window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Yaris Cross 2023 dijangka menyusul ke Indonesia tidak lama lagi, mungkin tawar enjin hibrid juga?

Haris Β· May 11, 2023 09:00 AM

Toyota Yaris Cross 2023 dijangka menyusul ke Indonesia tidak lama lagi, mungkin tawar enjin hibrid juga? 01

Toyota Yaris Cross TNGA, berbeza dengan model baharu DNGA

Toyota Yaris Cross 2023 digembar-gemburkan sudah siap untuk muncul di hadapan khalayak ramai. SUV segmen-B yang dilaporkan akan menggantikan posisi Toyota Rush dijangka bakal dilancarkan di Jakarta, Isnin (15/05/2023).

Perkara tersebut didedahkan dari jemputan rasmi yang dihantar oleh PT Toyota Astra Motor (TAM) kepada sidang redaksi Autofun, portal media serangkai kami.

Toyota Yaris Cross 2023 dijangka menyusul ke Indonesia tidak lama lagi, mungkin tawar enjin hibrid juga? 02

Toyota Yaris Cross TNGA

Malah, dalam jemputan tersebut tertulis "World Premiere of Toyota's New Urban Cruiser Icon". Kapsyen tersebut memberi petanda kehadiran kereta pengembara baru. menunjuk ke arah Toyota Yaris Cross 2023 yang akan membuat kemunculan globalnya di Indonesia minggu depan.

Toyota Yaris Cross 2023 dijangka menyusul ke Indonesia tidak lama lagi, mungkin tawar enjin hibrid juga? 03

Kabin dalaman Toyota Yaris Cross TNGA

Sungguhpun begitu, masih tiada gambaran mengenai rupa Yaris Cross terbaru ini begitu juga dengan maklumat teknikal lain. Tetapi, Toyota Indonesia berkemungkinan akan menggunakan enjin yang sebelum ini telah digunakan dalam model-model lain.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

 

Autofun menjangkakan enjin 1.5L aspirasi semula jadi 2NR-VE bakal memacu B-SUV ini. Seperti yang diketahui, enjin ini telah digunakan oleh Toyota All New Avanza dan juga Toyota All New Veloz pasaran Indonesia.

Toyota Yaris Cross 2023 dijangka menyusul ke Indonesia tidak lama lagi, mungkin tawar enjin hibrid juga? 01

Toyota Yaris Cross untuk pasaran Asia Tenggara (ASEAN) termasuk Indonesia, telah dibangunkan oleh Daihatsu. SUV ini juga akan menggunakan platform DNGA-B (Daihatsu New Global Architecture) lantas enjin sama boleh digunakan seperti mana dalam model asas yang serupa. Selain itu, enjin ini juga telah digunakan oleh Toyota Vios terkini, juga menggunakan platform DNGA.

Toyota Yaris Cross 2023 dijangka menyusul ke Indonesia tidak lama lagi, mungkin tawar enjin hibrid juga? 02

VIN Toyota Vios mempunyai rujukan kepada Daihatsu

Sebagai tambahan kepada enjin 2NR-VE, kemunculan Toyota Yaris Cross Hybrid 2023 juga mungkin menjadi satu kenyataan. Toyota Indonesia sudah meluahkan hasrat untuk menambah satu lagi model hibrid yang dihasilkan tempatan selepas Innova Zenix Hybrid.

Baca: Lexus bakal lancar model β€˜entry’ baru, Lexus LBX 2023 yang berasas Yaris Cross akan ganti CT 200h

Toyota Yaris Cross 2023 dijangka menyusul ke Indonesia tidak lama lagi, mungkin tawar enjin hibrid juga? 03

Hasrat ini juga telah dizahirkan oleh Presiden PT Toyota Motor Manufacturing Indonesia (TMMIN), Warih Andang Tjahjono. Beliau berkata Toyota mahu menghasilkan kereta hibrid berharga IDR 300 juta (RM 90,630) dalam Segmen B. Malah kereta ini bukan sahaja dihasilkan untuk pasaran domestik tetapi juga AKAN dieksport ke beberapa negara lain.

Adakah ramalan ini benar? Sama-sama kita tunggu kemunculan Toyota Yaris Cross 2023 ini tak lama lagi!

Baca: Lakaran: Perodua D66B dalam pembangunan, kembar Toyota Yaris Cross dengan DNGA?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Toyota Yaris Cross International Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda