguli Proton X70? 02

Kali ini, ia didatangkan dengan kelengkapan Honda Sensing yang penuh. Pada masa yang sama, teknologi ini turut didatangkan pada varian 1.5L VTEC Turbo 4WD. Sistem kamera titik buta LaneWatch pula akan didatangkan pada semua varian.

Honda CR-V 2020: Mampukah ia mengungguli Proton X70? 03

Kawalan buka pintu but tanpa sentuh (hands-free)

Antara ciri baharu pada Honda CR-V 2020 ialah kawalan elektronik untuk pintu but yang dipertingkatkan kepada sistem tanpa sentuh (hands-free). Namun begitu, sistem ini mungkin hanya didatangkan pada varian yang lebih atas.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dengan beberapa pembaharuan ini, adakah ia menjadi lebih baik daripada Proton X70?

Honda CR-V 2020: Mampukah ia mengungguli Proton X70? 01

Sekiranya anda mahukan pembelian yang berbaloi, maka jawapannya tidak. Sejujurnya, agak sukar bagi pesaing di segmen ini dari segi nilai yang ditawarkan oleh Proton X70. Dengan cukai eksais yang lebih rendah, varian tertinggi (Executive) pada Proton X70 berharga RM50,000 lebih murah berbanding Honda CR-V 1.5 TC-P. Jauh beza, bukan?

Honda CR-V 2020: Mampukah ia mengungguli Proton X70? 02

Namun begitu, anda harus bersedia untuk kos penukaran tayar kelak. Hal ini berikutan kerana Proton X70 menggunakan saiz 18 ke 19 inci yang jauh lebih mahal berbanding saiz 17 ke 18 inci pada Honda CR-V.

Honda CR-V 2020: Mampukah ia mengungguli Proton X70? 03

Selain itu, Proton X70 menggunakan petrol dengan lebih banyak. Sebagai perbandingan, Honda CR-V lebih menjimatkan. Berdasarkan ujian kami, ia mencatatkan penggunaan petrol sebanyak 7 liter/100 km. Proton X70 pula menggunakan 8 ke 9 liter dalam ujian yang sama.

Dari segi kos penyelenggaraan, Honda CR-V lebih menjimatkan tetapi tidaklah terlalu ketara.

Honda CR-V 2020: Mampukah ia mengungguli Proton X70? 04

Secara keseluruhan, kos penggunaan yang lebih tinggi pada Proton X70 tidaklah mencecah RM 50,000. Tidak dinafikan bahawa Proton X70 menawarkan pembelian yang berbaloi.

Oleh itu, mengapa anda masih perlu mempertimbangkan Honda CR-V 2020?

Honda CR-V 2020: Mampukah ia mengungguli Proton X70? 05

Walaupun bukan model yang terbaharu, Honda CR-V masih sebuah SUV segmen C yang paling praktikal.

Ruang yang terdapat di dalam kabin Honda CR-V tidak boleh ditandingi oleh pesaing sama sekali.

Honda CR-V 2020: Mampukah ia mengungguli Proton X70? 06

Dari segi ergonomik, kedudukan kerusi di dalam Honda CR-V cukup tinggi dimana ia memberikan visual sekeliling yang cukup jelas. Dengan lantai yang cukup rendah, keluar masuk kenderaan juga sangat mudah terutama untuk kanak-kanak.

Bahagian konsol tengah pula mempunyai ruang yang cukup luas untuk memuatkan beg tangan atau pelbagai barangan yang bersaiz sederhana.

Honda CR-V 2020: Mampukah ia mengungguli Proton X70? 07

Kereta apa lagi yang boleh menandingi kapasiti ruang penyimpanan seperti ini? 

Sebenarnya, pembeli tidak akan menyedari kebolehan penggunaan sebegini terus dari bilik pameran. Mereka harus hidup dengannya untuk menghargai kejuruteraan sebegini.

Honda CR-V 2020: Mampukah ia mengungguli Proton X70? 08

Di samping itu, bukaan pintu yang cukup luas memudahkan peletakan kerusi bayi atau menguruskan barang untuk keluar masuk.

Dari segi kelegaan, Honda CR-V mempunyai ruang kepala dan kaki yang terbaik di dalam kelasnya. Malah ruang sebegini boleh menyaingi kereta sedan mewah.

Honda CR-V 2020: Mampukah ia mengungguli Proton X70? 09

Mengenai Honda CR-V 2020, ia menerima sentuhan grafik yang lebih moden pada lampu belakang. Bampar belakang pula menerima sentuhan krom yang baharu serta kemasan ekzos yang lebih moden.

Honda CR-V 2020: Mampukah ia mengungguli Proton X70? 10

Lantai but yang tinggi dan pelindung but yang rendah pada Proton X70

Dari segi ruang but, Honda CR-V masih memiliki kapasiti seluas 522 liter. Dengan 512 liter, Proton X70 pula tidaklah kecil. Cuma kegunaan ruang boleh terganggu oleh pelindung but yang agak rendah. Oleh itu, kapasiti but boleh terasa kekurangan jika dibandingkan dengan Honda CR-V.

Honda CR-V 2020: Mampukah ia mengungguli Proton X70? 11

Sebagai perbandingan, Honda CR-V mempunyai lantai but yang cukup rendah dan lebar dimana ia memberikan kemudahan untuk pengguna memunggah barang.

Dari segi pengendalian, Honda CR-V tidaklah semantap Mazda CX-5. Namun begitu, ia cukup kemas.

Honda CR-V 2020: Mampukah ia mengungguli Proton X70? 12

Dari segi prestasi, Honda CR-V boleh memecut dengan lebih pantas berbanding Proton X70. Namun begitu, keselesaan pemanduan terasa sedikit kekurangan jika dibandingkan dengan Proton X70.

Honda CR-V 2020: Mampukah ia mengungguli Proton X70? 13

Dari segi kabin pula, Honda CR-V tidak mempunyai kualiti dan penampilan seperti Mazda CX-5 tetapi ia cukup berguna dan praktikal.

Honda CR-V 2020: Mampukah ia mengungguli Proton X70? 14

Sokongan Google Maps yang sangat memuaskan

Sebagai tambahan, ia turut didatangkan dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto. Berdasarkan ujian kami, sokongan ini lebih berguna dan fleksibel berbanding “Hi Proton” yang terdapat pada Proton X70.

Sistem bantuan keselamatan Honda Sensing juga lebih menyeluruh dan lebih lancar berbanding pesaing lain. Malah ia juga dilengkapi dengan kawalan pelayaran adaptif (ACC) yang boleh berfungsi dalam keadaan trafik perlahan (Low-Speed Follow). Pada masa yang sama, ia mempunyai Lane Keeping Assist (hanya bunyi amaran pada Proton X70).

Honda CR-V 2020: Mampukah ia mengungguli Proton X70? 15

Sistem kamera Honda LaneWatch pula sangat membantu terutama sewaktu hujan pada waktu malam kerana cermin yang basah boleh menyukarkan anda untuk melihat di bahagian sisi.

Konklusi

Honda CR-V 2020: Mampukah ia mengungguli Proton X70? 16

Secara umumnya, tiada SUV yang sempurna. Masing-masing mempunyai kebaikan yang tersendiri. Anda cuma perlu mengetahui keutamaan anda pada sesebuah SUV.

Sekiranya anda mengutamakan keselamatan, ruang, dan ciri praktikal, Honda CR-V sememangnya pilihan yang ideal. Sekiranya anda mahukan pembelian yang berbaloi pula, Proton X70 tidak akan mengecewakan anda sama sekali.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda CR-V Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda