Vespa GTS (2023) tiba di Indonesia, 3 versi, paling murah RM 24.4k, termahal RM 50.5k!
Khairil ยท Jun 8, 2023 04:30 PM
0
0
Tiga versi terbaharu Vespa GTS (2023) membuat memunculan di pasaran Indonesia, baru-baru ini yang membabitkan Vespa GTS Classic 150, Vespa GTS Super Sport 150 dan Vespa GTS Super Tech 300 (2023).
Sebagai permulaan, Vespa GTS Classic 150 dan Vespa GTS Super Sport 150 (2023) di pasaran Indonesia dipadankan dengan enjin iGet bersesaran 155 cc.
Manakala bagi Vespa GTS Super Tech 300 (2023), ia dipacu enjin HPE (High Performance Engine) bersesaran 278 cc, model sama yang baru membuat kemunculan di pasaran Malaysia, minggu lalu.
Dan penawaran harga dan pilihan warna bagi ketiga-tiga versi adalah seperti berikut:
Vespa GTS Classic 150 (2023) - Rp 78.8 juta (RM 24,406)
Warna: Green Relax, Black Volcano, Beige Sabbia
Vespa GTS Super Sport 150 (2023) - Rp 84.550 juta (RM 26,184)
Warna: White Innocenza, Green olive, Orange Tramoto, Black Opaco Matt
Vespa GTS Super Tech 300 (2023) - Rp 163.2 juta (RM 50,541)
Warna: Grey Quarzo Matt, Blue Deep
Berbanding model terdahulu, ketiga-tiga versi Vespa GTS (2023) tampil dengan beberapa pembaharuan termasuk dari sudut ciri dan rekaan namun secara asasnya tidak begitu ketara.
Tetapi secara asasnya, antara naiktaraf yang diberikan adalah membabitkan sistem lampu yang kini LED sepenuhnya, Sistem Tanpa Kunci (Keyless) selain ciri Bike Finder yang pertama kali diperkenalkan dalam siri Vespa.
Sebagai varian tertinggi, antara perubahan paling ketara adalah Vespa GTS Super Tech 300 (2023) menggunakan panel meter TFT berwarna bersaiz 4.3 inci.
Begitupun, Vespa GTS Classic 150 dan Vespa GTS Super Sport 150 (2023) masih kekal dengan penggunaan panel meter kombinasi analog dan digital.
Dipadankan dengan enjin iGet 155 cc, Vespa GTS Classic 150 dan Vespa GTS Super Sport 150 (2023) menghasilkan kuasa setinggi 14 Hp pada 8,250 rpm dan tork 13.5 Nm 6,500 rpm.
Vespa GTS Super Tech 300 (2023) yang menggunakan mesin HPE 278 cc menghasilkan kuasa setinggi 23 Hp pada 8,250 rpm dan tork 26 Nm pada 5,250 rpm.
Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.