Kejadian malang yang berlaku pada pagi Sabtu lepas (13 Febuari) kira-kira jam 5.40 pagi di Tanjong Pagar, Singapura menjadi pengajaran kepada orang ramai tentang bahaya melumba kereta di jalan raya.
Susulan laporan kami semalam, kemalangan tersebut melibatkan sebuah BMW M4 Coupe yang dipandu secara merbahaya lalu merempuh sebuah lot kedai kosong sebelum meletus, mengorbankan kelima-lima mangsa yang berada di dalam kereta tersebut.
Amaran: Rakaman grafik kurang menyenangkan
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Satu video baru mula tular di media sosial, menunjukkan kereta berkenaan tergelincir dan berpusing menghala ke sisi jalan lalu merempuh tiang hadapan kedai tersebut dari sisi sebelah kiri. Bampar belakang kereta tersebut dilihat berkecai dan kira-kira 15 saat kemudian, kereta tersebut meletus dengan api yang marak.
Kira-kira 20 saat kemudian, Raybe Oh Siew Huey (26), tunang kepada pemandu kereta berkenaan iaitu Jonathan Long (29), dilihat berlari ke arah kereta yang terbakar dan tidak teragak-agak menghampiri kereta yang dijilat api demi menyelamatkan rakannya yang terperangkap di dalam kereta itu.
Oh, seorang bekas pramugari, kini dirawat di ICU Hospital Besar Singapura dan berada dalam keadaan kritikal. Mangsa dilaporkan mengalami kelecuran teruk pada 80 peratus badannya.
Menurut laporan The Straits Times, BMW putih tersebut dilihat membuat tiga pusingan di jalan yang sama sebelum hilang kawalan dan terbabas pada pusingan keempat. Kereta itu dipandu lebih perlahan pada pusingan sebelumnya.
Akhbar itu juga ada melaporkan mangsa-mangsa yang berada di dalam kereta tersebut baru sahaja selesai menjalankan kerja-kerja amal beberapa jam sebelum kemalangan terjadi.
Takziah kami ucapkan kepada semua keluarga mangsa.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });