window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

WMoto Gemma 125 (2023) debut pasaran tempatan, skuter cilik harga asas RM 6.9k!

Khairil · May 7, 2023 01:30 PM

WMoto Gemma 125 (2023) debut pasaran tempatan, skuter cilik harga asas RM 6.9k! 01

Satu lagi penawaran skuter cilik 'mendarat' di pasaran tempatan menerusi MForce Bike Holdings Sdn Bhd (MForce) menerusi pelancaran WMoto Gemma 125 (2023) yang dilakukan sempena pameran Malaysia Autoshow 2023 yang berlangsung di Maeps, Serdang.

WMoto Gemma 125 (2023) debut pasaran tempatan, skuter cilik harga asas RM 6.9k! 02

Tampil dengan rekaan yang elegan dan futuristik ala skuter elektrik, harga jualan asas skuter ini adalah RM 6,988.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

WMoto Gemma 125 (2023) debut pasaran tempatan, skuter cilik harga asas RM 6.9k! 01

Dua pilihan warna yang ditawarkan adalah:

  • Refined Grey
  • Special Purple

Di bahagian trenkuasa, WMoto Gemma 125 (2023) dijana enjin bersesaran 117.3 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Udara, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi automatik.

WMoto Gemma 125 (2023) debut pasaran tempatan, skuter cilik harga asas RM 6.9k! 02

Kuasa yang dihamburkan adalah 8.31 Hp pada 7,500 rpm dan tork 9.3 Nm pada 6,000 rpm. 

Menurut MForce, antara yang menarik untuk skuter ini adalah ia menggunakan 'roller rocker' berdiameter 13 inci yang didakwa dapat mengurangkan geseran sekaligus membantu mengurangkan kerosakan mekanikal serta memanjangkan hayat lengan ayun dan 'camshaft'.

WMoto Gemma 125 (2023) debut pasaran tempatan, skuter cilik harga asas RM 6.9k! 03

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik konvensional (depan) dan penyerap hentak tunggal (belakang). Brek pula menggunakan cakera (depan) dan dram di bahagian belakang.

WMoto Gemma 125 (2023) debut pasaran tempatan, skuter cilik harga asas RM 6.9k! 04

Di bahagian panel skrin, WMoto Gemma 125 (2023) dipadankan dengan skrin jenis TFT bersaiz 3.5 inci yang lengkap dengan pelbagai maklumat bersama paparan yang jelas dan mudah dilihat.

WMoto Gemma 125 (2023) debut pasaran tempatan, skuter cilik harga asas RM 6.9k! 05

Turut tersedia sebagai standard adalah port pengecas USB turut disediakan di bahagian kompartmen hadapan yang memudahkan penunggang untuk mengecas peranti elektronik serta visor angin unik.

WMoto Gemma 125 (2023) debut pasaran tempatan, skuter cilik harga asas RM 6.9k! 06

Lebih menarik, sistem pencahayaan keseluruhan skuter ini datang dengan sistem LED penuh termasuk lampu hadapan yang menggunakan lampu LED gred automotif dengan kecerahan 50k 'candela'. 

WMoto Gemma 125 (2023) debut pasaran tempatan, skuter cilik harga asas RM 6.9k! 07

Untuk penggayaan, rekaan lampu hadapan tampil dengan bentuk berlian dan reka bentuk lampu belakang menggabungkan elemen gaya retro yang menarik.

WMoto Gemma 125 (2023) debut pasaran tempatan, skuter cilik harga asas RM 6.9k! 08

Ciri-ciri menarik dan premium lain termasuklah penggunaan Sistem Kunci Pintar atau Passive Keyless Entry (PKE) yang lengkap dengan fungsi pemula automatik untuk mengaktifkan dan menyahaktifkan kenderaan. 

WMoto Gemma 125 (2023) debut pasaran tempatan, skuter cilik harga asas RM 6.9k! 09

Sekalipun tampak cilik, storan bawah pelana WMoto Gemma 125 (2023) masih boleh memuatkan topi keledar bersaiz 3/4 dan lapik pelana menggunakan kulit.

WMoto Gemma 125 (2023) debut pasaran tempatan, skuter cilik harga asas RM 6.9k! 10

Seperti biasa, harga yang ditawarkan tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.

WMoto Gemma 125 (2023) debut pasaran tempatan, skuter cilik harga asas RM 6.9k! 11

Setiap pembelian WMoto Gemma 125 (2023) datang dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda