Pengurus pasukan Aprilia MotoGP, Fausto Gresini yang dijangkiti Covid-19 sekali lagi berada dalam keadaan kritikal dengan pasukan perubatan terpaksa meletakkannya dalam keadaan koma selepas tahap kesihatannya terus merudum.
Bekas pelumba dan juara dunia dua kali dalam kelas 125 cc itu dimasukkan ke hospital di Bologna Itali pada 27 Disember lalu dan diletakkan dalam Unit Rawatan Rapi selama hampir dua bulan berikutan jangkitan virus berkenaan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Gresini diletakkan dalam situasi koma sejak awal tahun lalu namun kembali disedarkan pada bulan sama selepas proses pemulihannya menunjukkan peningkatan.
Begitupun, tahap kesihatannya yang berterusan semakin teruk sejak beberapa minggu lalu memaksa pasukan perubatan kembali meletakkannya dalam keadaan koma apabila beberapa fungsi organ dalamannya terganggu.
"Fausto Gresini masih berada dalam Unit Rawatan Rapi di Hospital Maggiore Bologna berikutan masalah kesukaran bernafasnya terus bertambah teruk susulan jangkitan Covid-19.
"Malangnya, terjadi komplikasi yang membuatkan keadaan klinikal semasanya menjadi kritikal.
"Staf perubatan hospital meneruskan rawatan dengan intensiti setinggi yang mungkin dan harapan fungsi organ dalamannya yang terganggu dengan teruk dapat dipulihkan.
“Beliau ketika ini masih dibantu dengan alat pernafasan dan diletakkan dalam keadaan koma.”
Pasukan Gressini melancarkan majlis pengenalan bagi musim 2021 bagi pasukan Moto2 dan Moto3 semalam tanpa kehadiran bos mereka itu.
Sekalipun situasi semasa Covid-19 ketika ini masih meruncing, tiada perubahan dari sudut jadual perlumbaan MotoGP bagi musim 2021 yang akan membuka tirainya pada 28 Mac ini di Qatar. - Sumber autosport
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });