window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bukan lagi tanah air yang dibanjiri MPV, segmen No.1 di Indonesia kini adalah SUV!

Faisal Ā· Nov 13, 2022 08:00 PM

Bukan lagi tanah air yang dibanjiri MPV, segmen No.1 di Indonesia kini adalah SUV! 01

Selama berdekad, Indonesia merupakan antara negara yang terkenal dengan pasaran yang dibanjiri oleh kenderaan jenis MPV. Tetapi sejak setahun dua ini, trend di sana sudah bertukar kepada jenis SUV.

Bukan lagi tanah air yang dibanjiri MPV, segmen No.1 di Indonesia kini adalah SUV! 02

Ketika Honda WR-V serba baharu membuat debut pada minggu lepas, PT Honda Prospect Motor (HPM) sempat mendedahkan bahawa dalam 619,000 kenderaan yang dijual di Indonesia pada tahun 2021, 227,626 unit daripadanya meliputi jenis SUV (pegangan pasaran sudah mencecah 37%). Jualan MPV pula hanya setakat 202,010 unit.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca2023 Honda WR-V baharu debut global - dari RM 83k, pesaing Ativa dah tiba!

Bukan lagi tanah air yang dibanjiri MPV, segmen No.1 di Indonesia kini adalah SUV! 01

Ini MPV atau SUV?

Berbanding tahun 2020 (123,372 unit), prestasi jualan SUV di sana kiranya telah meningkat sehingga 185%.

Bukan lagi tanah air yang dibanjiri MPV, segmen No.1 di Indonesia kini adalah SUV! 02

Malah dalam 5 tahun lepas, jualan SUV di Indonesia juga telah bertambah secara konsisten. Bercakap mengenai trend, jualan MPV dan kenderaan LCGC (Low-cost green car) pula semakin berkurangan. Untuk makluman anda, pasaran SUV di sana merangkumi segmen SUV standard, SUV medium (MSUV), low-cost SUV (LSUV) dan SUV kecil (SSUV).

Bukan lagi tanah air yang dibanjiri MPV, segmen No.1 di Indonesia kini adalah SUV! 03

Sekarang ini, Honda sudah ada model untuk setiap kategori yang mana ia terdiri daripada CR-V, HR-V, BR-V dan WR-V.

Bukan lagi tanah air yang dibanjiri MPV, segmen No.1 di Indonesia kini adalah SUV! 04

Kalau anda nak tahu, segmen SUV kecil baru sahaja diperkenalkan di Indonesia pada tahun 2020 iaitu sewaktu Nissan Magnite dan Kia Sonet menembus pasaran. Kemudian pada tahun 2021 iaitu sewaktu Toyota Raize/Daihatsu Rocky tiba, segmen ini makin menjadi-menjadi sambutannya. Malah, jualan 2022 untuk segmen itu dari awal tahun sampai bulan Ogos telah menyaksikan peningkatan sebanyak 90% berbanding tempoh sama di tahun 2021.

Bukan lagi tanah air yang dibanjiri MPV, segmen No.1 di Indonesia kini adalah SUV! 05

Di Indonesia ada bermacam-macam pilihan SUV.

Disebabkan inilah Honda memilih Indonesia untuk debut WR-V serba baru.

Bukan lagi tanah air yang dibanjiri MPV, segmen No.1 di Indonesia kini adalah SUV! 06

Di Indonesia, WR-V dikuasakan oleh enjin 1.5L i-VTEC (121 PS,145 Nm) sama yang ada pada Honda BR-V. Kesemua varian dipadankan dengan transmisi CVT yang menghantar kuasa ke roda depan. Varian teratas pula datang sekali dengan ADAS Honda Sensing.

Bukan lagi tanah air yang dibanjiri MPV, segmen No.1 di Indonesia kini adalah SUV! 07

Menurut Honda di Indonesia, 1,700 unit pertama akan dihasilkan pada bulan Disember. Untuk tahun 2023 pula, mereka menyasarkan untuk menjual BR-V sehingga 30,000 unit. Apapun, Honda WR-V baharu juga mungkin dieksport ke pasaran lain tetapi adakah Honda Malaysia akan membawanya masuk dan adakah Perodua Ativa patut rasa gerun? Sama-samalah kita tunggu perkembangannya.

Juga bacaPrebiu Honda WR-V: lebih berkuasa drpd Ativa, harga bawah RM 90k sesuai untuk Malaysia?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda CR-V Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda