window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yang dinanti, WMoto Xtreme 250 (2022) dijadual jalani ujian VTA, pelancaran hujung tahun ini?

Khairil ยท Jul 8, 2022 08:30 PM

 

Yang dinanti, WMoto Xtreme 250 (2022) dijadual jalani ujian VTA, pelancaran hujung tahun ini? 01

Bukan rahsia MForce akan memperkenalkan model 'abang' kepada WMoto Xtreme 150i iaitu WMoto Xtreme 250 di pasaran Malaysia. Ia dimaklumkan sendiri oleh MForce namun selepas hampir setahun berlalu, tiada perkembangan lanjutan diperoleh.

Begitupun, satu perkhabaran baharu yang menarik diperoleh apabila skuter bergaya 'Adventure' itu dikatakan sudah mendapat tarikh untuk menjalani ujian ketahanan bagi mendapatkan VTA (Vehicle Type Approval) di Malaysia iaitu pada bulan hadapan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: MForce lancar skuter ADV, Wmoto Xtreme 150i 2021 di pasaran Malaysia, harga asas RM 9,588!

Yang dinanti, WMoto Xtreme 250 (2022) dijadual jalani ujian VTA, pelancaran hujung tahun ini? 01

WMoto Xtreme 150i

Dan jika maklumat yang dikongsikan itu benar, peluang untuk melihat skuter berkenaan tiba di pasaran tempatan seawal tahun ini cukup besar.

Yang dinanti, WMoto Xtreme 250 (2022) dijadual jalani ujian VTA, pelancaran hujung tahun ini? 02

Longjia XDV 250Si

Seperti dimaklumkan oleh MForce sebelum ini, WMoto Xtreme 250 akan menampilkan spesifikasi, teknologi dan rekaan yang lebih unggul serta maju berbanding 'adiknya'. 

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, WMoto Xtreme 250 dikatakan akan menjadi model 'rebadge' kepada Longjia XDV250Si yang baru saja dilancarkan di pasaran China, beberapa bulan lalu.

Yang dinanti, WMoto Xtreme 250 (2022) dijadual jalani ujian VTA, pelancaran hujung tahun ini? 03

Melihat kepada rekaan dan spesifikasi Longjia XDV 250Si, ia sememangnya 'mencedok' gaya skuter ADV daripada Honda terutama Honda ADV 350 yang baru dilancarkan di Thailand, baru-baru ini.

Juga baca: Perincian SYM Jet X 150 (2021) didedahkan, dua varian, harga bermula RM 8,888!

Yang dinanti, WMoto Xtreme 250 (2022) dijadual jalani ujian VTA, pelancaran hujung tahun ini? 04

Trenkuasanya menggunakan enjin bersesaran 250 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, SOHC, Penyejuk Cecair yang digandingkan dengan transmisi automatik dengan kuasa yang dihasilkan  adalah 24.5 Hp pada 8,750 rpm dan tork 22.5 Nm pada 6,750 rpm. 

Melihat kepada popolariti yang dicapai olej WMoto Xtreme 150i serta trend semasa, langkah yang diambil oleh MForce boleh dikatakan tepat dengan penghasilan WMoto Xtreme 250 dapat memenuhi permintaan pengguna yang mahukan skuter lebih berkuasa tanpa menaiktaraf lesen memandu.

Yang dinanti, WMoto Xtreme 250 (2022) dijadual jalani ujian VTA, pelancaran hujung tahun ini? 05

Di pasaran Asia terutama untuk pengkelasan kelas lesen 250 cc ke bawah, Honda ADV 250 memang menjadi salah satu model amat dinanti-nantikan namun sehingga kini, ia kekal sebagai spekulasi media.

Yang dinanti, WMoto Xtreme 250 (2022) dijadual jalani ujian VTA, pelancaran hujung tahun ini? 06

Ketika ini, segmen skuter ADV dalam sesaran 250 di Malaysia masih kosong tetapi untuk skuter maxi, ia menjadi salah satu segmen paling kompetitif di pasaran tempatan ketika ini. 

Juga baca: 'Abang' WMoto XTreme 150i, Longjia XDV250Si 2022 dah dilancar, rancak jadi 'konten' di Tembok Besar!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda