window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BBS memfail bankrap, berapa lama lagi boleh bertahan?

Mersita · Jul 20, 2020 04:00 PM

BBS memfail bankrap, berapa lama lagi boleh bertahan? 01

Kita telah lihat corak anyaman rim mereka yang cantik lagi unik. Dengan harganya yang mahal, ia mungkin akan jadi lebih sukar untuk dicari nanti kerana pengilang rim terkemuka, BBS, telah memfail bankrap beberapa hari yang lalu berdasarkan laporan oleh Hypebeast.

BBS memfail bankrap, berapa lama lagi boleh bertahan? 02

Kini dimiliki oleh NICE Holdings Co. Korea Selatan, jenama ini telah memfail bankrap di Jerman.

Berdasarkan pemfailan yang telah diterjemahkan, ini akan “memberi syarikat tersebut ruang untuk bernafas” dan mereka berkata kebankrapan ini adalah berikutan permintaan yang menurun serta tekanan daripada COVID-19.

BBS memfail bankrap, berapa lama lagi boleh bertahan? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Diambil-alih oleh syarikat Korea Selatan pada tahun 2015, jenama rim Jerman ini mempunyai 1,200 kakitangan serta sebuah kumpulan yang besar di Amerika Syarikat. Hanya 2 tahun yang lalu, BBS melaporkan keuntungan sebanyak USD 103 juta dan kerugian sekitar USD 12.5 juta.

Ini adalah kali ketiga BBS memfailkan kebankrapan – pertama sekali pada tahun 2007 dan sekali lagi pada 2011. Apabila pemfailan kali ini sedang berlangsung, jenama tersebut masih beroperasi seperti biasa; tetapi mereka juga akan mencari pemilik baru.

BBS memfail bankrap, berapa lama lagi boleh bertahan? 01

Perniagaan mereka bermula sejak 1970 lagi, dan mereka telah menjadi rim pilihan bagi banyak kereta sepanjang kewujudannya – dari kereta biasa yang diubahsuai hinggalah ke Formula 1. Oleh itu, agak menyedihkan jika ia berlalu pergi begitu sahaja dalam keadaan terdesak sebegini.

Minggu lepas juga adalah minggu yang sukar bagi dunia automotif dengan pemergian Yoshihiko Matsuo – bapa kepada Datsun 240Z / Nissan Fairlady.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda