Honda Civic generasi ke-11 yang baru telah mula dijual di Amerika Utara minggu lalu dan kini menjadi bualan hangat di kalangan peminat dan pengkritik lambang ‘H’.
Juga baca: Honda Civic 2022 rasmi untuk pasaran US, Malaysia dah boleh jangka dapat spesifikasi apa?
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Soalan tipikal yang kerap kali ditanya adalah “laju ke Civic baru ni berbanding Toyota Corolla dan Mazda 3 dalam perlumbaan drag?”.
Nama pun Amerika, diorang bab macam ni cargas. Salah satu media automotif Amerika yang digelar Throttle House dalam salah satu video terbaru mereka.
Ketiga-tiga sedan segmen C ini bertarung antara satu sama lain, dan kesemuanya merupakan varian tertinggi. Mazda 3 merupakan sedan yang paling berkuasa dengan 186 PS dan 252 Nm daripada enjin 2.5 liter aspirasi natural Skyactiv.
Ini diikuti dengan Honda Civic yang menghasilkan 180 PS dan 240 Nm dari enjin 1.5 liter bercas turbo VTEC, dan akhir sekali adalah Toyota Corolla dengan enjin 2.0 liter aspirasi natural ‘Dynamic Force’ yang menghasilkan 169 PS dan 205 Nm.
Kalau menurut angka semata-mata, nampaknya Mazda 3 ‘confirm’ menang. Kami takkan rungkaikan dengan lebih lanjut, anda boleh lihat video ini dibawah:
Bila Honda Civic FE nak masuk Malaysia?
Walaupun model ini telah diuji di Thailand dan telah diacah di laman web Honda Singapura, kami tidak dapat benar-benar mengatakan bila Civic FE akan memasuki Malaysia.
Juga baca: Pembeli Honda Civic 2022 di Singapura bakal terima seawal Oktober - lagi mahal daripada Civic FC!
Walaupun Honda Malaysia telah memberi petunjuk bahawa Civic serba baru dapat dilancarkan pada awal tahun ini, nampak gayanya macam tidak.
Dengan PKP 3.0 yang sedang berjalan dan pengeluaran di Thailand ('kilang induk' di rantau ini) masih belum selesai, mungkin lebih selamat untuk mengatakan bahawa Civic serba baru akan dilancarkan pada tahun 2022.
Juga baca: Honda Civic gen 11 (FE) mungkin masuk Malaysia awal, apa yang menarik?
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });