window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tunggang uji ringkas Yamaha Y16ZR 2021 - model baharu, 'Y16' supermoped dalam kelas tersendiri?

Haris · Mar 19, 2021 01:00 PM

Tunggang uji ringkas Yamaha Y16ZR 2021 - model baharu, 'Y16' supermoped dalam kelas tersendiri? 01

Yamaha Y16ZR 2021 baru sahaja dilancarkan secara rasmi melalui pelancaran maya. Bersama-sama dengan pelancaran tersebut adalah sebuah tunggang uji ringkas yang berlangsung di Sepang.

Tunggang uji ringkas Yamaha Y16ZR 2021 - model baharu, 'Y16' supermoped dalam kelas tersendiri? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Wapcar.my bertuah apabila Hong Leong Yamaha Malaysia telah menjemput untuk menghadiri sesi tunggang uji ringkas Yamaha Y16ZR 2021 ini. Seperti yang ramai sedia maklum, model ini adalah model baharu yang akan dijual bersama-sama dengan model "Ysuku".

Rekaan luaran

Tunggang uji ringkas Yamaha Y16ZR 2021 - model baharu, 'Y16' supermoped dalam kelas tersendiri? 01

Model Yamaha Y16ZR 2021 yang diposisikan sebagai motorsikal baharu ini terasa lebih besar berbanding model kapcai "Ysuku". Umum mengenalinya sebagai Yamaha Y15ZR V3 tetapi Yamaha Malaysia membawakannya sebagai model baharu.

Tunggang uji ringkas Yamaha Y16ZR 2021 - model baharu, 'Y16' supermoped dalam kelas tersendiri? 02

Perincian lain yang dapat dilihat dari segi fizikal adalah penggunaan brek cakera 2 piston pada bahagian hadapan dan brek cakera biasa pada bahagian belakang. Model Yamaha Y16ZR ini tidak ditawarkan dengan brek ABS.

Tunggang uji ringkas Yamaha Y16ZR 2021 - model baharu, 'Y16' supermoped dalam kelas tersendiri? 03

Apa lagi yang menarik? Antara perincian yang menarik dapat dilihat pada bahagian meter. Pulasan pendikit pada tahap melebihi 10,000 rpm bakal menunjukkan perkataan ‘VVA’ pada kluster meter. Seolah-oleh memberitahu bahawa VVA sedang ‘kick in yo’ (diaktifkan).

Tunggang uji ringkas Yamaha Y16ZR 2021 - model baharu, 'Y16' supermoped dalam kelas tersendiri? 04

Tempat duduk juga bertingkat, di mana penunggang duduk lebih rendah berbanding pembonceng. Perincian ini nampak kecil tetapi pembonceng dapat melihat pandangan hadapan yang lebih baik apabila tempat duduk ditinggikan sedikit.

Tunggang uji ringkas Yamaha Y16ZR 2021 - model baharu, 'Y16' supermoped dalam kelas tersendiri? 05

Model Yamaha Y16ZR ini juga sebenarnya hampir 90% dibangunkan semula, berbeza dengan model "Ysuku". Komponen yang memberikan kendalian tunggangan yang terbaik kesemuanya mengalami perubahan seperti casis, enjin dan transmisi. Oleh sebab itulah ia sememangnya layak digelar model baharu.

Bagaimana dengan prestasi?

Tunggang uji ringkas Yamaha Y16ZR 2021 - model baharu, 'Y16' supermoped dalam kelas tersendiri? 06

Seperti yang dinanti-nantikan oleh ramai, adakah Yamaha Y16ZR ini memberikan satu anjakan yang ketara dengan model 'kembarnya'? Secara ringkasnya, ya.

Tunggang uji ringkas Yamaha Y16ZR 2021 - model baharu, 'Y16' supermoped dalam kelas tersendiri? 07

Padanan casis baharu, enjin 155 cc VVA (Variable Valve Actuation), klac jenis Assist Slipper Clutch dan transmisi 6 kelajuan manual baharu, segala-galanya tentang Yamaha Y16ZR ini adalah versi yang dipertingkatkan. Ia juga terasa sedikit lebih berat berbanding model generasi sebelum.

Tunggang uji ringkas Yamaha Y16ZR 2021 - model baharu, 'Y16' supermoped dalam kelas tersendiri? 08

Kendalian pada kelajuan sederhana dan tinggi terasa stabil disebabkan oleh casis baharu dengan pautan (mounting) enjin baru. Model ini terasa kukuh dengan lebih keyakinan pada bahagian selekoh.

Tunggang uji ringkas Yamaha Y16ZR 2021 - model baharu, 'Y16' supermoped dalam kelas tersendiri? 09

Bercakap mengenai selekoh, kelajuan memecut keluar simpang juga terasa lebih mantap hasil daripada fungsi VVA tersebut. Ia masih sebuah motosikal dengan sesaran 155 cc tetapi tork tunggangan pada rpm rendah hingga tinggi terasa linear.

Tunggang uji kami mencatatkan kelajuan 124 km/j paling tinggi dengan penunggang seberat 50 kg. Sebelum komen, perlu diingatkan bahawa ada pihak yang boleh dapat kelajuan yang lebih tinggi berbanding ini.

Tunggang uji ringkas Yamaha Y16ZR 2021 - model baharu, 'Y16' supermoped dalam kelas tersendiri? 10

Tiada gunanya jika peningkatan kuasa enjin tidak diimbangi dengan kuasa brek. Peningkatan brek cakera 2 piston pada bahagian hadapan banyak membantu tugas-tugas pembrekan dengan baik. Brek tidak terasa mengejut dan terasa seimbang. Perlu diingatkan, kesemua komponen trenkuasa yang ada pada Yamaha Y16ZR 2021 ini telah dipertingkat. Ia akan menjadi model mercu terbaharu untuk Yamaha Malaysia.

Pandangan awal - sesuai dengan harganya

Tunggang uji ringkas Yamaha Y16ZR 2021 - model baharu, 'Y16' supermoped dalam kelas tersendiri? 11

Takkan lah Yamaha Motor Malaysia hanya sekadar melepaskan batuk di tangga bagi model mercu mereka ini. Kesemua peningkatan-peningkatan kecil pada motosikal ini - walaupun masih dikira dalam sesaran 150 cc - memberikan satu karakter tunggangan menarik. Peningkatan prestasi yang ditawarkan ketara tetapi masih model Yamaha yang kita kenali.

Tunggang uji ringkas Yamaha Y16ZR 2021 - model baharu, 'Y16' supermoped dalam kelas tersendiri? 12

Masih panjang lagi perjalanan Yamaha Y16ZR 2021 ini di Malaysia namun pengguna kini menerima lebih banyak pilihan dalam pasaran super moped. Mungkin pengeluar boleh tawarkan ciri-ciri dan kelengkapan pada harga yang lebih menarik tetapi daya tarikan magis Yamaha Y16ZR ini kami syak, masih jauh dari pencabar lain.

Tunggang uji ringkas Yamaha Y16ZR 2021 - model baharu, 'Y16' supermoped dalam kelas tersendiri? 13

Beberapa model mercu Yamaha masih terkenal sehingga kini - Yamaha Y15ZR, Yamaha 135LC dan Yamaha 125ZR - dan masih laku walaupun dijual bersama. Dengan kehadiran Yamaha Y16ZR ini, nampaknya Yamaha semakin di depan.

Ikuti tunggang uji penuh di sini:

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda