window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tunggang uji ringkas Modenas Pulsar RS200 2021. Jujur, ia 'syok' ditunggang!

Khairil · Apr 12, 2021 02:00 PM

Tunggang uji ringkas Modenas Pulsar RS200 2021. Jujur, ia 'syok' ditunggang! 01

WapCar baru-baru ini diberi peluang untuk menguji Modenas Pulsar RS200 2021 yang diberikan naik taraf dari sudut kosmetik. Terima kasih kepada syarikat pengeluar motosikal nasional itu kami ucapkan.

Berbalik kepada Pulsar RS200 2021, ya benar, ia hanyalah perubahan dari sudut kosmetik kerana kelainannya adalah dari sudut pilihan warna dan corak grafik.

Tunggang uji ringkas Modenas Pulsar RS200 2021. Jujur, ia 'syok' ditunggang! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tiga pilihan warna baharu yang memberi impak lebih segar itu ialah iaitu Pearl Metallic White, Pewter Grey dan Burnt Red. Pembaharuan lain ialah warna rim. Harga yang ditawarkan masih sama, RM 9,990 (tanpa insurans dan cukai jalan).

Kepada yang tidak tahu, Modenas Pulsar RS200 dilancarkan pada 2017 lalu. Ia adalah hasil kerjasama Modenas dengan Bajaj Auto dari India. Justeru, dari sudut kebolehpercayaan jenama, tiada keraguan.

Tunggang uji ringkas Modenas Pulsar RS200 2021. Jujur, ia 'syok' ditunggang! 01

Untuk tunggang uji ringkas ini, kami diberikan masa kira-kira 30 minit di atas Litar Rakyat Kuala Selangor. Untuk penunggang amatur seperti saya, yang mempunyai indeks BMI yang agak berlebihan, ia boleh dikatakan agak mengujakan. Apapun, ini reviu ringkas dari saya.

Rekaan masih menarik

Tunggang uji ringkas Modenas Pulsar RS200 2021. Jujur, ia 'syok' ditunggang! 02

Bermula dari sudut reka bentuk. Sekalipun tiada pembaharuan dari sudut ini, dari pandangan mata penulis, motosikal ini masih nampak moden, 'segak' dan tidak boleh dianggap begitu ketinggalan zaman.

Tunggang uji ringkas Modenas Pulsar RS200 2021. Jujur, ia 'syok' ditunggang! 03

Sekalipun ada menyatakan rekaan lampu LED belakang nampak pelik selain 'kecapangan' cermin sisi melampau, ia adalah pandangan peribadi.

Tak sukar ditunggang, ada rasa syok

Tunggang uji ringkas Modenas Pulsar RS200 2021. Jujur, ia 'syok' ditunggang! 04

Sebagai penunggang amatur, kotak fikiran saya sentiasa berkata "pasti letih, susah nak layan motosikal ni di litar". Tetapi jangkaan itu meleset. Modenas Pulsar RS200 amat mudah dikenalikan. Jika di litar ia mudah, apatah lagi di jalanan. Berikutan kedudukan bar hendal yang agak tinggi, ia terasa seperti motosikal naked. Untuk mengambil selekoh juga tidak sukar.

Tunggang uji ringkas Modenas Pulsar RS200 2021. Jujur, ia 'syok' ditunggang! 05

Melihat kepada rakan senior permotoran dan jurulatih tunggangan pada hari itu 'melenjan' motosikal ini penuh yakin di atas litar, penulis percaya ia sememangnya syok ditunggang. Tetapi jangan amalkan ya.

Kuasa yang mencukupi

Tunggang uji ringkas Modenas Pulsar RS200 2021. Jujur, ia 'syok' ditunggang! 06

Untuk jentera bersesaran 200 cc, lebih tepat 199.5 cc, yang berupaya menghasilkan kuasa 24 Hp dan tork 18.6 Nm, bagi penulis, ia padan dengan berat jentera iaitu 164 kg.

Dari sudut enjin itu sendiri, tiada perubahan dari sudut trenkuasa dengan ia masih menggunakan enjin DTS-i (Sama seperti KTM Duke 200), 4 Lejang, 4 Injap, SOHC, Penyejuk Cecair dan dipadankan transmisi klac manual 6 Kelajuan.

Tunggang uji ringkas Modenas Pulsar RS200 2021. Jujur, ia 'syok' ditunggang! 07

Kuasa yang dimiliki sekalipun tidak begitu lancar jika diperah habis habisan pada gear rendah, tetapi ia mampu memberikan kuasa yang diperlukan. Jadi kuasa untuk memotong atau menunggang dengan laju itu ada. Tetapi jangan diharapkan kelajuan yang melampau kerana ia hanya bersesaran 200 cc.

Kedudukan menunggang

Tunggang uji ringkas Modenas Pulsar RS200 2021. Jujur, ia 'syok' ditunggang! 08

Sebagai sebuah jentera streetbike, kedudukan bar hendal RS200 tidak begitu rendah dan digandingan dengan sudut posisi tunggangan, penulis dapat rasakan ia akan selesa dan tidak akan membuatkan penunggang terlalu letih. Posisi peg kaki membantu terutama dari sudut kawalan motosikal. Selin itu, pelananya juga selesa dan tidak begitu tinggi. Jika hendak melayan selekoh, motosikal ini berkemampuan untuk melakukannya.

Keselamatan

Tunggang uji ringkas Modenas Pulsar RS200 2021. Jujur, ia 'syok' ditunggang! 09

Seperti yang diketahui, RS200 dipadankan dengan sistem brek yang dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) satu saluran. Justeru, untuk jentera yang mempunyai kuasa seperti RS200 ini, sistem brek yang ada pada motosikal ini boleh dianggap baik. Untuk cakera depan, ia bersaiz 300 mm dan belakang 230 mm dan menggunakan kaliper axial dari ByBre.

Suspensi, tayar

Tunggang uji ringkas Modenas Pulsar RS200 2021. Jujur, ia 'syok' ditunggang! 10

Menggunakan tayar yang dibekalkan oleh kilang, penulis tetap merasa yakin untuk mengambil selekoh di litar sekalipun ia 'tajam'. Suspensi juga tidak begitu keras namun untuk beraksi di atas litar, ia agak kurang meyakinkan ditambah ia tidak datang dengan fork dari jenis terbalik (USD). Tetapi untuk berada di atas jalanan, ia pasti memberikan tunggangan lebih baik terutama untuk kegunaan harian.

Harga

Tunggang uji ringkas Modenas Pulsar RS200 2021. Jujur, ia 'syok' ditunggang! 11

Ini antara sebab utama motosikal ini mampu menjadi satu pilihan yang berbaloi. Rasanya tiada lagi motosikal dalam segmen ini dijual pada harga bawah RM 10k dan mempunyai ABS. Tidak payah membandingkannya dengan mana-mana jenama, anda carilah sendiri di laman sesawang atau kedai-kedai motosikal berhampiran anda.

Kesimpulan

Tunggang uji ringkas Modenas Pulsar RS200 2021. Jujur, ia 'syok' ditunggang! 12

Tunggangan selama 30 minit dan di atas litar memang tidak mencukupi atau adil untuk menyatakan secara keseluruhan mengenai motosikal ini. Tetapi bagi penulis, motosikal ini boleh dikatakan berkualiti dan mempunyai kelebihan sendiri.

Tunggang uji ringkas Modenas Pulsar RS200 2021. Jujur, ia 'syok' ditunggang! 13

Apa yang kurang menarik adalah mungkin dari sudut kuasanya yang sedikit kurang dan tiada petunjuk angka untuk penukaran gear kerana ia mungkin agak menyusahkan terutama bagi penunggang baharu yang masih belum mahir.

Tunggang uji ringkas Modenas Pulsar RS200 2021. Jujur, ia 'syok' ditunggang! 14

Justeru, kepada yang berhasrat untuk merasai nikmat menunggang motosikal sportbike berkuasa tinggi dengan bajet yang rendah atau untuk 'belajar' menunggang jentera dari segmen ini sebelum beralih kepada cc lebih besar, ia adalah pilihan yang boleh difikirkan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda